HIMPUN siri ke 3

Ana sambung bicara analisa tak rasmi kami bersama keluarga tempoh hari. Sehari berlalu selepas Himpun, macam2 feedback yg kami terima.Ada yg menghargai, ada yg memuji, tak kurang juga yang mengeji. Lucunya, kebanyakan kejian yg kami terima, bertepatan pulak dengan analisa informal yg kami buat. Bermakna, kami tidak off-track!

Semangat dua beradik nih!

Sambungan dari analisa sebelum ini, antara sebab2 lain mengapa umat Islam Malaysia enggan bersama himpun, adalah :

3. Lebih rela jadi ‘penonton’ di luar gelanggang dari sama2 jadi pemain dalam padang juga adalah diantara sifat orang Malaysia yg sangat ketara.

. Berjaya tak Berjaya HIMPUN ni belum tentu lagi, tak perlulah nak terlibat sama. Apa2 jadi nanti, susah… nanti orang cop kita yg bukan bukan.

(Orang Melayu Malaysia ni memang tak suka ambil risiko. Mereka lebih senang dan bahagia dengan zon selesa mereka, kerana apa? Kerana terhakisnya semangat jihad dalam diri. Bersantai dan berhibur itu lebih indah pada pandangan mata dan cita rasa hati mereka.  Nak bersusah payah, bermujahadah, jauh sekali.Semangat jihad habis lebur, cair tak berbaki lagi. Kalau pun ada, nanti, kita tunggu dan lihat dulu. Kalau untung kita pergi, kalau tak kita cuti.)

. Mungkin dengan ‘penerangan’ bahwa Islam itu agama dialog dan hujah, maka, mungkin org awam merasa tak perlulah kita turun padang sekali. Biarlah puak2 yg pandai berdialog dan berhujah je yg main peranan.

(Ditambah pulak dengan bicara orang2 bijak pandai yang akhirnya banyak mengelirukan orang ramai. Betul, Islam diperjelaskan supaya insan faham melalui dialog dan hujah. Dalam Himpun sendiri tiada yang bercanggah dengan itu. Yang dikatakan lolongan, sekadar menaikkan semangat. Bukan lolongan pun sebenarnya, tapi seruan yang membakar semangat, memperbaharui niat. Kemudian pengisian diberikan….kenapa….bagaimana dan seterusnya. Akhirnya sampai kepada satu deklarasi mengenai 10 perkara yang diseur supaya diambil peduli, diambil tindakan bagi memastikan aqidah umat Islam Malaysia khasnya, terpelihara. Sama2 berjanji utk memastikan itu berlaku.)

4. Belum berapa jelas dengan agenda sebenar dari himpun…ke mana akhirnya HIMPUN ni?

. Seperti dalam kisah yg ana ceritakan dalam post yg terdahulu, ramai yg tak jelas HIMPUN ni nak dibawa ke mana sebenarnya? Nak selamatkan aqidah melalui jeritan dan lolongan? Berkesan ke? Mungkin itu yg bermain dalam kotak minda mereka….

(Ana jelaskan sekali lagi, selain jawapan ana di atas, Himpun bertujuan utk menyampaikan mesej kepada Islam, bahwa kita bersatu dalam kesatuan aqidah, tak kira kita dari NGO mana, Parti mana, badan mana. Tapi kita sebagai umat Islam akan bersatu memastikan aqidah umat Islam terpelihara menerusi semua usaha kea rah itu. 10 perkara dalam deklarasi yang disepakati, akan sama2 di tuntut dan diperjuangkan.

Kesatuan umat ini akan memberi mesej kepada musuh, ‘Jangan permainkan soal aqidah kami, kerana kami akan menetangnya habis-habisan.’ Bersatu, kita teguh, sehingga musuh tidak lagi berani menceroboh.

Berkesan? Pasti soal kesatuan itu akan berbekas di benak hati musuh. Sejarah telah membuktikan, melalui kesatuan akan lahir persaudaraan. Melalui persaudaraan akan lahir kesungguhan utk berjihad, dan itulah yg paling ditakuti musuh. Kerana gerunkan kesatuan lah, musuh melaksanakan operasi Pecah dan Perintah. Divide and conquer.

