Archive | March 2013

Bisa Berjayakah Proses Kristianisasi Di Malaysia?

c1

Ramai yang mempertikaikan kemungkinan Malaysia akan berubah dari negara Islam, kepada sebuah negara Kristian dimasa akan datang. Mereka berhujah dengan dengan fakta bahwa peratusan umat Islam di Malaysia adalah jauh melebihi peratusan orang Kristian, dengan 61.4% berbanding 9.2%, maka adalah tidak logic dengan perbezaan ketara tersebut, Kristian akan mengatasi Islam di bumi Malaysia suatu hari nanti.

Selain itu,mereka mengatakan bahwa perlembagaan itu sendiri digubal supaya perkara tersebut tidak berlaku, apabila kuasa majority dua pertiga kerajaan diperlukan, ditambah dengan persetujuan semua raja-raja Melayu dari 9 buah negeri di Malaysia.
Sekali imbas, kita merasa selesa dan selamat dengan apa yg tercatit dalam perlembagaan, Alhamdulillah. Namun, realitinya harus diperhalusi dengan lebih dalam oleh bukan sahaja minda intelek, tapi dengan mata hati yg terpandu dengan iman dan kesungguhan mahu memertabatkan Islam dimuka bumi.

Umat Islam terus dibelai dengan rasional diatas, supaya kita terus lena, dibuai mimpi bahwa kita ‘selamat’, ramai, ‘kuat’, tiada yang perlu dibimbang atau dibangkitkan. Kita masih boleh seperti mana kita sekarang, ‘berehat’, bersantai, bertenang dan berpada dengan apa yang kita kecapi kini, sedangkan dipihak mereka, bertungkus lumus, siang dan malam berusaha menyebarkan dakyah kristian mereka kepada semua,terutama anak-anak muda Muslim di Malaysia.

Allah masih sayangkan kita, maka dibukanya tembelang demi tembelang, seperti kes buka puasa digereja, satu masa dulu.Tapi apa yang berlaku susulan dari tindakan pihak JAIS, sangat mendukacitakan kita, kerana apa? Kerana ia membuktikan kerapuhan kerajaan kita, baik persekutuan, mahupun negeri yg terbabit, dalam menjaga aqidah rakyat. Apa yg lebih penting adalah mileage politik masing-masing. Seolah2nya nak kata, biarlah terkorban aqidah sekumpulan dua, asalkan kita masih berkuasa. Bukankah itu termasuk tanda2 penyakit ‘Wahhan’, cintakan dunia seperti yang disabda Rasulullah saw?

Kuasa institusi raja-raja pernah dipertikaikan suatu masa dulu. Kewibawaan raja-raja selalu diperlekehkan, dosa-dosa dan maksiat mereka selalu diketengahkan, hasilnya, hilang rasa hormat kita pada raja yg merupakan symbol agama Islam di Malaysia. Hilang rasa kepercayaan kita pada raja-raja sebagai seorang yg dapat mempertahankan kedaulatan agama Islam dibumi Malaysia. Natijahnya, kalau ini dibiarkan, malah dibajai, tidak mustahil suatu hari nanti kita secara tidak sedarnya menolak keperluan pada institusi raja ini, lalu dengan mudah Islam makin dipinggir dan diperkecilkan skop kekuasaannya di Malaysia. Ketahuilah bahwa ini adalah antara bibit-bibit awal mereka menyebar luas dakyah Kristian kepada org Islam.

Benar, kita jelak, kita sedih dan kita fed up dengan kerenah kebanyakan raja-raja,tapi tiap sesuatu tindakan itu mestilah dinilai secara terperinci supaya tidak berlaku lebih kemudharatan dari apa yg ada sekarang. Mereka2 yg di keliling raja2 dan pembesar2 negara itu sangat berperanan mempengaruhi kehidupan penguasa. Pengislahan perlu berlaku pada semua lapisan, dari rakyat marhaen di peringkat bawah sehinggalah kepada raja2 dan pemerintah di peringkat atas. Nasihat dan teguran mengikut Islam perlu diberikan, bukan melobi dan membodek seperti yang berlaku sekarang.

