Archive | October 2011

HIMPUN siri ke 3

Ana sambung bicara analisa tak rasmi kami bersama keluarga tempoh hari. Sehari berlalu selepas Himpun, macam2 feedback yg kami terima.Ada yg menghargai, ada yg memuji, tak kurang juga yang mengeji. Lucunya, kebanyakan kejian yg kami terima, bertepatan pulak dengan analisa informal yg kami buat. Bermakna, kami tidak off-track!

Semangat dua beradik nih!

Sambungan dari analisa sebelum ini, antara sebab2 lain mengapa umat Islam Malaysia enggan bersama himpun, adalah :

3. Lebih rela jadi ‘penonton’ di luar gelanggang dari sama2 jadi pemain dalam padang juga adalah diantara sifat orang Malaysia yg sangat ketara.

. Berjaya tak Berjaya HIMPUN ni belum tentu lagi, tak perlulah nak terlibat sama. Apa2 jadi nanti, susah… nanti orang cop kita yg bukan bukan.

(Orang Melayu Malaysia ni memang tak suka ambil risiko. Mereka lebih senang dan bahagia dengan zon selesa mereka, kerana apa? Kerana terhakisnya semangat jihad dalam diri. Bersantai dan berhibur itu lebih indah pada pandangan mata dan cita rasa hati mereka.  Nak bersusah payah, bermujahadah, jauh sekali.Semangat jihad habis lebur, cair tak berbaki lagi. Kalau pun ada, nanti, kita tunggu dan lihat dulu. Kalau untung kita pergi, kalau tak kita cuti.)

. Mungkin dengan ‘penerangan’ bahwa Islam itu agama dialog dan hujah, maka, mungkin org awam merasa tak perlulah kita turun padang sekali. Biarlah puak2 yg pandai berdialog dan berhujah je yg main peranan.

(Ditambah pulak dengan bicara orang2 bijak pandai yang akhirnya banyak mengelirukan orang ramai. Betul, Islam diperjelaskan supaya insan faham melalui dialog dan hujah. Dalam Himpun sendiri tiada yang bercanggah dengan itu. Yang dikatakan lolongan, sekadar menaikkan semangat. Bukan lolongan pun sebenarnya, tapi seruan yang membakar semangat, memperbaharui niat. Kemudian pengisian diberikan….kenapa….bagaimana dan seterusnya. Akhirnya sampai kepada satu deklarasi mengenai 10 perkara yang diseur supaya diambil peduli, diambil tindakan bagi memastikan aqidah umat Islam Malaysia khasnya, terpelihara. Sama2 berjanji utk memastikan itu berlaku.)

Continue reading

Advertisements

Coretan Himpun (ii)

Kesatuan lambang Kekuatan

Balik dari Himpun, kami pakat buat analisa masing2. Cuba mencari sebab musabab kenapa that poor turn outs happened? Kenapa yang berjanji nak hantar ahli pun, in the end tak hantar.
Kita disuruh menganalisa dan bermuhasabah kan? Demi utk memperbaiki keadaan dimasa akan datang. So, kami cuba buat dalam kelompok kecil kami sendiri anak beranak, walaupun tidak secara formal, tapi sambil-sambil bersembang kami sentuh permasaalahan ini serba sikit.

Apa yang ana faham : (Pandangan kami anak beranak)

1. Isu mempolitikkan segala yg boleh, adalah tersangat besar impaknya. Kalau satu puak ni jadi penganjur, puak yg lagi satu akan ‘boikot’ bersama2 dengan kuncu2nya.

. Kebetulan, UMNO menyatakan persetujuannya utk sama2 menganjurkan HIMPUN, maka PAS terus menolak, dengan alasan tidak mahu bersekongkol dengan UMNO.

(Kenapa perlu taksub sgt sampai mcm tu? Kalau ada kebaikan dan kebenarannya, apa salah utk kita bersetuju dan bekerjasama. Himpun menyuarakan soal aqidah, soal pokok, bukan lagi cabang. Dalam Himpun kita menyeru seluruh umat utk bersatu demi menyelamatkan aqidah. Saling bantu membantu, saling bekerjasama utk tujuan yg mulia itu. Bila kita bersatu, suara kita kuat. Gesaan kita boleh terkesan jauh. UMNO utk org Melayu/Islam. Pas jugak utk org Islam/rata2nya Melayu. Aqidah yg diseur utk diselamatkan adalah aqidah Islam, kan sama dan serupa perjuangan tu, kenapa perlu dijurangkan?)

.Bila satu parti dah sah diselah sini, satu parti lagi akan bermatian utk tidak berada di tempat yg sama, walaupun ada terdapat kebenaran mengenai perlunya keberadaannya di situ.

