Archive | March 2012

Surat Cinta Anak Remaja

Kelmarin, ana diajukan satu soalan yang mencuit hati….

“Kak min, macamana kita nak berdepan dengan anak lelaki yang baru berusia mencecah 14 tahun, tapi sudah dikirimkan surat cinta oleh rakan sekolahnya yang sama-sama satu kelas. Apa yang patut saya katakana pada dia? Memadai kah kalau saya katakan,
‘Pedulikan aje surat dan pengirimnya. Buat tak faham sudah.’
Atau ada lagi kaedah yang lebih baik dan lebih berkesan untuk saya jawab soalan anak bujang saya tu? Saya tak pandai sangat benda-benda macam ni kak min.”

Lucunya kerana saya terkenang kisah anakanda sendiri, lebih kurang 4 tahun yang lalu. Waktu itu anak ‘teruna’ ana baru masuk tahun satu. Sudahlah masuknya pun awal setahun, hadir ke sekolah pun kadang-kadang masih dalam sendu kalau mak tak hantarkan sampai ke pintu kelas, baru beberapa bulan di sekolah, dah ada pulak ‘mak we’ yang daring meluah rasa.

“Saya CINTAkan awak, sebab awak comel dan baik.”

MasyaAllah, tahu ke dia, sipengirim tu, akan apa makna cinta…? Umh, umh, umh…
Itulah dia anak zaman sekarang.

Terlalu banyak exposer dan input yang mereka perolehi, thanks to the internet, mostly, maka anak-anak kita menjadi ’cepat matang’ sebelum usia matangnya yang sebenar. Bila orang membicarakan soal cinta, dia pun nak ikut sama bercinta. Walhal, bukan faham sangat pun…..Apa Itu Cinta.

Berbalik kepada remaja 14 tahun tadi.
Saya katakan pada si ibu, ‘Bersyukurlah anak mahu datang bercerita pada kita.’ Kerana apa? Kerana itu adalah merupakan peluang untuk kita masukkan pengajaran2 kepadanya, tanpa membuatkan dia merasa kita sedang ‘invading privacy’ dia, kalau tak semena2, kita yang memulakan topic bicara.

Peluang yang terbuka ini, harus dioptimumkan oleh si ibu untuk memberi input yang sebaik2nya kepada anak2 supaya dia lebih memahami, lebih selesa dan lebih percaya untuk berkongsi segalanya dengan kita. Bukan senang, dan tidak ramai remaja sekarang yang sanggup menjadikan ibubapanya sebagai rakan berkongsi cerita, apa tah lagi cerita cintan cintun alam remaja. Rebut peluang itu wahai ibu, jangan biarkan dia terasa bahwa kita merasa jengkel dengan kerenah remaja masakini. Itu akan hanya menyebabkan dia menjauhkan diri dimasa2 akan datang nanti.

‘Kenapa perlu aku kongsi dengan mak yang pandang sebelah mata je dengan benda2 ni? Mak orang tua, jelas dia tak faham. Lain kali, kongsi dengan orang lain lagi bagus.’

Mungkin itu yang tercetus di hatinya bila respon kita sekadar;

‘Sudahlah along, jangan dilayan benda2 merepek macam tu. Buang masa along aje. Baik focus pada studies along tu.’
Padahal, dalam jiwanya memang telah timbul persoalan tersebut. Cuma tak tau macamana nak cerita. Macam2 yang dia dapat dari kawan2, dari internet dan sebagainya, kini dia keliru…dan mengharapkan kita boleh memberi pencerahan.
Cuba pendekatan sebegini:

“Wah, along dapat surat cinta? Are you sure bukan along yang mula hantar, then dia balas pulak?” Sengaja nak menceriakan suasana dengan sedikit usikan.

“Macam ni lah along. Sebenarnya, perasaan cinta itu adalah satu anugerah Allah. Bayangkan kalau dunia ni Allah tak kirimkan perasaan cinta tu? Along rasa macamana?” Beri peluang pada dia untuk berfikir sendiri.

