Persiapan Mendidik Anak-anak Soleh, Pelapis Duat.

Maaf dipohon atas kesepian blog ini….

Ana dikala ini terlalu sibuk dengan urusan cucu-cucu, maka blog yg serba dhaif ini agak terabai sedikit. Cucu kedua ana, Rufaydah Mohd Afiq, kini berusia 3 bulan setengah, diserikan lagi dgn kehadiran cucu ketiga, Auni Sofea, yg belum pun berusia walau seminggu. Ketika ini, kesemuanya bersama ana di Kuantan. Dengan berbagai cerita pengabaian dan kecuaian di taman2 asuhan kanak2, menyebabkan mereka bersama ana buat ,masa ni. Maka, bayangkanlah….

Untuk post kali ini, ana muatkan satu tulisan dari sahabat ana Pn Nor Ashiqin Abd Hamid, moga-moga dengan perkongsian ini, kita sama-sama dapat memanafaatkannya, insyaAllah.

Persiapan membentuk anak-anak di umur sekolah rendah untuk menjadi pelapis duat di masa akan datang.

Senario 1

Sewaktu melihat berita di kaca TV mengenai serangan kejam Israel yang tidak berperikemanusiaan ke atas penduduk Palestin,terkeluar dari mulut si ibu;
“Sedihnya hati umi melihat penderitaan rakyat Palestin,setiap hari dizalimi Yahudi
Laknatullah.”
Tiba-tiba mencelah Mujahid yang berusia 6 tahun.
“Bila kita nak pergi ke Palestin Umi?”
Terkejut umi mendengar soalan yang diajukan,lalu bertanya,
“Bukankah mereka sedang berperang?Along tak takut mati ke?”
Jawab si anak,”Along pun nak mati syahid juga,umi.Takkan anak-anak di Palestin je yang boleh mati syahid.Along pun nak masuk syurga juga seperti mereka….”
Terkedu si ibu mendengar jawapan along yang penuh kesungguhan dan keikhlasan itu.

Senario 2

Sedang keluarga Encik Amran berehat-rehat sambil menonton program realiti hiburan di kaca TV petang Sabtu itu,tiba-tiba mereka dikejutkan dengan kedatangan kedua ibu-bapanya dari kampung.
Encik Amran dan isterinya Puan Laili bersalaman dengan mereka dan mempersilakan keduanya masuk.Puan Laili memanggil ketiga-tiga orang anaknya yang berusia di antara 3-12 tahun untuk bersalaman dengan datuk dan nenek itu.Anak yang bongsu,Farah berlari-lari datang memeluk kedua orang tua itu,tetapi kedua-dua abangnya masih tidak berganjak dari peti televisyen.
“Kejap lagi Along dan Angah tu datanglah bersalam dengan mak dan ayah.Mereka berdua tu memang tidak boleh ‘miss’program kegemaran mereka.Jika sedang menonton televisyen jangan di harap nak minta tolong apa-apa”jelas Puan Laili.
“Budak-budak zaman sekarang biasalah begitu….”jawab neneknya ringkas.
“Si Farah ni, nampak saja kecil mak.Tapi semua tarian dan lagu-lagu yang ditonton di TV tu boleh di tirunya,memang nampak sangat bakat dia,”tambah Puan Laili merujuk pada anak bongsunya.
Datuk dan nenek hanya berpandangan diantara satu sama lain tanpa berkata sepatah jua pun….

Persoalannya di sini ialah :Apakah persiapan dan peranan kita sebagai ibu bapa dalam membentuk anak-anak amanah Allah untuk menjadi generasi pelapis duat?Marilah kita para murabbi terutama ibu bapa memahami realiti (waqi’) kehidupan kita hari ini dengan penuh kesedaran, agar segala tindakan yang diambil adalah betul dan tepat.

Allah berfirman: (At-Tahrim : 6 )

“Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu dari api neraka yang bahan bakarnya terdiri dari manusia dan batu …..”

Sabda Rasulullah s.a.w,

“Kewajipan orang tua terhadap anaknya ialah memberikan nama yang baik,memperelokkan akhlaknya,mengajar kepadanya membaca dan menulis,mengajar ilmu berenang……”(riwayat al-hakim)

Sabda Baginda lagi,

“Tiap-tiap anak itu dilahirkan mengikut fitrahnya,maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikan samaada Yahudi, Nasrani atau Majusi…..”(Bukhari & Muslim)

Menurut Imam Al-Ghazali:

“Anak-anak merupakan nikmat kurniaan Allah s.w.t.kepada orang tuanya.Hati mereka suci ibarat sebutir permata yang boleh dibentuk mengikut sesuka hati pengukirnya.Anak-anak merupakan amanah Allah kepada orang tuanya dan mereka wajib mendidiknya dengan sempurna.”

