Hari itu, HIMPUN….(I)

Hari itu, tanggal 22 Oktober 2011. Ada jemputan kahwin anak teman sepengajian di US dulu. Maka kami merancang utk bertolak awal pagi Sabtu berkenaan, meninggalkan anak yang dalam pantang bersama menantu dan cucu, singgah sebentar di rumah anak menantu pertama, sebelum meraikan raja sehari di Taman Melawati, dan melanjutkan  plan sehari itu utk sama2 berhimpun di Shah Alam.

Semua kami sangat teruja, semua….walaupun anak kedua kami, suaminya dan bayi kecil berusia 9 hari terpaksa kami tinggalkan di Kuantan…baru sgt lagi utk ikut berjalan jauh.

Rufaydah bt Mohd Afiq

Sempat mengajak beberapa teman yg kami jumpa di kenduri tersebut utk sama2 ke HIMPUN ptg tu.

“Himpun tu apa kak meen?”

“La, kamu tak tengok TV, suratkhabar dan internet, facebook ke? Bukan kecoh ke promosi himpun kat media?”

Rupanya, ramai je yang dhaif tentang program ni, lalu ana mengambil sedikit masa menjelaskan kenapa dan utk apa himpun dilaksanakan.

“Harapan penganjur, semua umat Islam, despite fahaman politik masing2, despite beza gerak kerja NGO Islam etc, semuanya bergabung dan bersatu membuktikan kesatuan ummah demi aqidah. Maknanya, kita boleh bersatu demi aqidah, mudah2an musuh akan terkesan dgn kesatuan tersebut, kerana soal aqidah adalah soal pokok yg sgt penting yg wajib disepakati bersama oleh seluruh umat Islam.”

“Tapi, kenapa nak buat kat stadium? Nak di apakan kat sana kak meen?”

Junior ana terus musykil, dan ana mengambil peluang bercerita lagi, dalam masa yg sgt terhad ketika itu.

“Kita berkumpul di stadium supaya tak ganggu jalanan. Media akan ikut serta, liputan akan dibuat, bukan saja oleh media arus perdana, tapi setiap NGO dan badan yg terlibat, pasti akan buat laporan masing2, supaya mesej himpun sampai kepada semua di luar nanti.”

“Apa yang ada?”

“Antaranya persembahan nasyid sebagai pembuka acara, tapi yg lebih penting adalah siri ceramah oleh beberapa tokoh berkenaan kepentingan aqidah bagi umat Islam dan kewajipan setiap kita utk membelanya. Juga berkenaan bahaya permurtadan dewasa ini, dan beberapa langkah yang mungkin dikira sesuai dan patut di ketengahkan supaya diambil berat oleh setiap yg bertanggung jawab. Termasuk setiap diri.”

“Jugak utk mendedahkan beberapa strategi permurtadan yg berlaku di Malaysia sekarang ini, utk kita sama2 fikirkan jalan selesaiannya.”

“Oh, jadi, ada resolusi lah?”

“Yep, akan ada deklarasinya diakhir program, langkah2 yg dikira perlu diambil tindakan utk memberi mesej kepada musuh Islam, jangan main2 dengan isu aqidah ni. Islam agama perlembagaan Malaysia. Hak itu jangan cuba dibuat main.”

Ana cuba memberi apa yang ana tahu dan yakin, setidak2nya, teman itu nanti akan faham serba sikit, kalau pun dah terlewat utk ikut sama berhimpun. Maklumlah, last minit macam ni, susah orang nak tiba2 ikut, sebab masing2 dah ada plan masing2.

Maka, selesai solat, kami anak beranak bersama cucu yg sorang tu berangkatlah ke stadium Shah Alam. Hati berdebar, takut tak dapat parking, tak dapat masuk. Ya lah, ura-ura kata setiap NGO dan badan yg menganjur akan datang bersama ahli masing2, kami pulak dah lewat.

Sesampai di kawasan stadium, hati mula cuak, kenapa parking kosong je pulak? Mungkin sebelah belakang sana yg sesak kot? Kami pun bergegas masuk, diberi satu badge HIMPUN setiap sorang, rasa macam nak minta dua extra utk anak dan menantu yg berpantang di Kuantan, tapi tak berani pulak, takut tak cukup ke nanti….

