Archive | February 2012

Sampaikan, Walau Satu Ayat

 

Tiba-tiba terpacul dari mulut Aqilah,

“Yang ana faham, perdebatan itu harus dielakkan selagi boleh, terutamanya dari kalangan sesama kawan dan rakan atau saudara. Lainlah kalau memang dah di khususkan sesi untuk berbincang, berdiskusi atau berdebat, maka berdebatlah secara ilmiah. Sebaik-baiknya elakkan dari bertengkar untuk menegakkan satu-satu pendapat dan pandangan.”

Aqilah, bersama-sama dengan beberapa rakan sebiliknya sedang asyik berbincang sementara menunggu Makcik Salbiah datang untuk membawa mereka ke Taman Tasik untuk acara rehlah pagi tu. Bincang punya bincang, tak sedar makcik Salbiah dah terpacak berdiri belakang mereka, mencuri dengar celoteh pagi anaknya dengan kawan-kawan sebilik.

“Mak ana pernah cakap dulu, kalau berbincang tiba-tiba nak masuk gear bertengkar, baik berhenti je. Kalau kita di pihak yang silap, berhentinya kita dari berlarutan bertengkar tu, Allah akan bina sebuah istana utk kita di kaki bukit dalam syurga. Kalau kita di pihak yang benar, tapi kita tetap mengelak dari bertengkar dan berdebat, Allah akan bina satu istana utk kita di atas bukit dalam syurga. Kan untung tu….”

Continue reading

Advertisements

Persiapan Mendidik Anak-anak Soleh, Pelapis Duat.

Maaf dipohon atas kesepian blog ini….

Ana dikala ini terlalu sibuk dengan urusan cucu-cucu, maka blog yg serba dhaif ini agak terabai sedikit. Cucu kedua ana, Rufaydah Mohd Afiq, kini berusia 3 bulan setengah, diserikan lagi dgn kehadiran cucu ketiga, Auni Sofea, yg belum pun berusia walau seminggu. Ketika ini, kesemuanya bersama ana di Kuantan. Dengan berbagai cerita pengabaian dan kecuaian di taman2 asuhan kanak2, menyebabkan mereka bersama ana buat ,masa ni. Maka, bayangkanlah….

Untuk post kali ini, ana muatkan satu tulisan dari sahabat ana Pn Nor Ashiqin Abd Hamid, moga-moga dengan perkongsian ini, kita sama-sama dapat memanafaatkannya, insyaAllah.

Persiapan membentuk anak-anak di umur sekolah rendah untuk menjadi pelapis duat di masa akan datang.

Senario 1

Sewaktu melihat berita di kaca TV mengenai serangan kejam Israel yang tidak berperikemanusiaan ke atas penduduk Palestin,terkeluar dari mulut si ibu;
“Sedihnya hati umi melihat penderitaan rakyat Palestin,setiap hari dizalimi Yahudi
Laknatullah.”
Tiba-tiba mencelah Mujahid yang berusia 6 tahun.
“Bila kita nak pergi ke Palestin Umi?”
Terkejut umi mendengar soalan yang diajukan,lalu bertanya,
“Bukankah mereka sedang berperang?Along tak takut mati ke?”
Jawab si anak,”Along pun nak mati syahid juga,umi.Takkan anak-anak di Palestin je yang boleh mati syahid.Along pun nak masuk syurga juga seperti mereka….”
Terkedu si ibu mendengar jawapan along yang penuh kesungguhan dan keikhlasan itu.

Senario 2

Sedang keluarga Encik Amran berehat-rehat sambil menonton program realiti hiburan di kaca TV petang Sabtu itu,tiba-tiba mereka dikejutkan dengan kedatangan kedua ibu-bapanya dari kampung.
Encik Amran dan isterinya Puan Laili bersalaman dengan mereka dan mempersilakan keduanya masuk.Puan Laili memanggil ketiga-tiga orang anaknya yang berusia di antara 3-12 tahun untuk bersalaman dengan datuk dan nenek itu.Anak yang bongsu,Farah berlari-lari datang memeluk kedua orang tua itu,tetapi kedua-dua abangnya masih tidak berganjak dari peti televisyen.
“Kejap lagi Along dan Angah tu datanglah bersalam dengan mak dan ayah.Mereka berdua tu memang tidak boleh ‘miss’program kegemaran mereka.Jika sedang menonton televisyen jangan di harap nak minta tolong apa-apa”jelas Puan Laili.
“Budak-budak zaman sekarang biasalah begitu….”jawab neneknya ringkas.
“Si Farah ni, nampak saja kecil mak.Tapi semua tarian dan lagu-lagu yang ditonton di TV tu boleh di tirunya,memang nampak sangat bakat dia,”tambah Puan Laili merujuk pada anak bongsunya.
Datuk dan nenek hanya berpandangan diantara satu sama lain tanpa berkata sepatah jua pun….

Persoalannya di sini ialah :Apakah persiapan dan peranan kita sebagai ibu bapa dalam membentuk anak-anak amanah Allah untuk menjadi generasi pelapis duat?Marilah kita para murabbi terutama ibu bapa memahami realiti (waqi’) kehidupan kita hari ini dengan penuh kesedaran, agar segala tindakan yang diambil adalah betul dan tepat.

Continue reading