CIRI-CIRI PENDIDIK

Untuk menerapkan nilai-nilai Islam kepada kanak-kanak sehingga akhirnya mereka berupaya memikul tanggung jawab sebagai pelapis duat, memerlukan penyusunan yang teliti,kesungguhan dan kemampuan mengedalikannya.Para murabbi,yakni orang yang terlibat dalam pendidikan anak-anak ini seperti ibu bapa atau guru-guru hendaklah terlebih dahulu memahami beberapa konsep dan matlamat Pendidikan Islam (Tarbiyatul Islamiyah) itu sendiri.Mereka juga perlu memiliki ciri-ciri yang tertentu untuk memudahkan diri mereka memikul tanggung jawab yang berat dan mencabar ini.Diantara sifat-sifat yang harus dimiliki oleh seseorang pendidik adalah:

1. Memiliki ilmu pengetahuan (termasuk ilmu keibu-bapaan )yang sahih
2. Sentiasa bertaqwa kepada Allah
3. Memahami tabiat anak-anak
4. Merasa bertanggung jawab
5. Ikhlas
6. Sabar
7. Komited (bersungguh-sungguh)
8. Istiqamah

Firman Allah : (Al-Anfal : 27 )

“Hai orang-oarang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul dan janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang diberikan kepada kamu.”

MATLAMAT PENDIDIKAN ISLAM
Matlamat Pendidikan Islam ialah untuk melahirkan generasi manusia salih yang berpegang teguh dengan Islam dan mampu melaksanakan tanggung jawab amar makruf dan nahi mungkar.

Firman Allah : (At-Taubah : 112)

“Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat,yang beribadat,yang memuji (Allah),yang melawat,yang rukuk,yang sujud,yang menyuruh berbuat ma’aruf dan mencegah berbuat mungkar,dan yang memelihara hokum-hukum Allah…..

Di antara matlamat umum yang ingin dicapai dalam pendidikan kanak-kanak adalah

1.Memberi kesedaran dan kefahaman tentang tugas kanak-kanak di dunia ini

2.Menanam bibit-bibit kecintaan kepada Islam dan merasa bahawa diri mereka adalah milik Islam

3.Mendidik dan membentuk sehingga mencapai keperibadian yang seimbang

4.Membimbing dan mempersiapkan kanak-kanak dengan beberapa kemahiran yang membolehkan mereka memberi sumbangan untuk masyarakat sekeliling
.
Pendidikan kanak-kanak ini juga akan melalui beberapa tahap atau peringkat.Tiap-tiap peringkat ini mempunyai matlamat dan tujuan tertentu yang ingin dicapai.Para pendidik mestilah bekerja sedaya upaya untuk mencapai matlamat di setiap tahap supaya apabila tiba masanya,mudahlah kanak-kanak itu ditingkatkan ketahap yang lebih tinggi tanpa menemui sebarang kesulitan.Melentur buluh hendaklah di waktu rebungnya.Tidak dapat dinafikan bahawa mendidik anak-anak sebelum mereka menjadi rosak,adalah lebih baik daripada memperbaiki anak-anak yang telah rosak akhlaknya.

Ibnul Al-Jauzi berkata:

“Pembetukan anak yang utama adalah pada waktu kecilnya,maka apabila se orang anak dibiarkan melakukan sesuatu yang kurang baik dan kemudian menjadi kebiasaannya, maka akan sukarlah memperbetulkannya apabila telah dewasa “

ASPEK-ASPEK PENTARBIYAHAN YANG HARUS DIBERI PENEKANAN

Untuk melahirkan anak-anak yang berjiwa ‘teguh’ terhadap Islam,berkeperibadian seimbang,berilmu pengetahuan dan bertaqwa,maka mereka seharusnya menerima pendidikan yang menyeluruh dan seimbang.Justeru itu bahan-bahan pendidikan yang disediakan oleh para murabbi hendaklah menyentuh semua aspek yang diperlukan bagi mencapai kesempurnaan hidup manusia.