Proses Kristianisasi ini berlaku secara terancang, sedikit demi sedikit, secara halus, hingga tak terasa dan tak tersedar dek kita semua. Kita disibukkan dengan perkara remeh temeh, dengan perbalahan yg tak pernah habis, kata mengata, kutuk mengutuk sesame kita, sedangkan mereka terus dengan strategi mereka melaga2kan umat Islam disamping dakyah kristian kian berkembang.
Sepatutnya kita belajar dari apa yang telah pernah berlaku di Negara Turki, Singapura, Indonesia, malah Israel itu sendiri. Baca dan kaji sejarah bagaimana halus dan liciknya perancangan musuh Islam menukarkan sebuah Negara Islam kepada bukan Islam, samada Sekular atau Liberal, asalkan bukan Islam, itulah matlamat mereka. Angka yg sedikit kini bukan menjadi alasan untuk mereka diam tak berkutik menyebarkan dakyah mereka, malah sebenarnya, peratusannya kian meningkat.

Apabila mereka mula merendah-rendah dan menghina bangsa Melayu, sehingga ada yang sanggup terasa geli dilahirkan sebagai Melayu, itu juga adalah bibit-bibit yang menyogok cara fikir orang Melayu supaya tak perlu rasa izzah pada bangsa sendiri, beerti, lama kelamaan tiada lagi bangsa yang sanggup bekorban mempertahankan kekuasaan agama Islam dibumi Malaysia.

Apabila agama Islam sebagai agama persekutuan juga mula diputarbelit, diperlekeh, disamaratakan dengan agama-agama lain, kebebasan untuk berdakyah pada orang Islam diperjuangkan, kebebasan orang Islam untuk pilih agama lain, dilaung-laungkan, isu-isu hudud dihentam sana sini, itu semua adalah merupakan bibit0bibit yg ditanam dalam hati-hati rakyat Malaysia, bahwa agama itu adalah soal peribadi, soal pilihan, soal individu, bukan soal pemerintah atau kerajaan.

Maka bayangkan, 20, 30 dan 40 tahun akan datang, kekuasaan Islam akan tenggelam, diganti dengan kekuasan agama lain, dan tidak mustahil langsung, kalau itu adalah agama Kristian. Memang Negara kristian tidak akan terus wujud selepas PRU13 ini, pertukaran itu tidak dijangka akan berlaku secara drastic begitu, namun kalau kita kurang bijak dimasa sekarang, kita akan hanya membuka pintu dan peluang untuk mereka terus-terusan dengan agenda mereka. Sedang kita terus hanyut dengan perbalahan dan perpecahan.
Belajarlah dari sejarah, bagaimana kaedah pecah dan perintah mereka telah berhasil menjajah negera-negara luar lalu diterap segala ideology asing termasuk Kristianiti, tidak mustahil perkara itu berulang kembali,walaupun bukan secara fizikalnya mereka menjajah kita tapi ideologinya tetap sebati dalam jiwa kita,hatta di Malaysia.

Mereka terus berusaha menyediakan Malaysia buat anak cucu mereka sebagai sebuah Negara Kristian, maka anak cucu kita umat Islamlah yang akan menanggungnya hasil dari kerja buat kita yang kurang bijaksana.

Pernah dengar lagu Harapan Bangsa by Jaclyn Victor? Kalau tak insaf jugak lagi, tak tau lah nak kata…

Kalau Yahudi yg kecil bilangannya itu Berjaya menubuhkan Israel ditengah2 tanah Arab yg majority muslim dengan kaedah pecah belah itu, adakah mustahil mereka melakukan perkara yang sama pada kita di Malaysia? Usah pandang enteng dengan langkah strategi dan Machiavelli mereka. Berhati-hatilah sebelum kita berputih mata kelak.

