Disebalik Festival Nazim 2011

Assalamualaikum semua,

Baru baru ni, Festival Nazim ( Nadi Al ‘Azim – Kelab anak anak Hebat) peringkat nasional telah selamat berlangsung di Masjid Tuanku Mizan di Putrajaya.Walaupun simple, tapi besar maknanya….

Ammar, anak bongsu ana mewakili zon timur untuk acara pidato. Tajuk yang dibawa, adalah ‘facebook’, dengan membandingkan dirinya dengan Maher Zain yg sama sama punya facebook. Kami, ana dan suami, sengaja memilih tajuk tersebut kerana memikirkan, facebook ini agak dekat dgn jiwa anak anak kini. Walaupun masih kecil, baru diperingkat sekolah rendah, tapi semuanya pakat ada akaun FB belaka. Maka kami bawakan topik penggunaan facebook untuk kemaslahatan ummah. Bermakna guna facebook dgn tatacara yg betul utk tujuan menyampaikan message Islam kepada ummah. Huraian isi pidato tu, Ammar janji nak muatkan dalam blog dia nanti, so tak perlu ana berpanjang lebar mengenainya di sini.

Ammar dapat hadiah saguhati je, mungkin kerana gaya dan penyampaiannya yang kurang convincing, maka Ammar gagal menyakinkan juri mengenai isi pidatonya. Walau bagaimanapun, bukan kalah menang yg ana nak kupas di sini. Ana sgt2 terkesan melihat kesungguhan ibu bapa dalam meraikan bakat anak anak mereka. Yang jauh jauh, datang dari Kelantan, Kedah, Perak dan sebagainya, menyewa bas, behimpit himpit demi menjimatkan kos, semata-mata untuk berusaha mencungkil bakat terpendam anak anak ini. Ana kagum dengan semangat mereka semua.

Tambahan pula, bila melihat anak-anak teruja amat pada hari itu, dengan pakaian seragam mereka, kata kata semangat ibu ayah pakcik makcik, terserlah diwajah setiap mereka, rasa ‘seronok’, mungkin juga bangga kerana diraikan sedemikian rupa. Pasti!  Pasti mereka merasa bangga dan bahagia, bila melihat ibu ayah pakcik makcik sama2 meraikan mereka, khas untuk mereka….Berkumpul bersama sama dari seluruh semenanjung, bertanding, cuba memberikan yg terbaik, semuanya menyebabkan mereka terasa dihargai bakat yg ada, menyebabkan mereka bersemangat utk memberi the best that they have. Ammar sendiri, nervous sebenarnya, tapi berazam utk cuba yg terbaik. Bila kalah,

” insyaAllah, next year Ammar akan cuba lagi!”

Ana salute semangat Ammar….

Acara festival kali ni termasuk nasyid, dikir barat, bercerita, pidato dan hafazan tahap juzuk amma dan tahap surah-surah pilihan. Bertanding diperingkat kawasan, kemudian mewakili kawasan ke peringkat zon, (tengah, timur, utara, selatan dan perak), juara zon akan bertanding diperingkat nasional. Tahun ni, Mahrojan Nazim di Putra Jaya, tahun lepas di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya.

Kalah menang memang adat pertandingan. Yang penting pendedahan anak-anak untuk berani berdepan dengan orang ramai. Itu sebenarnya yang nak di garap dalam diri setiap anak2 yg bertanding. Biarpun tak dapat mewakili kawasan ke peringkat zon, tapi keberanian memberi yg terbaik di depan ibu ayah pakcik makcik, lebih beharga. Bakat masing-masing bisa tercungkil dari aktiviti yg sebegini.

“Kalau macam ni, mak ayah dia kena belajar dari anak! Dia lebih berani dari kita…subhanallah!!”

adalah antara komen yg banyak ana dengar sepanjang festival. Rupa2nya, bakat anak2 lebih terserlah dari ibu bapa yang lebih malu-malu nak ke depan….