1.Pendidikan Kerohaniaan

a) Penerapan iman dan aqidah Islam
b) Pendidikan akhlak yang mulia

2. Pendidikan Kesihatan Jasmani

a) Menjaga kebersihan
b) Melindungi tubuh dari penyakit
c) Memelihara makanan dan minuman
d) Menjauhkan diri dari memuaskan nafsu syahwat dengan cara haram

3. Pendidika Aqal

a) Mempelajari ilmu pengetahuan untuk mendekatkan diri kepada Allah

4. Pendidikan Untuk Mencapai Kemerdekaan Jiwa
a) Mendidik kanak-kanak berdikari dan memilik harga diri

5. Pendidikan Pergaulan Dengan masyarakat.

A) Mendidik tentang hak-hak masyarakat
a) hak-hak ibu bapa
b) hak-hak kaum kerabat
c) hak-hak jiran tetangga
d) hak-hak guru
e) hak-hak orang yang lebih tua

B) Mendidik dengan adab-adab
a) adab ketika makan dan minum
b) adab ketika bersalam
c) adab meminta izin
d) adab dalam majlis
e) adab ketika berbicara
f) adab ketika bergurau
g) adab memberi tahniah
h) adab menziarahi orang sakit
i) adab memberi takziah
j) adab ketika bersin dan menguap

6. Pendidikan Pergaulan Antara Jantina

a) adab meminta izin
b) adab memandang antara lelaki dan perempuan
c) pemisahan antara lelaki dan perempuan
d) mendidik hukum-hukum atau ketentuan2 di peringkat awal remaja dan seterusnya

7. Kemahiran mempersiapkan dengan kemahiran yang diredhai Allah.

Untuk menjamin kejayaan proses pembentukan anak-anak di umur sekolah rendah ini sebagai pelapis duat, para ibu bapa perlu memberi penekanan dan melaksanakan beberapa perinsip,di antaranya ia-lah:

1. Memberi pendedahan awal kepada anak-anak terhadap aktiviti-aktiviti dakwah ibu bapa

2. Melibatkan anak-anak dengan kerja-kerja amal kebajikan terutama oleh masyarakat
setempat.

3. Memastikan usrah keluarga berjalan lancar dan memberi kesan pada setiap ahli
keluarga.

4.Menyediakan biah yang solehah ,samaada di rumah,di sekolah dan di mana saja tempat
di kunjungi anak-anak

5. Mengambil tahu dan memantau kenalan dan kawan-kawan anak-anak.

PENUTUP

Wahai ibu bapa…,sedarlah bahawa anak-anak buah hati kita,sedang berhadapan dengan pelbagai ancaman dari segenap sudut,baik di alam nyata mahupun di alam maya.Jangan
lah sekali-kali kerana kesibukan duniawi,dan sikap lepas tangan para ibu bapa membuat
kan pentarbiyahan anak-anak kita terabai,sehingga hidup mereka tidak berhaluan, terumbang-ambing seperti kapal yang dilambung ombak.Anak-anak akan hidup melarat
tanpa pimpinan dan pegangan dan akhirnya terjebak ke dalam seribu satu macam kemungkaran.

Firman Allah s.w.t. ( Al-Furqan : 74 )

“Dan orang-orang yang berkata: Ya Tuhan kami,kurniakan kepada kami isteri-isteri kami,dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami)….”

Dalam ayat di atas,Allah s.w.t.menerangkan bahawa orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang memohon kepada Allah supaya mengeluarkan zuriat dari sulbi mereka sebagai anak cucu yang solih,taat kepada Allah,beribadah hanya kepadaNya
Dan tidak mensyirikkanNya.Dengan melakukan segala amalan itu barulah mereka
menjadi penyenang hati di dunia dan akhirat. (Tafsir Ibnu Kathir )
Imam Hassan Al-Basri bila ditanya tentang ayat ini,beliau berkata,”Allah melihat
kepada seseorang hamba muslim itu apabila isterinya,saudaranya,anak-anaknya,teman-temannya taat kepada AllahTidak! Demi Allah tidak ada yang lebih menyenangkan hati bagi seseorang hamba yang mukmin itu melainkan ia melihat anak-anaknya,cucunya,saudaranya,teman-temannya semua taat kepada Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w ,
“Sesungguhnya Allah akan bertanya (meminta pertanggungjawab) kepada sesiapa yang diberi tanggungjawab,sam ada ia melaksanakannya atau mengabaikannya,sehingga Ia akan meminta seorang lelaki itu bertyanggungjawab ke atas ahli keluarganya.”
( Riwayat Ibnu Hibban )

WALLAHU’ALAM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s