Archive | August 2011

‘He Is One In A Million’

Based on a True Story… Copied from my email, from a friend

Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka  berkahwin sudah lebih 32 tahun

Mereka dikurniakan 4 orang anak ….disinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat …..
tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.

Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang  lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan lagi.

Setiap hari pak suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur.      
Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.

Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan pak suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya,
Sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.

Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ), pak suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.

Rutin ini dilakukan pak suyatno lebih kurang 25 tahun. Continue reading

Kalaulah ini Ramadhan terakhir kita….

andai kita tahu ini Ramadhan terakhir………
tentu siangnya kita sibuk berzikir
tentu kita tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
andai kita tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholat kita, kita kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu’
tubuh dan qalbu…bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil… menangisi kecurangan janji
“innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil ‘alamin”
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku…
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kita tahu ini Ramadhan terakhir……………..
tidak akan kita sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kita dendang…bakal kita syairkan

andai kita tahu ini Ramadhan terakhir……………
tentu malam kita, kita sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
mengadu…merintih. ..meminta belas kasih
“sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi…aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU”

andai kita tahu ini Ramadhan terakhir……………..
tentu kita tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru…kita cari…suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kita tahu ini Ramadhan terakhir……………..
tentu kita bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri…rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan …lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi….
andai ini Ramadhan terakhir buat kami……..
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti…paling berseri…
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman…
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha…bersedia …meminta belas-NYA
wahai tuhan, ku tak layak kesyurgamu … namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu …
kami lah hamba yang mengharap belas darimu
“ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..
ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia” Amin……

andai benar ini Ramadhan terakhir buat ana,
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH ANA LAKUKAN …………

Isu Akidah : Pekalah Wahai Umat Islam!

Ceramah Zul Kulim di perkarangan Masjid Shah Alam: 12 Ogos 2011
Teringat ana masa dia dijemput bagi pengisian tentang kes murtad ni dalam Mukhayyam ISMA. Masa tu mukhayyam buat diperingkat nasional. Memang dia istiqamah dalam isu ni..
———————————————————-
Assalammu’alaikum para jemaah sekelian.
Kita berkumpul hari ini bukan untuk kepentingan diri kita, bukan untuk kepentingan mana-mana pihak, tetapi demi agama kita, demi aqidah kita.
Saya terkejut bila hari ini, pagi tadi, membaca mengenai rintihan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Tantawi. Merintih bukan kerana beliau terpaksa berdepan dengan musuh-musuh Islam dikalangan al kafirun.
Merintih kerana dia terpaksa berdepan dengan pimpinan dia sendiri, ahli dia sendiri yang menentang dia untuk mempertahankan akidah umat Islam.
Apa nak jadi dengan umat Islam hari ini, kalau mereka yang mengaku hendak memperjuangkan Islam pun, akhirnya menjadi pengkhianat kepada agama sendiri.
Inilah harga yang terpaksa kita bayar untuk mempertahankan akidah kita.
Ada segelintir di kalangan orang Melayu yang sudah pekak, bisu dan buta mengatakan bahawa tidak ada bukti pihak gereja Kristian cuba memurtadkan orang Melayu.
Saya terlibat secara aktif dengan kes-kes murtad berbelas tahun dah.
Tuan-tuan masih ingat kes murtad Aisyah Bukhari, dimana penglibatan gereja, penglibatan mubaligh Kristian jelas dalam memurtadkan orang Melayu di negara ini sudah berlangsung begitu lama.
Kes pertama memurtadkan orang Melayu melibatkan gereja berlaku pada tahun 1987, bilamana seorang paderi berbangsa yang pertama dinegara ini dilantik, iaitu disebuah gereja di Petaling Jaya.
Nama Melayu paderi itu ialah Jamaluddin Osman.
Continue reading

Aku memasak di dapur, suami khusyuk bertahajud…

SKETSA SETIAP RAMADHAN

Oleh: Amatullah Yusuf

                Sejurus bangkit dari lena, saya menuju ke dapur dengan sepasang mata yang hanya separuh terbuka untuk menyiapkan hidangan sahur bagi suami dan anak-anak. Setelah sedikit demi sedikit rasa mengantuk itu hilang, saya mula menangkap suara suami yang sedang membacakan ayat-ayat al-Quran di dalam solat tahajjud sambil menunggu saya selesai menyediakan sahur. Rasa jengkel mula menyelinap masuk ke dalam hati lantaran situasi yang seringkali berlaku ini – malah ketika masa hidangan berbuka pun, suami saya akan menghabiskan detik-detik terakhir hari itu dengan membaca al-Qur’an sedangkan saya di dapur memasak.

                Sungguh, saya merasakan kedamaian ruhani yang sangat indah tika saya dapat menyendiri dalam Qiyamullail, berdoa kepada Allah dan bermunajat kepadaNya serta membaca ayat-ayatNya. Seterusnya azan Subuh dilaungkan dan saya menunaikan solat dengan khusyu’ dan penuh penghayatan, lalu jiwa saya diresapi cas keimanan yang kemanisannya di hati tidak dapat ditandingi oleh apa-apa kebahagiaan pun di dunia ini.

                Akan tetapi apa yang berlaku sekarang ialah: saya menghabiskan masa-masa paling berharga dan masa-masa lain dalam bulan Ramadhan yang dicintai ini…di dapur!

Continue reading