Di Mana Silapnya?

“Tak tau la kenapa, dari kecik akak bawa budak2 ni ikut program. Setiap kali kita usrah, diaorang akan ikut sama berusrah. Tiap kali kami bertamrin, depa pun sama bertamrin. Tapi, bila dah besar besar ni, susahnya nak ikut kita. Puas memujuk, tengoklah, tudung pun nak ikut trend sekarang, tak main langsung dengan cara kita…” keluh seorang ibu pada ana suatu ketika dulu. Sekitar tahun 90an.

Kami bertemu di sebuah sekolah tadika Amal di ibukota. Waktu tu, ana menghantar anak sulung ana yang baru berusia 4 tahun. Ibu tersebut juga dalam proses memasukkan anaknya yang entah ke berapa, kerana menurutnya, dia bimbangkan anak sulungnya yang sudah pun memasuki fasa sekolah menengah. Anak kecil yg dikendung ibu tadi juga seorang bayi perempuan sekitar umur hampir dua tahun, sementara seorang lagi ‘kakak’ sekitar lima tahun berkeliling ibunya sepanjang kami berbual. Kedua2nya bertudung, comel sekali.

Aduh, ana yang masih ‘mentah’ dalam soal anak2 waktu itu, agak terkesima sebentar dengan keluhan berat si ibu tadi. Hanya sebuah senyuman yg mampu ana hadiahkan pada dia bersama satu gelengan kepala tanda ‘entahlah kak’, pada dia, yang namanya pun belum sempat ana ketahui, namun sesak di dadanya terpaksa dikongsi bersama dengan siapa saja saat itu. Hati tertanya2,

“Di mana silapnya ya? Sedari kecil sudah dilatih bertudung bagai, macamana boleh sikakak akhirnya terkandas ditengah jalan?”

Dengan pengalaman yg tak seberapa, anak sulung ana lelaki, yang keduanya perempuan, masih 3 tahun, ana sendiri belum memakaikannya tudung ketika itu…tercari cari dan teraba raba, punca masalah tersebut.

Kini, ana seorang nenek, anak anak dah besar besar belaka. Alhamdulillah…. masih banyak yang lompong dan lompangnya, tapi, alhamdulillah.

Baru baru ni ana ditanya oleh seorang ibu muda yang sangat aktif dalam kerja kerja dakwah dan tarbiyah. Memang diakui, beliau dan suami merupakan diantara tonggak utama aktivis di tempat mereka.

“Kak, anak ana empat orang, semua masih di sekolah rendah, kecil kecil belaka. Ana selalu berasa serba salah. Dalam kesibukan ana dan suami, ana selalu terasa hak anak anak ana terabai. Jarang kami dapat berkumpul semua sekali dalam satu masa. Kalau ana berprogram, suami baby sit anak anak. Ana balik je, kami tukar shift, ana baby sit, suami pulak keluar.  Bila masanya kami boleh bagi masa yang berkualiti untuk anak2? Tak ke nanti anak2 merasa mereka diabaikan dan akan memberontak suatu hari nanti. Ada jugak masanya, ana tinggalkan aje mereka sesama mereka di rumah. Ana jadi takut kadang-kadang kak.”

Begitulah keluhan yang sarat dengan kerisauan dari ibu muda tersebut. Ana jadi terimbau kembali kisah di Tadika Amal dulu, lalu terkenang juga dengan kisah peribadi ana bersama anak2. Cuba mencari jawapan untuk meredakan kebimbangan rakan ana tadi, disamping berupaya mengintrospeksi kehidupan sendiri.

Terkenang kembali zaman membesarkan anak2 seramai 4 dan kemudian 5 org di Jepun, most of the time sendirian kerana suami terlalu sibuk dengan PhD research dan jugak aktiviti dakwahnya, yang selalu menyebabkan ana terpaksa ditinggal sendirian dengan anak2 bila mana suami sering keluar negara, presenting papers atau melakukan kerja2 dakwahnya…sampai ke Sudan, UK dan banyak lagi.

Selesai kesibukan di Jepun, kami berdua sama sama sibuk di Malaysia. Suami dengan kerjaya dan aktiviti NGO nya, ana belum terlalu sibuk dengan kerjaya, tapi telah mula belajar busy dengan NGO juga. Memang tak dinafikan, naluri seorang ibu sering membuat kita merasa bersalah mengabaikan hak anak2. Ibu ayah keluar masuk rumah, silih berganti, alasannya, sibuk. Fahamkah mereka kenapa mak ayahnya terlalu sibuk? Bolehkah diterima alasan itu sebagai penyebab mengapa mereka selalu ditinggalkan?

One thing yang ana belajar sewaktu berada di USA dulu, adalah the beauty and the sweetness of Tadhhiyyah, pengorbanan. Bukanlah dikira sebagai pengorbanan kalau yang kita beri adalah lebihan-lebihan. Tapi yang tercatit sebagai perngorbanan adalah sesuatu yang kita sendiri tidak cukup, tapi tetap kita berikan demi lillahi taala, samada berupa harta, masa atau tenaga. Bukan senang nak berkorban, tapi bila itu berjaya dilaksanakan, manisnya pasti terasa. Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia Maha Adil. Kita berkorban di jalanNya, pasti dikurniakan sesuatu lain yg lebih beharga buat kita. Yang penting, kita ikhlas dan kita tahu apa yg kita buat. Sematkan yang ini dengan penuh yakin dalam hati kita.