Bukankah ini kita pelajari dari seerah dan sejarah?

Bukankah KESATUAN ITU SIMBOL KEKUATAN?)

. Ada juga yang kata ‘Kalau kita kondem agama lain dalam perhimpunan seperti Himpun, nanti agama Islam akan dikondem jugak dalam perhimpunan mereka.

(Suka diingatkan, dalam kita tak usik apa2 pun tentang agama mereka, mereka tetap jaki dengan kita.n Termaktub dalam Al Quran, mereka memang tidak akan senang selagi kita tidak mengikut mereka.

Ala kulli hal, Himpun bukan bertujuan menghina mana2 pihak. Cuba dengar setiap siri ceramah yang berlangsung ketika Himpun tempoh hari. Rata2,

. Umat Islam diseru supaya peka dengan masalah murtad dan pemurtadan.

. Umat Islam juga diseru supaya berhati2 dengan helah dan strategi mereka.

. Umat Islam diingatkan supaya kembali kepada jati diri muslim sejati, bagi memastikan kita tidak mudah terprdaya dengan usaha pemurtadan mereka.

. Umat Islam diajak mengenang kembali zaman kehebatan kita suatu ketika dulu, semuanya kerana kita berpegang teguh dengan ajaran Islam.

. Umat Islam diajak supaya ambil pusing, ambil peduli mengenai saudara seIslam supaya tidak terbiar dan terjerumus ke dalam kancah murtad.

Tiada kata2 penghinaan terhadap agama lain dalam Himpun!!)

5. Ada sesetengah pihak yang tidak ikhlas sedari awal lagi. Berjanji, mungkin tanpa niat utk menunaikannya langsung. Sekadar utk bermanis mulut, cuba mengambil kesempatan. Makanya ahli yg dijanjikan akhirnya tidak dihantar jua…

. Menunjukkan, masih banyak peluang pahala utk kita rebut dalam mendidik masyarakat supaya menjadi muslim sejati sepertimana yang dikehendaki Islam, bukan hypocrite yg dilaknat Allah.

(Bagi mereka yang mengerti, tidak akan tergamak mengkhianati janji yang dibuat. Namun bagi mereka yang sudah terbiasa, atau mereka yg tidak memandang serius akan hal amanah dan menunaikan janji ini, maka tidak akan ada  rasa bersalah langsung dalam hati mereka.

Jesturu, banyak lagi sebenarnya kerja2 dakwah dan tarbiyah yang perlu dilakukan utk mereka2 ini. Peluang pahala masih terlalu banyak utk kita rebut dalam mengejar redha Allah.)

.Tak mahu terjebak dengan yang disangka jerat dalam memperjuangkan Islam for All atau Melayu Muslim.

(Masih keliru dengan istilah Melayu. Masih curiga dengan slogan Melayu Sepakat Islam Berdaulat. Kenapa tidak Ummah Sepakat, Islam Berdaulat saja yang diguna pakai oleh Isma?

Well, to make it simple, bagi ana, begini saja ana jelaskan pada sesiapa yang bertanya.

Kalau Macma ditubuhkan bagi menjaga kebajikan Chinese Muslims di Malaysia, begitu juga dengan badan yang menjaga hal ehwal India Muslim di sini, salahkah kalau Isma merasakan kami perlu memberi focus kepada bangsa Melayu yang berpecah di Malaysia supaya bersatu agar agama yg dianuti oleh sejumlah besar orang Melayu Malaysia dapat dibina kedaulatannya?

Bukan kami kata bangsa lain tak penting. Tapi masing2 kita punya gerak kerja tersendiri, modus operandi tersendiri, kita punya focus pada sasaran kita masing2. Punya strategi kita masing2. Yang penting, amal berjalan, bukan sekadar berucap dan bercakap sahaja.

Bukankah masing2 kita  akan disoal di depan Allah nanti?)

Itu adalah antara pandangan peribadi ana dan famili, bukan kenyataan rasmi dari ISMA. Setakat yang kami belajar dan dapat dari ISMA selama ini, inilah apa yang kami faham…..Wallahu’alam.

One thought on “HIMPUN siri ke 3

  1. Pingback: Pulauweb indonesia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s