Amanahnya Seorang Pemimpin Dalam Islam

Anakandaku Ammar (Bakal Pemimpin Ummah yg Bertaqwa)

Anakandaku Ammar (Bakal Pemimpin Ummah yg Bertaqwa)

Seorang pemimpin selalu terlihat oleh masyarakat sebagai seorang yang sangat berkuasa, berpengaruh, disegani, malah ada ketikanya digeruni. Kebanyakan manusia akan bangga apabila dilantik menjadi pemimpin, samada diperingkat rendah seperti sekolah, atau pun yang lebih tinggi seperti dalam sebuah masyarakat, apatah lagi pemimpin sebuah negara. Masing-masing berlumba berusaha untuk menjadi pemimpin dek kerana kuasa dan habuan lumayan yang selalu datang bersama pakej seorang pemimpin.

Namun,sebagai seorang muslim, hal sedemikian sepatutnya tidak berlaku. Bukan sedikit pesanan dari Allah dalam Al Quran serta hadis Nabi saw mengenai tanggungjawab seorang pemimpin dihadapan Allah dan mereka yang dibawahnya. Menyedari akan hakikat ini, seorang muslim sejati akan sentiasa berwaspada dalam memainkan peranan mereka sebagai pemimpin.

Faktor pertama yang menyebabkan seseorang pemimpin itu berhati-hati dalam menerima amanah sebagai seorang ketua adalah kerana dia menginsafi hakikat penciptaannya sebagai hamba dan khalifah Allah dimuka bumi. Tuntutan tanggungjawab seorang hamba dan khalifah Allah dilihat terlalu berat untuk ditanggung dengan sewenang-wenangnya. Sebagai hamba, dia patuh pada Tuannya, sebagai khalifah juga, dia patuh pada yang melantiknya, ya’ini Allah swt. Maka sebagai seorang pemimpin, kedua-dua factor sebagai hamba dan khalifah itu harus kuat tertancap dalam hati dan jiwanya untuk menjadikan dia pemimpin yang amanah.

Menyedari maksud yang tersirat dari ayat Al Quranul karim, Surah Adz Dzariyat ayat 56:

“Tidak Aku jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadat kepadaKu”
dan dari Surah Al Baqarah – ayat 30 :
“Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat; ‘Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi…..(hingga akhir ayat)’”

Juga dari hadis Rasulullah saw:

““Kamu semua adalah pemimpin, dan kamu semua akan ditanya tentang pimpinanmu”

maka jawatan sebagai pemimpin itu tidak dilihat sebagai satu keistimewaan, tetapi sabagai satu tanggungjawab yang harus disempurnakan dengan sebaik mungkin.

Sebagai seorang hamba Allah, dia menginsafi hakikat kejadiannya, di mana segala urusan kehidupannya tertakluk kepada undang2 ketentuan Allah secara mutlak. Beramanah dalam tugasnya sebagai hamba Allah, menyedari bahwa segalanya adalah milik Allah belaka, dan dia hanya melaksanakan suruhan tuannya. Pecah amanah didunia saja sudah dianggap terlalu bersalah dan patut dihukum, apatah lagi pecah amanah yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Seluruh kehidupannya tertakluk kepada undang2 dan peraturan Allah, dan dia tidak akan berani mengengkarinya…itu ketaqwaannya sebagai seorang hamba kepada Tuannya.

Manakala sebagai seorang khalifah pula, dia sedar bahwa dia perlu berlaku amanah dalam melaksanakan tugasannya sebagai khalifah Allah swt dalam mentadbir manusia lain secara khususnya dan seluruh alam secara amnya. Dan ini dilihat disatu segi sebagai sesuatu yang lebih berat untuk dipikul, kerana kita akan ditanya bukan sekadar kemaslahatan diri sendiri, tetapi keatas kemaslahatan ramai manusia lain yang di bawahnya.

Seorang pemimpin itu diyakini amanahnya dalam dua aspek ini. Pertama dalam aspeknya sebagai seorang hamba kepada Allah, dia menjadi muslim soleh yang sentiasa menjaga dirinya dari segala perbuatan yang dimurkai Allah. Takut akan dosa dan takut akan dicampakkan ke dalam api neraka.

