Murid Kurang Ajar dengan Guru!

This morning, sembang2 kat IKIM pasal kes ‘murid kurang ajar dgn guru’…
Aduh, macam-macam masalah dengan anak2 remaja ni, pening kepala kita dibuatnya, kan? Kes murid yg macam ni, memang banyak berlaku, sehinggakan komen seumpama ini, selalu kita dengar,

“Eiii, tak kuasa aku nak jadi cikgu disiplin, bagi org lain je la, tak pasal-pasal, calar kete aku”. atau

“Biarlah budak2 tu dgn cikgu disiplin dia, aku banyak ngomel ke diorang kang, kete aku jadi mangsa” atau

“Tak pasal je aku nak menyibuk betulkan diorang, diorang aim aku nanti, naya je…”

sudahnya, berleluasa lah masalah tu. Semua pakat lepas tangan, malas nak ‘cara’ dah, kata org pantai timur.

“Bukan anak aku, lantak engkorang la….samseng sangat.”

Semua itu adalah antara rungutan dan bebelan guru2 di sekolah yg dah tak larat dengan kerenah samseng di kalangan pelajar ni. Macamana ye, sampai macam ni kronik sekali anak2 sekolah kita sekarang? Dimana puncanya? Dimana silapnya?

Pernah mengajar secara suka rela, mau pun rela dalam paksa di kedua-dua sek rendah dan menengah Islam, memang ketara beza masalah anak2 di dua peringkat umur ni. Di sekolah rendah, ‘nakal’nya lebih menyerlah, degilnya bukan disorok-sorok lagi. Di suruh buat sesuatu, dengan selambanya dia kata ‘tak mau’, lalu terus ke meja kawan, main dan mengganggu. Kalau di sekolah menengah pula, nakalnya lebih kepada gaya samseng, nak tunjuk ‘terer‘, degilnya dalam senyap dan diam. Mungkin mulut tak melawan, tapi tindak tanduknya menjengkelkan…

Begitulah antara senario anak2 yg bermasalah dewasa ini.

Kita pulak, sebagai guru, selalunya bertindak malas nak ambil pusing dah dengan budak2 jenis ni.Tak kuasa nak menyusahkan diri dengan mereka. Bila keluar je cerita di bilik guru, budak A ni begini, budak B ni begitu, dan sebagainya, kita pun cepat2 set minda kita, ‘itu budak yg bermasalah, jaga2 dan hati2, jgn buang masa ke mereka, buat don’t know je dengan perangai depa tu. Buat tak layan, penat nanti.’

Tidak kurang juga, bila dah dicop yg nakal-nakal tu, dari kalangan guru2, terus cara cakap kita, berbeza. Kebanyakan kita akan menyindir, mengejek dan mengherdik mereka. Kita marah-marah, kita pandang rendah ke mereka, kita perlekeh pendapat mereka, kita tak hormatkan mereka, sebagai seorang insan normal. Persepsi kita, kamu insan yg bermasalah! Payah dan Menyusahkan!

Cuba kita lihat mereka dengan pandangan yg sedikit berbeza kali ini.

Mereka ini dulu adalah seorang ‘juara’ ketika dilahirkan. Bukankah perjalanan yg paling sukar yg harus dihadapi oleh setiap insan, adalah perjalanan keluar dari rahim ibunya ke dunia? Kini mereka bermasalah, pasti ada sebabnya. Bagaimana seorang juara satu ketika dulu boleh end-up sebegini pulak sekarang? Kita yang dah makan garam lebih dulu ni, takkan tak boleh nak faham mereka2?

Antara faktor2 besar yang menyumbang kepada permasalahan seperti ini, berpunca dari rumah. Tidak dinafikan, persekitaran dan pengaruh kawan memainkan peranan juga, tapi tetap faktor keluarga sebagai faktor terbesarnya. Kalau keluarga mantap, persekitaran dan kawan akan kurang pengaruhnya ke atas anak2 ini.

Banyak berlaku masalah di rumah, menyebabkan:

– suara mereka tidak didengari
– pendapat mereka tidak dilayani
– keluhan mereka tidak dirasai
– maruah mereka sebagai anak, tidak dihormati

oleh ibu bapa atau ahli keluarga yg lain, menyebabkan mereka memberontak, sebagai tanda protes mereka untuk menarik perhatian kita, orang dewasa, dengan tingkah laku yang bermasalah itu. Kekecewaan mereka di rumah, terhadap ibu atau ayah, dihamburkan di sekolah, kadang2 terus kepada guru2 sebagai figure ibu dan ayah mereka. Rasa tidak puas hati mereka dengan situasi di rumah, mereka lambakkan di luar rumah, dan sekolah adalah medan yang paling mudah buat mereka kerana kebanyakan masa mereka, di sekolah.

Dan kalau sebagai guru, kita juga tiada bezanya dengan situasi punca masalah tersebut, sampai bila2 pun, masalah ini tidak akan selesai. Suasana serabut di rumah, tiada bezanya dengan apa yang mereka terima di sekolah. Di rumah, mereka diherdik dan ditengking, begitu juga halnya yang mereka dapat dari sesetengah guru di sekolah. Di rumah mereka tidak diambil pusing, begitu juga mereka di sekolah, dipulau dan dibiarkan tanpa perhatian. Sememangnya mereka akan berlagak samseng bila jiwa memberontak mereka terus tidak difahami.

