Archive | April 2011

Di Mana Silapnya?

“Tak tau la kenapa, dari kecik akak bawa budak2 ni ikut program. Setiap kali kita usrah, diaorang akan ikut sama berusrah. Tiap kali kami bertamrin, depa pun sama bertamrin. Tapi, bila dah besar besar ni, susahnya nak ikut kita. Puas memujuk, tengoklah, tudung pun nak ikut trend sekarang, tak main langsung dengan cara kita…” keluh seorang ibu pada ana suatu ketika dulu. Sekitar tahun 90an.

Kami bertemu di sebuah sekolah tadika Amal di ibukota. Waktu tu, ana menghantar anak sulung ana yang baru berusia 4 tahun. Ibu tersebut juga dalam proses memasukkan anaknya yang entah ke berapa, kerana menurutnya, dia bimbangkan anak sulungnya yang sudah pun memasuki fasa sekolah menengah. Anak kecil yg dikendung ibu tadi juga seorang bayi perempuan sekitar umur hampir dua tahun, sementara seorang lagi ‘kakak’ sekitar lima tahun berkeliling ibunya sepanjang kami berbual. Kedua2nya bertudung, comel sekali.

Aduh, ana yang masih ‘mentah’ dalam soal anak2 waktu itu, agak terkesima sebentar dengan keluhan berat si ibu tadi. Hanya sebuah senyuman yg mampu ana hadiahkan pada dia bersama satu gelengan kepala tanda ‘entahlah kak’, pada dia, yang namanya pun belum sempat ana ketahui, namun sesak di dadanya terpaksa dikongsi bersama dengan siapa saja saat itu. Hati tertanya2,

“Di mana silapnya ya? Sedari kecil sudah dilatih bertudung bagai, macamana boleh sikakak akhirnya terkandas ditengah jalan?”

Dengan pengalaman yg tak seberapa, anak sulung ana lelaki, yang keduanya perempuan, masih 3 tahun, ana sendiri belum memakaikannya tudung ketika itu…tercari cari dan teraba raba, punca masalah tersebut.
Continue reading

Murid Kurang Ajar dengan Guru!

This morning, sembang2 kat IKIM pasal kes ‘murid kurang ajar dgn guru’…
Aduh, macam-macam masalah dengan anak2 remaja ni, pening kepala kita dibuatnya, kan? Kes murid yg macam ni, memang banyak berlaku, sehinggakan komen seumpama ini, selalu kita dengar,

“Eiii, tak kuasa aku nak jadi cikgu disiplin, bagi org lain je la, tak pasal-pasal, calar kete aku”. atau

“Biarlah budak2 tu dgn cikgu disiplin dia, aku banyak ngomel ke diorang kang, kete aku jadi mangsa” atau

“Tak pasal je aku nak menyibuk betulkan diorang, diorang aim aku nanti, naya je…”

sudahnya, berleluasa lah masalah tu. Semua pakat lepas tangan, malas nak ‘cara’ dah, kata org pantai timur.

“Bukan anak aku, lantak engkorang la….samseng sangat.”

Semua itu adalah antara rungutan dan bebelan guru2 di sekolah yg dah tak larat dengan kerenah samseng di kalangan pelajar ni. Macamana ye, sampai macam ni kronik sekali anak2 sekolah kita sekarang? Dimana puncanya? Dimana silapnya?

Pernah mengajar secara suka rela, mau pun rela dalam paksa di kedua-dua sek rendah dan menengah Islam, memang ketara beza masalah anak2 di dua peringkat umur ni. Di sekolah rendah, ‘nakal’nya lebih menyerlah, degilnya bukan disorok-sorok lagi. Di suruh buat sesuatu, dengan selambanya dia kata ‘tak mau’, lalu terus ke meja kawan, main dan mengganggu. Kalau di sekolah menengah pula, nakalnya lebih kepada gaya samseng, nak tunjuk ‘terer‘, degilnya dalam senyap dan diam. Mungkin mulut tak melawan, tapi tindak tanduknya menjengkelkan…

Begitulah antara senario anak2 yg bermasalah dewasa ini.
Continue reading

Mahligai Ber-ViSi

Alam rumahtangga penuh dengan pahit manisnya. Di awal2 usia ‘masjid’ yang dibina, penuh dengan gelak tawa, lirik senyum dan gurau senda. Semuanya terasa indah belaka. Dunia bagai mereka yang punya. Ungkapan, ‘berkahwin itu melengkapkan sebahagian dari agama’, benar2 terasa dijiwa…seolah2nya, tiada lagi yg perlu dirisaukan. Sudah lengkap satu kehidupan, bersama dia yang tersayang.

Kalau bagi pasangan yang disusun atur oleh pihak ketiga, saat2 ini lebih lagi terasa indahnya. Mungkin juga masing2 mau memberi yang terbaik, masing2 mau berperanan se ideal mungkin, sehinggakan the true colors of each other, belum tersembul keluar menyerlahkan diri yang sebenar. Ye lah, masing2 masih berlakon, demi untuk menyesuaikan diri dengan pasangan, enggan dianggap punya kecacatan langsung.

Continue reading