Ucapan perasmian penutup oleh Ustaz Abdullah Zaik, Presiden ISMA sendiri juga sangat terkesan buat ana. Dia memahami perjuangan ibu ibu yang berkorban melatih anak2 disemua peringkat, kawasan, zon dan nasional. Bukan senang nak melatih anak2 ini, terutama dalam acara berkumpulan seperti nasyid dan dikir barat. Kalau ibu ibu yang melatih, adalah dari kalangan guru, lebih mudah. Mereka tau teknik dan tektiknya, tapi bagi yang bukan guru, masyaAllah, mujahadahnya…..

NAZIM adalah untuk anak2 sekolah rendah. Mendisiplinkan mereka adalah satu kerja yang teramat sukar kalau tidak dibiasakan sedari kecil lagi. Nak terapkan pada mereka makna ‘itqan’ dalam setiap urusan, patuh dan taat dengan arahan, kerjasama dengan rakan2 dan sebagainya, memang merupakan satu jihad yg bukan ringan bagi jurulatih. Pengalaman ana sendiri, dalam masa dua jam yang diperuntukan untuk berlatih, cuma dapat dua atau tiga round saja. Selebihnya, penat menunggu, memujuk dan ‘berleter’. Bukan penat berlatih. Allahu Akbar!!

Bila Ustaz Abdullah kata, dalam susah payah ibu2 menyediakan platfom untuk anak2 ini membina kemampuan diri, berkorban masa dan tenaga, kadang2 rumah dan kenderaan dalam sesi melatih mereka, itulah sebenarnya JIHAD!!! Yang payah itulah jihad, yang susah itulah mujahadah, dan dari situlah Allah kurniakan ganjaranNya. Ana benar2 menyakininya. Memang mujahadah melatih mereka, tapi insyaAllah, suatu hari nanti, mereka pasti akan menjadi daie dan daieyah yg hebat dan berkesan buat masyarakat. terlalu banyak pengorbanan yang harus dicurahkan, tapi di situlah kemanisannya suatu hari nanti. Perit jerih kita nak mendisiplinkan mereka itu, pasti akan meninggalkan sedikit sebanyak kesan dalam jiwa muda anak2 ini, hingga membawa kepada kesan yang positif bila mereka besar nanti.

Cuma, kalau boleh ana bandingkan dengan pengalaman ana di Jepun, soal mendisiplinkan anak2 ini perlu dilakukan secara homogenius, oleh semua ibu bapa, guru tadika dan guru sekolah, secara bersepadu, barulah anak2 ini akan terbiasa dengan disiplin yang betul dalam sebarang latihan, seterusnya kehidupan. Ianya bermula dari rumah, diteruskan di tadika, kemudian ke sekolah2 rendah dan seterusnya, sehingga anak2 terbiasa, hingga menjadikan ia sebagai satu budaya. Jepun telah berjaya melaksanakannya. Ana mengalaminya sendiri sewaktu hampir 5 tahun di sana, dan semuanya terbukti dalam kisah2 bagaimana rakyat Jepun berdepan dengan bencana tsunami baru2 ini. Disiplin mereka memang hebat, banyak kisah2 yang kita baca mengenainya, menyebabkan kita merasa malu sendiri. Islam telah lama mengajar kita seumpama itu, tapi kita gagal membudayakannya dalam kehidupan kita. Kita gagal, tapi orang Jepun berjaya!

Maka benarlah, kita semua harus kembali kepada jati diri seorang muslim, tak kira siapa kita. Perkenal dan terapkan pada anak2, bahwa akhlak murni seorang anak adalah begini, dan begitu. Akhlak murni seorang pelajar adalah begini dan begitu. Bila berdepan dengan orang tua, bagaimana. Bila berdepan dengan jiran, bagaimana. Bila berinteraksi, bagaimana. Hormat itu apa, dan bagaimana? Budayakan akhlak muslim yang sebenar dalam diri anak2 kita sedari kecil.  Semaikan disiplin diri yang kuat dalam diri mereka, mudah2an mereka terbiasa hingga ke tua. Semua kita, ibu, bapa, atok, nenek, guru dan seterusnya, sama2 berperanan, sama2 melaksanakannya, insyaAllah, hasilnya akan kita rasai bersama.

Sayangnya….kita sendiri tak punya disiplin diri!!! Di situ puncanya, mungkin, atau pasti !!?

~ Kita jawablah sendiri ~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s