“Tapi setiap yang Allah kirimkan itu juga, sebenarnya adalah ujian untuk kita. Kita hargai perasaan cinta tu, sebab manusia memang perlu pada cinta. Tapi sebagai hamba Allah, kita ada peraturan. Ada halal dan haramnya, sebagaimana yang Allah dah tetapkan, sebab Allah Maha Tahu mana yang baik untuk kita, mana yang tidak.

Cinta kepada Allah, memang perlu. Cinta kepada Rasulullah saw juga perlu, sebagai manifestasi cinta kita kepada Allah jugak. Then datang cinta sesame makhluk, nah di sinilah ujiannya. Walaupun dah jatuh cinta, tapi ada syarat2nya. Layan hanya pada cinta yang halal untuk kita. Cinta suami isteri, halal. Sayang kasih sesame adik beradik, itu halal. Yang haram tu, kita kekang dia. Timbul perasaan, tak boleh nak elak, tapi layan tak layan itu adalah jihad dipihak kita. Setiap mujahadah, ada ganjaran pahala, kan. Ni peluang Allah nak bagi pahala kat kita lah ni.” Bagi semangat supaya timbul keinginan dalam dirinya, untuk merebut pahala tu.
“Along jangan ejek, jangan hina…takut2 nanti Allah uji kita pulak satu hari nanti. Tiba2 kot kita pulak yang ‘terhantar’ surat cinta ke orang yang kita rasa kita cinta. Tak haru nanti? Kita bersangka baik ke dia yang hantar;

– Dia ni tak berapa faham lagi agaknya tentang tuntutan Islam dalam menangani masalah cinta yang masih belum halal. Masih jahil…
– Dia ni nak test aku je kot….?

So, dipihak along, along diam je, jangan layan. Nanti dia faham sendirilah insyaAllah. Yang penting, along sendiri jelas dan faham, buat sesuatu kerana Allah, tinggalkan sesuatu pun kerana Allah.”

So, kalaulah kita boleh berinteraksi dengan anak2 kita sedemikian rupa, agak2nya, selesa tak mereka? Perlukah mereka mencari kawan di luar untuk dikongsi sabarang masalah atau kemusykilan….?

Mengikut pengalaman ana, anak2 akan hargai usaha kita itu, kerana:

1. Kita faham jiwa remaja mereka
2. Kita tak pandang rendah pada naluri mereka
3. Kita mahu berkongsi idea dan memberi input positive pada mereka.

Natijahnya, mereka selesa menceritakan masalah2 mereka dengan kita, sebab banyak ilmu yg dapat diperolehinya. Maka, ibu dan ayah perlulah mempersiapkan diri dengan ilmu.

Jadilah kita ibu bapa ‘sporting’ yang masih berlandaskan pada pertarbiyahan Islam, insyaAllah.

Wallahualam.

Advertisements

Kempen ‘Jutaan Solat Subuh’

Suka untuk ana kongsi info yang ana dapat dari fb sebentar tadi….

Moga bermanafaat buat kita dan menjadi pemangkin untuk sama2 menyumbang saham kejayaan itu kelak, insyaAllah.

Ini artikelnya:

Sumber Ikhwan Muslimin Mesir:

Ribuan umat Islam menyertai solat Subuh berjemaah yang dilancarkan oleh kumpulan Islam dengan nama “Jutaan Subuh” bagi menyokong umat Islam di Palestin dan Syria yang diadakan serentak di seluruh masjid di Mesir pada Subuh pagi Jumaat, 16 Mac semalam.

Di ibu negara Kaherah, lebih 6,000 umat Islam berhimpun di Masjid Nour di Abasiya hingga sebahagian mereka terpaksa menunaikan solat Subuh di atas jalan raya yang diimamkan oleh Dr.Khaled Abou Syadie dengan dikawal rapi oleh pasukan keselamatan.

