Archive | July 2011

Ramadhan Muncul kembali…

rindu ramadhan

Alhamdulillah, setinggi2 kesyukuran kita rafakkan ke hadrat Allah swt kerana kini kita makin menghampiri bulanNya yang terlalu istimewa, iaitu Bulan Ramadhan AlMubarak. Dalam beberapa hari saja lagi, seluruh umat Islam akan ‘berpesta’ menyambut kedatangan bulan mulia yang dinanti2kan saban tahun. Benar, kita belum tentu lagi dapat bersama dengannya kali ini, kerana ajal dan maut, tiada siapa yang mengetahui, kecuali Allah. Namun, Ramadhan tetap akan menjengah jua (insyaAllah), maka rugilah sesiapa yang belum bersedia menerimanya….

Perhatikan firman Allah swt ini,

(يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِڪُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ (١٨٣

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
(Al Baqarah :183)

Renung-renungkan lah ‘Pohon Taqwa’ kita kini.

Sepanjang berpuasa sebulan Ramadhan yang lalu, sebaik mungkin bekalan telah kita kutip untuk kita harungi setahun sebelum datangnya lagi Ramadhan kali ini, apakah masih rimbun Pohon Taqwa kita? Apakan masih bisa orang ramai berteduh mengambil manafaat darinya, atau sudah habis keguguran dedaunan hijau dek kurangnya siraman amal dan bajaan ibadat kita selama setahun ini?

Apakah masih berbuah pohon taqwa kita tadi sehingga dapat berbakti kepada makhluk Allah yang lainnya, atau usahkan berbuah sebiji dua lagi, tapi berputik bunga pun tidak dek kelalaian kita menyuburkannya dengan akhlak yang mulia berserta iman yang mantap sepanjang tahun selepas Ramadhan yang lalu? Tiada siapa yang dapat menjawabnya, selain diri kita sendiri…Perhatikan lah ‘Pohon Taqwa’ kita masing-masing.

Continue reading

Advertisements