Archive | October 28, 2011

HIMPUN siri ke 3

Ana sambung bicara analisa tak rasmi kami bersama keluarga tempoh hari. Sehari berlalu selepas Himpun, macam2 feedback yg kami terima.Ada yg menghargai, ada yg memuji, tak kurang juga yang mengeji. Lucunya, kebanyakan kejian yg kami terima, bertepatan pulak dengan analisa informal yg kami buat. Bermakna, kami tidak off-track!

Semangat dua beradik nih!

Sambungan dari analisa sebelum ini, antara sebab2 lain mengapa umat Islam Malaysia enggan bersama himpun, adalah :

3. Lebih rela jadi ‘penonton’ di luar gelanggang dari sama2 jadi pemain dalam padang juga adalah diantara sifat orang Malaysia yg sangat ketara.

. Berjaya tak Berjaya HIMPUN ni belum tentu lagi, tak perlulah nak terlibat sama. Apa2 jadi nanti, susah… nanti orang cop kita yg bukan bukan.

(Orang Melayu Malaysia ni memang tak suka ambil risiko. Mereka lebih senang dan bahagia dengan zon selesa mereka, kerana apa? Kerana terhakisnya semangat jihad dalam diri. Bersantai dan berhibur itu lebih indah pada pandangan mata dan cita rasa hati mereka.  Nak bersusah payah, bermujahadah, jauh sekali.Semangat jihad habis lebur, cair tak berbaki lagi. Kalau pun ada, nanti, kita tunggu dan lihat dulu. Kalau untung kita pergi, kalau tak kita cuti.)

. Mungkin dengan ‘penerangan’ bahwa Islam itu agama dialog dan hujah, maka, mungkin org awam merasa tak perlulah kita turun padang sekali. Biarlah puak2 yg pandai berdialog dan berhujah je yg main peranan.

(Ditambah pulak dengan bicara orang2 bijak pandai yang akhirnya banyak mengelirukan orang ramai. Betul, Islam diperjelaskan supaya insan faham melalui dialog dan hujah. Dalam Himpun sendiri tiada yang bercanggah dengan itu. Yang dikatakan lolongan, sekadar menaikkan semangat. Bukan lolongan pun sebenarnya, tapi seruan yang membakar semangat, memperbaharui niat. Kemudian pengisian diberikan….kenapa….bagaimana dan seterusnya. Akhirnya sampai kepada satu deklarasi mengenai 10 perkara yang diseur supaya diambil peduli, diambil tindakan bagi memastikan aqidah umat Islam Malaysia khasnya, terpelihara. Sama2 berjanji utk memastikan itu berlaku.)

Continue reading