Selepas solat, mereka melaungkan

“Dengan jiwa dan darah kami, menjadi tebusan buatmu Palestin”.

Di Masjid Amru Al-As, sekitar 2,000 umat Islam membanjiri masjid tertua di Mesir itu dengan diimami oleh Syeikh Mohamed Gibril.

Solat Subuh turut dilakukan di dataran Tahrir yang menjadi pusat perhimpunan rakyat dalam menumbangkan rejim Mubarak lebih setahun lalu. Dengan suhu di Kaherah sekitar 8 hingga 10 darjah celcius, kira-kira 3,000 umat Islam berkumpul di awal pagi dengan mengibarkan bendera

Palestin dan Syria sebelum menunaikan solat di jalan-jalan raya di dataran tersebut.

Solat Jumaat di London, Subhanallah.

Solat Jumaat di London, Subhanallah.

Kempen tersebut turut mendapat sambutan di luar Kaherah. Di wilayah Daqahliya ribuan umat Islam menunaikan solat di Masjid El-Salab dan Masjid An-Nasr.Di Masjid Gam’iya Syar’iya di bandar Mansoura, kuliah Subuh disampaikan oleh Syeikh ‘Amir El-Gazzar, salah seorang pemimpin Ikhwan Muslimin.

Beliau berkata, perubahan politik di Syria bermakna saat kejatuhan Israel semakin hampir.

Di bandar Ismaeliyya, ribuan umat Islam menunaikan solat di Masjid Abu Bakar As-Siddiq.

Kempen “Jutaan Solat Subuh” ini dilancarkan oleh kumpulan aktivis Islam bagi menunjukkan sokongan kepada saudara seIslam di Syria dan Palestin.

Ia sebagai menyahut cabaran para pemimpin Yahudi sebelum ini yang berkata,

“Israel hanya dapat dikalahkan jika bilangan solat Subuh umat Islam sama bilangan pada solat Jumaat”.

By: Ma’ar Rahman

MUNGKIN UMAT ISLAM MALAYSIA JUGA PATUT BELAJAR DARI MEREKA.
GERAKKAN KEMPEN SOLAT SUBUH BERJEMAAH….SAHUT CABARAN YAHUDI LAKNATULLAH.
SUDAH SAMPAI MASANYA UMAT ISLAM BANGKIT DARI LENANYA YANG PANJANG.

Al Quran itu Cahaya

Cahaya di atas Cahaya.

Indah sekali ungkapannya….Semak surah An Nur : ayat 35.

Menurut tafsiran Ibnu Kathir, tiga istilah yang disebut dalam ayat di atas, yaini Al Misykat, Al Zujajah dan Al Mishbah dapat dianalogikan sebagai berikut:

Al Misykat, yang berupa ‘lubang di dinding yang tidak tembus’, di analogikan sebagai jasad manusia.

Al Zujajah, berupa ‘gelok kaca bagaikan bintang yang berkilauan’, yang terdapat dalam lubang dinding itu adalah hati di dalam jasad manusia.

Manakala Al Mishbah pula berupa cahaya yang terpancar dari pelita yang terdapat di dalam gelok kaca Al Zujajah, adalah sebenarnya bermaksud cahaya yang ada di dalam hati.

Maka, cahaya apa yang ada di dalam hati manusia, yang bisa memancarkan sinarannya, seperti mana cahaya pelita dalam gelok kaca di dalam lubang dinding dapat menyinari sekelilingnya?

Sekali lagi, tafsir Ibnu Kathir mengatakan, kejernihan hati seorang mukmin dek kerana cahaya imannya, yang didapati dari hidayah Allah swt. Maka cahaya iman itulah yang menerangi hatinya, lalu terus menerangi seluruh jasadnya pula.

Manakala, dalam ayat 35 surah An Nur itu juga ada menyebutkan peranan minyak zaitun, dari pohon zaitun yang diberkati, yang menyalakan pelita tadi, yang minyaknya sahaja hampir-hampir menerangi, walaupun tidak menyentuh api.

