Coretan Himpun (ii)

Kesatuan lambang Kekuatan

Balik dari Himpun, kami pakat buat analisa masing2. Cuba mencari sebab musabab kenapa that poor turn outs happened? Kenapa yang berjanji nak hantar ahli pun, in the end tak hantar.
Kita disuruh menganalisa dan bermuhasabah kan? Demi utk memperbaiki keadaan dimasa akan datang. So, kami cuba buat dalam kelompok kecil kami sendiri anak beranak, walaupun tidak secara formal, tapi sambil-sambil bersembang kami sentuh permasaalahan ini serba sikit.

Apa yang ana faham : (Pandangan kami anak beranak)

1. Isu mempolitikkan segala yg boleh, adalah tersangat besar impaknya. Kalau satu puak ni jadi penganjur, puak yg lagi satu akan ‘boikot’ bersama2 dengan kuncu2nya.

. Kebetulan, UMNO menyatakan persetujuannya utk sama2 menganjurkan HIMPUN, maka PAS terus menolak, dengan alasan tidak mahu bersekongkol dengan UMNO.

(Kenapa perlu taksub sgt sampai mcm tu? Kalau ada kebaikan dan kebenarannya, apa salah utk kita bersetuju dan bekerjasama. Himpun menyuarakan soal aqidah, soal pokok, bukan lagi cabang. Dalam Himpun kita menyeru seluruh umat utk bersatu demi menyelamatkan aqidah. Saling bantu membantu, saling bekerjasama utk tujuan yg mulia itu. Bila kita bersatu, suara kita kuat. Gesaan kita boleh terkesan jauh. UMNO utk org Melayu/Islam. Pas jugak utk org Islam/rata2nya Melayu. Aqidah yg diseur utk diselamatkan adalah aqidah Islam, kan sama dan serupa perjuangan tu, kenapa perlu dijurangkan?)

.Bila satu parti dah sah diselah sini, satu parti lagi akan bermatian utk tidak berada di tempat yg sama, walaupun ada terdapat kebenaran mengenai perlunya keberadaannya di situ.

(Bila kita kata taksub, ada yang melenting. Bercakap pasal asobiyah, masing2 menuding jari ke arah orang lain, lupa yang dengan ketaksuban sendiri itulah petanda asobiyah. Tak kira betul atau salah, asal dia dari puak kita, kita sokong belaka. Betul belaka….Tak kira betul atau salah, asal ianya dari pihak sana, bukan dari puak kita, kita sanggah sokmo. Salah belaka depa tu. BUKAN ASOBIYAH KE TU? So, siapa sebenarnya yang berasobiyah di sini?)

. Asal ada satu organisasi yg menyokong tindakan A, pasti ia akan dituduh sebagai penyokong, tali barut, dan sebagainya.

(Mungkin kita mudah menilai orang lain dengan menggunakan cermin diri sendiri. Maksud ana, pandangan mata hati kita dikelabui dengan tanggapan, kalau dah bersama puak A, saling bekerja sama, bantu membantu, tak kiralah yg dibantu tu perkara kebaikan atau tidak, tapi bila kita tak sanggup nak buat, orang lain buat, depa tu bersubahat lah, katanya. Tuduhnya.
Cuba ambil contoh isu aqidah dan himpun ni. Isu aqidah isu bersama bagi seluruh umat Islam. Semua NGOs dan badan2 Islam dipelawa utk sama2 berganding bahu menganjurkan perhimpunan utk menghimpun seluruh umat Islam, dari semua latar belakang, lapisan umur, semata2 utk menyatakan kita semua tidak rela, dan tidak akan berdiam diri bila maruah dan kedaulatan Islam dimain2kan oleh pihak musuh.
Bayangkan, kalau SEMUA NGOs dan badan2 itu bersatu hati, ikhlas melakukannya demi aqidah, ada peluang ke utk pihak sana nak mengtakan hanya dia yang berjuang utk aqidah. Pihak satu lagi hanya pandai rhetoric semata? Kalau PAS sendiri hadir dan terlibat sama, boleh ke UMNO nak mendabik dada, ‘Kami umno memperjuangkan aqidah, sedangkan pas hanya pandai bercakap, tapi tak sanggup bertindak?’ Siapa yang beri peluang mereka bersorak seumpama itu? Salah ISMA ke sebagai salah satu penganjur utama Himpun? ISMA tak pernah declare sokong UMNO, tolak PAS, or vice versa….polisi kami, yang benar, walau siapa pun dia, kami sokong, kami bantu. Yang salah, walau siapa pun dia, kami sanggah dan kami tolak.)