Kedua, dia diyakini amanahnya dalam aspek diri sebagai khalifah Allah. Mentadbir dan mengurus ‘barang’ amanahnya dengan penuh hati-hati dan rasa bertanggung jawab, kerana dia sedar bahwa, setiap apa yang berlaku terhadap mereka yang dibawahnya akan disoal oleh Allah kelak. Segala urusan dan keperluan perlu diambil perhatian, malah dia sanggup untuk berada dalam serba kekurangan, asal saja yang di bawahnya mendapat hak yang sepatutnya.Urusan dan kepentingan diri dibelakangkan kerana yakin bahwa,

“Memenuhi hak orang lain atas dirinya dengan melaksanakan tanggungjawabnya atas mereka lebih dititik beratkan daripada menjaga hak dirinya dengan mempersoalkan tanggungjawab orang lain terhadap dia, kerana Allah yang Maha Berkuasa pasti tidak akan mensia-siakan haknya.”

Faktor kedua seseorang itu tidak rakus menerima jawatan pemimpin adalah kerana mengimani akan adanya hari akhirat dan hari pembalasan. Dia sedar bahwa dia senantiasa didalam pengawasan Allah, dan setiap tindak tanduknya itu akan dipersoalkan di Sana nanti. Makanya, dia lebih takutkan suasana ketika menjawab hujah rakyatnya dimahkamah Allah tentang ketidakberesan tanggungjawabnya pada rakyat dari menginginkan kesenangan dunia dengan memaksakan haknya ke atas rakyat. Meyakini bahwa dia senantiasa dalam pemerhatian Allah dan tidak akan dapat walau sedetik pun dia culas dari pengawasan yang rapi itu. Sentiasa bermuhasabah diri agar berada di atas jalan yang lurus, dan sentiasa berusaha untuk memperoleh taufiq dan hidayah Allah.

Ternyata disini bahwa, seorang pemimpin itu dikira amanah bila jiwanya gerun akan Allah dan hari pembalasan, maka bayangkanlah pula bagaimana sifatnya seorang pemimpin yang tidak langsung percaya akan Allah swt.

Wallahualam.

MemBangun Remaja BerAgenda

Setelah sekian lama menyepi….izinkan saya memaparkan isi pidato yang anakanda Hanan ku dalam pertandingan Pidato Daie Muda beliau pada Disember 2012 lalu.

Pertama kali penyertaan Hanan dalam pidato, resah gabrah semua ada hingga kesaat-saat terakhir beliau untuk naik ke pentas,airmata apatah lagi kerana bimbang memalukan diri sendiri. Hanan tidak menang apa-apa kejuaraan kali ini,tetapi beliau menang keyakinan diri, Alhamdulillah.

DSC_0165

Berikut adalah isi pidatonya:

Oh jiwa-jiwa yang keresahan,
Adakah engkau sedar di mana berpijaknya kakimu,
Mengertikah engkau nilai sejengkal bumi ALLAH ini,
Sesak, songsang, resah, kelam menangis sang bumi
Melihat sang khalifah arah tuju tiada

Oh jiwa-jiwa yang gelisah,
Sedarlah ! engkau adalah generasi al-Fateh,
Engkau penyambung warisan Salehuddin,
Darah mengalir sama pekat, aqidah sama digenggam erat,
Bangunlah wahai jiwa, memangkin arus perubahan.

BismillahirahmanirRahim.

Rakan-rakan, muslimin muslimat yang dikasihi Allah,

Sedarkah kita bahawa kita ini sedang dalam masa kegelapan?
Sedarkah kita bahawa Islam yang satu ketika dahulu; di zaman Umayyah, abbasiyyah, Uthmaniyyah, Mamluk pernah menjadi pentas kegemilangan persada dunia, kini karam dilambung ombak kehancuran?
Sedarkah kita bahawa Islam yang satu masa dulu digeruni sejarah dengan nama Muhammad al-Fateh, Salehuddin al-Ayyubi, Tariq bin Ziyad, kini mengerdil, mendiam seribu bahasa seakan tiada siapa yang peduli?

Inilah realiti dunia Islam wahai saudara-saudaraku. Saban hari kita dipijak, ditindas, dijatuhkan, ditempelak, diperlekehkan; seolahnya kitalah umat yang paling mundur, paling hina, paling tidak bertamadun.

Continue reading