Subhanallah….indahnya ayat-ayat Allah. Analogi yang dibuat oleh alim ulamak yang mendapat petunjukNya, sangat-sangat mengagumkan kita.

Diperjelaskan lagi, cahaya di atas cahaya, berlapis-lapis menerangi itu adalah sebenarnya cahaya iman yang berada di dalam hati manusia yang disuluh oleh cahaya hidayah dari Allah swt, yang datang dari kalamNya, Al Quranul Karim. Maka hati yang sudah di terangi api iman, perlu kepada minyak untuk terus dinyalakan, dan minyak itu adalah hidayah dari Al Quran. Simbahan demi simbahan hidayah Allah melalui kalamNya Al Quran, amat dibutuhkan oleh hati  insan, dalam memastikan hati itu terus hidup dan melimpahkan cahayanya pada seluruh kehidupan sipemilik hati tersebut.

Hati yang berupa seketul daging dalam jasad manusia, yang disifatkan dalam hadis Baginda saw sebagai Qalb, yang kalau baik daging tersebut, maka baiklah seluruh jasadnya, yang menjadi raja dalam diri manusia untuk membuat pertimbangan dan keputusan yang tepat. Hati mukmin itulah merupakan tempat tersimpan dan terpancarnya cahaya iman. Al Quran tidak dapat menyentuh hati, kecuali hati yang mukmin. Dari hati  itulah, segala keputusan dalam tindak tanduk insan bermula. Sayugianya hati perlu sentiasa dibela dan dipelihara, supaya ia sihat dan terus hidup untuk memastikan seluruh jasad lain berada dalam keadaan selamat sejahtera.

Soalnya, bagaimana nak menyuburkan hati tadi?

Perumpamaan minyak zaitun yang diberkahi dengan Al Quran, petunjuk Illahi, sangat2 indah. Melalui Al Quran sebagai sumber hidayah oleh Allah untuk manusia, berpandukan Al Quran itulah, hati disirami dengan inspirasi syariat2 Allah, bagaimana seharusnya kita menjalani hidup ini. Sambungan dari ayat2 dari Surah An nur diatas, Allah menjelaskan:

“….di rumah-rumah yang di sana telah diperintahkan Allah untuk memuliakan dan menyebut namaNya, di sana bertasbih mensucikan namaNya diwaktu pagi dan petang. Orang yang tidak dilalaikan oleh perdagangan dan jual beli, dari mengingati Allah, melaksanakan solat dan menunaikan zakat. Mereka takut pada hari ketika hati dan penglihatan menjadi goncang (kiamat)…”

Itulah ‘baja’ dan siraman hidayah Allah yang terkandung dalam Al Quran, guna untuk terus menerangi hati, raja diri manusia. Al Quran bukan sekadar sumber keberkatan, tapi lebih penting lagi, ia adalah sumber hidayah buat hamba-hamba Allah yang mendambakan redhaNya.

Cahaya di atas cahaya.

Bayangkan bagaimana cahaya iman di hati kita, kalau minyak dari hidayah Al Quran kian kering dan tandus. Bisakah cahaya itu terus menyinar menerangi ‘raja diri’ bagi membantunya membuat keputusan yang benar lagi tepat untuk melayakkan diri dari memperoleh sebaik-baik kebaikan, yaini nikmat syurga dan melindungi diri dari seburuk-buruk keburukan, yaini azab neraka?

Oleh itu, ayuhai diri yang kerdil lagi hina. Ayuhai insan yang dikasihi sekalian…akrablah kita dengan Al Quran. Jadikan ia teman tika lapang mau pun sempit. Bacalah, kajilah, tadabburlah ayat-ayat Allah di dalamnya. Mohon taufiq dan hidayah Allah. Tidak ada daya dan kuasa kita melainkan dengan bantuan dari Nya jua….