Bila Maksiat dah Berleluasa

Pernah suatu ketika, anak bujang ana bersuara.

‘Mak, kalau kat US dulu, mak kata banyak je kes pregnant before marriage ni kan?’

‘Haah, memang  banyak. Apa yang berlaku di Malaysia sekarang, memang dah lama wujud di US 30 tahun dulu. Bukan teknologi je yang kita nak tiru, tapi segala serba serbinya kita sapu.’ Jawab ana waktu tu.

‘Meaning, kita ambil dengan hampas-hampasnya lah sekali?’ soal beliau lagi, yang lebih kepada satu statement dari satu pertanyaan.

‘Yes. Itulah kita, semua yang dari barat, kita anggap baik belaka. Tak pernah nak selidik buruk baiknya. Walhal, mereka dok pening kepala nak selesaikan masalah hamil bawah umur tu. Yang kita dengan penuh bangga nak meniru!’

‘Tapi mak, at least depa buat satu dosa je kan? Pregnant sebelum kahwin, tapi tak lah buang anak or even worse, bunuh anak pulak lagi, macam kita kat sini! Bermakna, kita lagi rosak lah tu kan?’ pening anak ana diluahkan dalam perbincangan.

‘Hmmm…..’ ana terkedu sebentar.

Ada jugak logiknya bila sekali fikir macam tu. Sudahlah buat salah berzina, lepas tu buang anak pulak, tinggal sana tinggal sini, macam kain buruk. Lebih parah, dilempar dari tingkat dua, disumbat ke lubang tandas, diperosok dalam tong sampah. Tak cukup dosa zina, tambah pulak dengan dosa membunuh sudahnya.

Makanya, bertambah buruk lagi lah imej orang Islam kat Malaysia ni. Mana taknya, yang banyak-banyak kes buang dan bunuh bayi tu, bukan ke dari kalangan orang MELAYU, maknanya, orang ISLAM lah tu……..wah, pening kita dibuatnya. Mana perginya pepatah ‘berani buat, berani tanggung’?

Tapi kan, cuba halusi semula scenario tu. Agaknya, apa yang menyebabkan mereka tergamak membuang dan membunuh anak kecil yang langsung tak berdosa tu? Kita memegang mana2 bayi, tambah pulak dari darah daging sendiri, tak faham kita macamana hati ibu2 yang tergamak baling anak sendiri dari tingkat dua bangunan. Mulalah kita bercakap,

‘Sedangkan binatang pun tau kasih dan sayangkan anak mereka. Di mana perginya nilai kemanusiaan kita sekarang?’

Sedangkan, sebenarnya anak itu dibuang bukan semata-mata kerana benci atau tiada kasih sayang, tapi kerana masih terselit rasa keimanan pada perintah dan larangan Allah. Masih ada rasa malu dan aib dengan dosa yang telah terlanjur. Tak tergamak mempamerkan dosa dan kesalahan melanggar norma-norma kesucian akhlak pada khalayak umum. Itulah tanda iman masih berbaki didada.

Kalau di barat, dosa bukan lagi satu keaiban yang patut disembunyikan. Malah ada pulak yang berbangga menceritakan dosa dan noda yang terpalit, tanpa merasa insaf dan malu. Maka benarlah sabda Nabi saw,

“Ka;lau sudah tiada rasa malu, maka buatlah apa saja”

Mahukah kita masyarakat Malaysia sampai ke tahap sedemikian…?

So, apa yang sepatutnya kita lakukan? Adakah dengan menyelesaikan masalah pembuangan dan pembunuhan bayi itu, akan menyelesaikan masalah berlakunya zina sana sini? Di barat, mereka yang terjebak dan anak yang terlahir, diberi shelter dan perlindungan, sedang penyakit yang melanda dibiar sepi. Kalau ini jugak yang dilakukan di Malaysia, maka tunggulah saatnya nanti, bila mana hilang sudah rasa malu dan aib dengan dosa, kerana dosa itu tidak lagi dipandang dan dirasa sebagai dosa, tapi sebagai salah satu normal kehidupan masa kini. Kehidupan liberal, moden dan sederhana.

Bukankah bila demam, selalunya kita sekadar mengambil paracetamol, lalu panas badan reda, dan kita kembali sihat. Alhamdulillah. Namun sekiranya demam terus-terusan berulang, memadaikah kita dengan paracetamol tersebut? Demam dan panas badan hanyalah symptom bahwa ada sesuatu yang tak kena dengan badan kita. Perlu dikaji dan diubati penyakit sebenar, the underlying causes yang menyebabkan badan kita panas. Lalu ubat yang betul diberi, maka terubatlah penyakit itu tadi. Kalau kerana jangkitan kuman, antibiotic adalah penawarnya.

Berlakunya pembuangan dan pembunuhan bayi, hanyalah antara simptom. Penyakit sebenar umat masa kini adalah tidak mengenal dosa dan pahala dek kerana tidak mengenal Allah yang Esa. Akidahnya bercelaru, jati dirinya keliru, ibadahnya tunggang langgang, maka berlaku penyonsangan demi penyonsangan dari fitrah semulajadi manusia yang sentiasa inginkan kebaikan.

Ajarkan muda mudi kita untuk mengenal Allah swt. Tanamkan sifat IHSAN dalam diri. Rasai muroqabah Allah setiap masa. Tanamkan pada mereka jati diri sebenar seorang remaja muslim. Bentangkan pada mereka contoh2 hebat dari zaman sahabat dan salafus soleh tentang individu2 remaja hebat zaman dulu untuk di ulang contoh sekarang. Perhati dan perbetulkan ibadah mereka supaya sahih, kerana ibadah itu antara perisai yang membentengi kita dari bisikan dan godaan syaitan, selain dari ianya berupa enzim yang merancakkan rasa kehambaan dan uluhiyah terhadap Sang Pencipta kita, Allah azza wajalla.

Cukup-cukuplah dengan hiburan dan kebebasan. Didiklah mereka makna hak asasi yang sebenar, agar mereka tidak tertipu. Menzalimi diri sendiri dengan menongkah arus fitrah semula jadi yang sentiasa mahukan kebaikan itulah sebenarnya pelanggaran hak asasi manusia yang patut disedarkan kepada setiap insan. Bukannya laungan hak asasi penipu dari kuncu-kuncu syaitan laknatullah.

Usahalah supaya rasa malu dan aib dengan dosa itu terus berkekalan berada dalam diri, kerana itu petanda iman masih bersemi di dada. Masing-masing kita punya peranan untuk membina anak dan generasi masa depan. Jangan kita mula memandang enteng pada dosa, kerana itu akan membawa kepada merasa langsung tidak berdosa…..dan itu amat bahaya!!

Wallahualam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s