(Bila kita kata taksub, ada yang melenting. Bercakap pasal asobiyah, masing2 menuding jari ke arah orang lain, lupa yang dengan ketaksuban sendiri itulah petanda asobiyah. Tak kira betul atau salah, asal dia dari puak kita, kita sokong belaka. Betul belaka….Tak kira betul atau salah, asal ianya dari pihak sana, bukan dari puak kita, kita sanggah sokmo. Salah belaka depa tu. BUKAN ASOBIYAH KE TU? So, siapa sebenarnya yang berasobiyah di sini?)

. Asal ada satu organisasi yg menyokong tindakan A, pasti ia akan dituduh sebagai penyokong, tali barut, dan sebagainya.

(Mungkin kita mudah menilai orang lain dengan menggunakan cermin diri sendiri. Maksud ana, pandangan mata hati kita dikelabui dengan tanggapan, kalau dah bersama puak A, saling bekerja sama, bantu membantu, tak kiralah yg dibantu tu perkara kebaikan atau tidak, tapi bila kita tak sanggup nak buat, orang lain buat, depa tu bersubahat lah, katanya. Tuduhnya.
Cuba ambil contoh isu aqidah dan himpun ni. Isu aqidah isu bersama bagi seluruh umat Islam. Semua NGOs dan badan2 Islam dipelawa utk sama2 berganding bahu menganjurkan perhimpunan utk menghimpun seluruh umat Islam, dari semua latar belakang, lapisan umur, semata2 utk menyatakan kita semua tidak rela, dan tidak akan berdiam diri bila maruah dan kedaulatan Islam dimain2kan oleh pihak musuh.
Bayangkan, kalau SEMUA NGOs dan badan2 itu bersatu hati, ikhlas melakukannya demi aqidah, ada peluang ke utk pihak sana nak mengtakan hanya dia yang berjuang utk aqidah. Pihak satu lagi hanya pandai rhetoric semata? Kalau PAS sendiri hadir dan terlibat sama, boleh ke UMNO nak mendabik dada, ‘Kami umno memperjuangkan aqidah, sedangkan pas hanya pandai bercakap, tapi tak sanggup bertindak?’ Siapa yang beri peluang mereka bersorak seumpama itu? Salah ISMA ke sebagai salah satu penganjur utama Himpun? ISMA tak pernah declare sokong UMNO, tolak PAS, or vice versa….polisi kami, yang benar, walau siapa pun dia, kami sokong, kami bantu. Yang salah, walau siapa pun dia, kami sanggah dan kami tolak.)

Continue reading

Hari itu, HIMPUN….(I)

Hari itu, tanggal 22 Oktober 2011. Ada jemputan kahwin anak teman sepengajian di US dulu. Maka kami merancang utk bertolak awal pagi Sabtu berkenaan, meninggalkan anak yang dalam pantang bersama menantu dan cucu, singgah sebentar di rumah anak menantu pertama, sebelum meraikan raja sehari di Taman Melawati, dan melanjutkan  plan sehari itu utk sama2 berhimpun di Shah Alam.

Semua kami sangat teruja, semua….walaupun anak kedua kami, suaminya dan bayi kecil berusia 9 hari terpaksa kami tinggalkan di Kuantan…baru sgt lagi utk ikut berjalan jauh.

Rufaydah bt Mohd Afiq

Sempat mengajak beberapa teman yg kami jumpa di kenduri tersebut utk sama2 ke HIMPUN ptg tu.

“Himpun tu apa kak meen?”

“La, kamu tak tengok TV, suratkhabar dan internet, facebook ke? Bukan kecoh ke promosi himpun kat media?”

Rupanya, ramai je yang dhaif tentang program ni, lalu ana mengambil sedikit masa menjelaskan kenapa dan utk apa himpun dilaksanakan.

“Harapan penganjur, semua umat Islam, despite fahaman politik masing2, despite beza gerak kerja NGO Islam etc, semuanya bergabung dan bersatu membuktikan kesatuan ummah demi aqidah. Maknanya, kita boleh bersatu demi aqidah, mudah2an musuh akan terkesan dgn kesatuan tersebut, kerana soal aqidah adalah soal pokok yg sgt penting yg wajib disepakati bersama oleh seluruh umat Islam.”

“Tapi, kenapa nak buat kat stadium? Nak di apakan kat sana kak meen?”

Junior ana terus musykil, dan ana mengambil peluang bercerita lagi, dalam masa yg sgt terhad ketika itu.

“Kita berkumpul di stadium supaya tak ganggu jalanan. Media akan ikut serta, liputan akan dibuat, bukan saja oleh media arus perdana, tapi setiap NGO dan badan yg terlibat, pasti akan buat laporan masing2, supaya mesej himpun sampai kepada semua di luar nanti.”

“Apa yang ada?”
Continue reading