2. Isu tidak percayakan pada organisasi lain juga meninggalkan kesan yang besar utk menyokong atau tidak penganjuran.

.ISMA yang baru muncul sebagai satu organisasi kecil, tapi membawa slogan yang menggugah perasaan semua, dek kerana kurang faham, terus di’cop’ sebagai penyokong A dan penentang B.

(Hanya kerana ISMA baru, kemudian membawa slogan yang juga ‘baru’, maka ISMA terus di cop sesuka hati?

Hanya kerana ISMA menyebut Melayu dalam slogannya, maka terus ISMA di cop sebagai penyokong UMNO?

Tiada istilah bangsakah dalam Islam?Cuba kaji dan teliti sejarah Rasulullah saw dgn hati yg terbuka dan ikhlas, tak pernahkah Rasulullah saw menyebut mengenai bangsa? Cuba semak kenyataan2 Imam Hassan Al Banna dalam Majmuah Rasailnya yang kita baca dan kaji sebagai pejuang Islam. Tidak pernahkah bangsa itu diguna pakai utk menaikkan semangat agar berjuang sehingga Islam itu berdaulat dikalangan bangsa tersebut? Kalau belum pernah jumpa, belajar dulu. Kalau belum habis kaji, kaji dan bertanya dulu pada yang tahu, setidak2nya pada yang membuat kenyataan, bukan menuduh secara semberono.)

.Slogan baru yg diketengahkan ISMA belum diketahui hujung pangkal cerita dari slogan tersebut, terus dipandang serong oleh bangsanya sendiri.

(Nak senang bincang, kita buat perkiraan dan logic yang mudah.
Bangsa mana yang menjadi bangsa tonggak di bumi Malaysia?

MELAYU.

Agama apa yang dianuti oleh bangsa ini?

Rata2, secara majoritinya, atau selama ini sebelum berleluasanya permurtadan, Melayu dan Islam, sangat2 sinonim. Cakap Melayu, terbayang Islam, sebut Islam di Malaysia, terbayang bangsa Melayu lebih dari bangsa lain. Bermakna, jawapannya adalah

ISLAM.

So, apa yang berlaku dengan bangsa Melayu dewasa ini di bumi Malaysia?

BERPECAH, BERBALAH SALING BERBURUK SANGKA

Maka siapa yang menangguk untung dengan perpecahan dan perbalahan ini?

MUSUH ISLAM.

Jadi apa yang berlaku?

. Kes Murtad bertambah
. Hak orang Islam di bumi Islam, dipersoal
. Hak orang Melayu di bumi Melayu, dipertikai
. Orang Melayu tersepit diantara kedua2 pihak pemerintah dan pembangkang.

Semuanya berlaku tanpa segan silu, tanpa selindung dan sembunyi oleh pihak musuh yang menikmati keuntungan dari perpecahan ini….maka
Jalan penyelesaiannya pasti terletak pada
MELAYU SEPAKAT, ISLAM BERDAULAT
Sepakat di sudut aqidah! Itu seruannya. Namun, baru dimulai dengan Himpun, masing2 dah panas telinga, mendabik dada tak tentu hala. Cuba Tanya hati dan iman kita, jawab dengan ikhlas…
SIAPA UNTUNG, SIAPA RUGI di sini sudahnya?)

. Sangkaan ‘masakan’ ISMA yg baru setahun jagung tu berjaya nak sama2 anjur program as big as this, tak kemana lah tu….

(Seperti yang pernah ana jelaskan tadi, orang kita memang suka tunggu dan lihat. Mana yang bawa untung kita ikut, kalau rugi, kita jgn campur.
Bukankah lebih baik kalau kita sama2 berusaha membina saham, menjadi antara orang yang pertama menggerakkannya…kan lebih untung begitu.

Yang muda, tak semestinya ia lemah. Seringkali, yang muda itulah yang lebih kuat. Idea orang muda tercetus setelah ia melihat dan belajar dari orang tua di sekelilingnya. Banyak pengajaran yang diambil kira sebelum ia memulakan langkah pertama. Dalam tulisan Dr Maza dlm blognya pun ada menyebut kisah seumpama ini dalam cerita Oxford nya. Itu tentang agama kristian, ini kan pulak tentang perjuangan Islam. ISMA mungkin muda dari segi usia organisasinya, tapi ia boleh dianggap cukup dewasa bila dilihat dari sudut usia dakwah ahli2nya…..dari situ pembelajaran berlaku.)

Wallahu’alam.

Siri seterusnya akan menyusul kemudian nanti, insyaAllah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s