Masuk je ke dalam stadium, hairan….kenapa stadium lengang? Yang penuh, cuma dibahagian  ‘pentas’ dan belakangnya. Seats opposite pentas, adalah beberapa baris peserta yang ana anggarkan sekitar dua tiga ratus orang mungkin. Melirik ke jam di tangan, dah lebih setengah jam program bermula….hati merasa sangat terkilan, sangat kecewa. Kami berpindah tempat duduk ke kawasan belakang pentas, bagi meramai dan memenuhkan  ruang di sana. Duduk menyaksikan kumpulan Munsyid dan lain2 mengalunkan lagu2 semangat dan nasyid, hati bermonolog sendiri…..

“Kemana perginya umat Islam ni? Perkara sepenting aqidah pun, masih sanggup berlengah utk bertindak. Di mana silapnya? Apa yang kurangnya? Promosi? Kesedaran? Sensitiviti?………..”

“Memang banyak lagi tugas utk menyampaikan agar ummah faham. Memang bertimbun lagi kerja dakwah dan tarbiyah yang perlu dilakukan. Ummah belum mengerti, maka perlu dijelaskan agar mereka faham, agar mereka peka dan sedar….”

Macam2 yang ana bicarakan sendiri dalam hati. Sayu bila mengenangkan betapa ummah berebut memenuhi ruang stadium utk bola, tapi terabai bila soal aqidah yg jadi pokok bicara. Pilu bila terbayang susahnya ummah utk bersatu, bukan utk soal remeh temeh, tapi soal aqidah yg merupakan intipati himpun kali ini. Kenapa bila soal pilihan raya, nak yang adil, nak yg telus, nak yang itu dan nak yang ini, ramai yang menyambutnya, walaupun penganjur adalah dari kalangan mereka yang tidak menerima dan mengiktiraf Islam, malah dari kalangan yang berjuang dalam IFC (Inter-faith Council) tapi bila diajak behimpun, bersatu demi aqidah, disambut sepi oleh umat sendiri. Malah oleh ahli penganjur2 sendiri….

Ana menoleh kanan dan kiri, depan dan belakang, rata2 semuanya familiar faces belaka. Kalau muka tak familiar pun, tengok pada sepanduk di tangan, headband di kepala, ana tau mereka siapa. T-shirt yang dipakai pun menjelaskan mereka dari kelompok mana. Ana bangga sekejap dan bersyukur sangat2, tapi kemudian ana hiba….mana yang lain? Kenapa janji tak tertunai? Kenapa mesti jadi macam ni?

Bila di hujung acara, Dr Hassan Ali, yg datang bukan atas kapasiti mana2 organisasi, tapi datang secara individu, melafazkan bacaan doa dengan diaminkan oleh seluruh yang hadir, ana mengaku, ana sangat2 terkesan. Bila mana Dr Hassan Ali mohon

“Ya Allah, pilihlah kami sbg antara hamba2Mu yang memperjuangkan aqidah Islam,ya Allah”

Meremang bulu roma.

“Ya Allah, jangan sisihkan kami ya Allah dari kelompok hambaMu yang berjuang hingga ke akhir hayat kami”,

Menitik airmata ketika itu. Semoga Allah kabulkan doa kami, ameen ya Rabb Al Alamin.

Kami tau, kami tak sia2 ke sana ptg tu. Kami tau, kami tidak pulang dgn tangan kosong waktu tu. Kami tau, pengorbanan masa dan tenaga kami saat itu, pasti ada nilai di sisi Allah. Asalkan niat berhimpun tu tadi jelas, semuanya kerana Allah, dan kita redha dgn ketetapanNya, insyaAllah, tiada yg sia2 dalam setiap yg berlaku.

 

One thought on “Hari itu, HIMPUN….(I)

  1. Alhamdulillah..himpun dh selesai..cuma sebak rasa hati bilamana byk suara2 yg kurang enak didgar drpd meka yg kurang jelas ttng matlamat himpun & yg kurang faham ttngnyer..sedih juga bila usaha murni ini dipertikaikan oleh saudara seislam sendiri..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s