Ibu bapa gagal berfungsi sebagai ibu bapa yang sebenar sebagaimana Islam mengajar, psikologi manusia mengharapkan, fitrah manusia mendambakan, maka lahirlah anak2 yang walaupun lahir sebagai juara, tetapi gagal meneruskan kejuaraan mereka di gelanggang kebaikan. Dan antara faktor kegagalan ibu bapa ini adalah:

– Kurang ilmu agama menyebabkan kekeliruan matlamat dan keperluan
* Matlamat bukan lagi akhirat, tapi dunia yang dikejar sehingga tercicir tanggungjawab terhadap anak dan keluarga

– Kurang ilmu keibubapaan
~ Lalu menganggap,
* Dah diberi kemewahan, itulah tanda sayang
* Dah duduk makan sama-sama, sembang sama-sama, nak apa lagi?
* Dah hantar ke sekolah agama, belajar fardhu ain, didikan lah tu…

– Desakan hidup mencari duit lebih menyebabkan pendidikan anak2 terabai

– Psychlogical scar ibu bapa sendiri dengan pengalaman hidup mereka yang lalu

Semua perkara di atas tidak harus dipandang ringan oleh semua pihak. Ibu bapa harus berusaha memperlengkapkan diri mereka dengan ilmu. Pihak kerajaan harus mempersiapkan prasarana ke arah itu. Guru2 harus memahami kebutuhan anak2 murid mereka yang sedang ketandusan itu untuk diberi input yang sewajarnya. Masing2 kita punya peranan, dan kita akan ditanya dan dipertanggungjawabkan dengan peranan kita diakhirat nanti.

Bagi para guru, pedagogi mengajar itu penting. Bukan sahaja ilmu yang nak disampaikan itu penting, tetapi cara penyampaian ilmu itu sangat mustahak untuk memastikan ilmu itu sampai dan mengesani akal fikiran dan hati nurani anak2 murid. Mengajar sahaja belum mencukupi, tetapi perlu pada satu tahap lagi, mendidik.

Allah mengajar manusia melalui RasulNya. Diperkenalkan dengan sifat2 Rahman dan RahimNya, Pemurah dan Penyantunnya terlebih dahulu, sebelum di’ugut’ dengan sifat2 Maha Pembalas, Maha hebat seksaanNya dan lain-lain. Dari situ kita belajar, dekati anak2 yg bermasalah ini dengan kelembutan, kasih sayang dan empathy:

– Cuba selami masalah sebenar mereka, be their friend, supaya mereka boleh berkongsi dengan kita
– Berlemah lembut dengan mereka ~ hadirkan rasa faham kita terhadap mereka, let them know that we understand them.
– Earn their respect ~ bila pelajar hormat guru, dia tak akan kurang ajar dengan guru
– Tanamkan dalam diri mereka, mereka adalah seorang juara ~ cuma pilih, juara kebaikan atau kejahatan.
– Ajak mereka berfikir secara rational dan logic

Yang pentingnya, kaedah yang kita guna pakai dalam mendidik merka, mestilah dengan kaedah kasih sayang dan lemah lembut. Kaedah understand to be understood. Bila itu berlaku, mesej atau input yang nak kita sampaikan kepada mereka akan mudah meresapi hati dan minda mereka menyebabkan mereka lebih mudah berubah.

Pernah suatu ketika dulu, seorang pelajar akhirnya mengadu:

“Memang saya lemas kat rumah. Mak ayah selalu tak ada, sibuk. Bila ada pun, asyik buat hal sendiri. Kalau bercakap, akhirnya mesti nak bergaduh. Saya dan adik2 dah fed up duduk rumah. Malas nak study. Saya rasa puas bila dapat sakitkan hati mak atau ayah, biar mereka tau macamana saya dan adik2 saya rasa!”

Subhanallah, itu adalah luahan sebenar seorang anak lelaki belasan tahun. Syukur alhamdulillah, guru yang menasihati berkata:

“Betul, memang berserabut hidup macam tu. Tapi cuba Shakir (bukan nama sebenar) fikir dalam2, dengan apa yang Shakir buat ni, dapat apa2 tak? Mak ayah faham tak? Bila Shakir tak perform dalam studies, sapa yg rugi? Bila Shakir malas nak belajar, gagal dalam periksa, apa yang Shakir dapat? Mak ayah, dah tentu hidup mereka macam ni sekarang…hidup Shakir dan adik2 belum tahu lagi, Shakir nak bentuk hidup Shakir macamana? Kalau Shakir malas belajar, hidup macam samseng, sampai besar esok, life yg macamana yg Shakir nak dalam hidup Shakir? Shakir ada fikir tak?”

Anak itu menggeleng perlahan sambil menyapu matanya yg berair dengan belakang tangan….dan alhamdulillah, dengar khabarnya, kini anak itu berjaya menjadi manusia yang berguna buat adik2, menjadi tempat rujukan adik2nya, mungkin sebagai ganti tempat ibu dan bapa mereka…..

Wallahu’alam.

  • 2 thoughts on “Murid Kurang Ajar dengan Guru!

      • Yes, pernah jadi guru, tapi sekarang tidak lagi.

        Akak berpeluang mengajar anak2 lepasan SPM waktu bekerja sebagai pensyarah Computer Sc di KL, kemudian menjadi guru di sekolah rendah ketika sama2 membuka sekolah rendah Islam swasta di Port Dickson, kemudian mengajar di Sek Men Islam Irsyad, di Kuantan.

    Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s