Dalam soal bekorban masa dengan anak2, ikhlas memang suatu hal yang pasti perlu ada untuk tiap tindakan kita itu diterima sebagai ibadah di sisiNya. Namun, memberi penjelasan dan penerangan kepada anak2 adalah satu kemestian juga dipihak kita, dalam memastikan peristiwa dalam kisah ibu di Tadika Amal tadi tidak berulang dikalangan anak2 kita.

Kita sering beranggapan, anak2 kita terlalu kecil, belum boleh faham lagi untuk kita jelaskan bab bab kerja di jalan Allah ni, lalu kita biarkan mereka begitu saja. Tau taunya, masa yg berlalu dengan pantas itu, tambahan pulak dengan kesibukan kita yg memanjang, anak yang dulunya masih kecil, tiba-tiba baru kita tersedar, dah besar rupanya dia. Dah mula pandai merajuk, memberontak dan demand yg macam-macam dari kita. Masa ni baru nak explain pada mereka? Mereka dah pandai letak ‘mental block’ antara kita dan mereka, maklumlah, mereka telah mula mengenal erti ego dalam diri masing-masing. Maka berlaku lah apa yang berlaku dengan ibu di tadika tadi.(Kisah diawal penceritaan ana).

Jangan disangka anak kita belum matang untuk kita berterus terang tentang banyak perkara dengannya. Soal sibuk kita dengan kerja2 dakwah dan tarbiyah, adalah sesutu yang kita harap dapat mereka teladani suatu hari nanti. Maka, tidak menjadi kesalahan, malah perlu dilakukan, ana kira, supaya mereka faham, kenapa kita perlu sibuk. Mudah2an dengan berlalunya masa, anak2 kita juga dapat sama2 menjiwai roh dakwah dan tarbiyah itu bersama2 kita. Biar mereka faham, kita jugak rasa bersalah terhadap mereka, tapi inilah pengorbanan yg terpaksa kita sekeluarga lakukan demi mencontohi Rasulullah saw dan para sahabat Baginda.

“Along, ummi dan baba sibuk ni, along tak rasa apa2 ke? Along tak marah, along selalu kena tinggal rumah, jaga adik2. Makan pun lebih kurang je yang sempat ummi siapkan. Along ok ke?”

Cuba kita tanyakan soalan ini pada anak2 kita. Nantikan jawapan mereka, kadang2 kita sendiri terkejut dengan kematangan mereka, atau kalau itu belum berlaku, kita perbetulkanlah mana yang perlu. Berkongsi dengan mereka awlawiyat kita. Ceritakan pada mereka, betapa usaha yang kita lakukan ini sangat2 diperlukan dalam masyarakat yg sedang tenat sekarang. Tanamkan impian kita untuk melihat mereka jugak satu hari nanti sama2 mengerti dan menyumbang tenaga, masa dan harta di jalan ini. Kisah2 pengorbanan Nabi saw dan para sahabat, boleh kita ceritakan agar menjadi pemangkin mereka.

“Kakak, kakak rasa kawan2 kakak yg bermasalah kat sekolah tu apa puncanya? Siapa yang perlu memahamkan mereka? Kita ni siapa? Umat yg terbaik kan? Umat yg melaksanakan dakwah. Ibu yakin, kalau kita berusaha di jalan Allah ni, bantu agama Allah utk tertegak kukuh dalam diri,keluarga dan masyarakat, Allah pasti bantu ibu membesarkan anak2 ibu menjadi insan2 soleh dan solehah. Itu janji Allah kan? Mudah2an, esok kita sama2 bahagia, seronok di syurga.”

Kata-kata seumpama ini membuatkan mereka merasa lebih dihargai walaupun dalam kesibukan kita. Mereka akan merasa sebahagian dari kerja2 ummi dan baba mereka. Mereka telah sama2 menyumbang, and that can really boost their self-confidence dan keazaman untuk mencontohi ibu bapa mereka. Jadikan mereka sebagai ‘rakan’ kita di atas jalan ini, sama2 menggembeleng tenaga, memberi peranan dan mengutip saham sebagai bekal menuju ke ‘sana’.

Tiada lain yang didambakan dari zuriat insan yang bergelar pejuang,melainkan perjuangan mereka digalas sambung oleh permata hati mereka sendiri. Semoga anak-anak kita semua mengerti…

Wallahualam.

2 thoughts on “Di Mana Silapnya?

  1. Assalamualaikum…Apa Khabar? semoga berada dalam kesejahteraan dan rahmat Allah. Lama tak baca blog Kak Hjh….macam2 ada, rasa tak cukup time! Terima kasih berkongsi pelbagai ceritera yg banyak juga memberi manfaat dalam diri ini. Mudah2an segala usaha dipermudahkan Allah. Aamiiin.

  2. Waalaikummussalam…baik khabarnya, alhamdulillah. Moga di sana, baik2 juga. Sibuk yg bererti itu, nikmat. Kerna luangan masa yg tidak2 itu sebenarnya ujian yg selalu terkandas dek insan. Hati2 dgn masa yg lapang, bersyukur dgn kerja yg bermakna…
    Kapan bisa ketemu lg ye? Enggak mau di rest area aja deh….🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s