Archive | March 4, 2013

MemBangun Remaja BerAgenda

Setelah sekian lama menyepi….izinkan saya memaparkan isi pidato yang anakanda Hanan ku dalam pertandingan Pidato Daie Muda beliau pada Disember 2012 lalu.

Pertama kali penyertaan Hanan dalam pidato, resah gabrah semua ada hingga kesaat-saat terakhir beliau untuk naik ke pentas,airmata apatah lagi kerana bimbang memalukan diri sendiri. Hanan tidak menang apa-apa kejuaraan kali ini,tetapi beliau menang keyakinan diri, Alhamdulillah.

DSC_0165

Berikut adalah isi pidatonya:

Oh jiwa-jiwa yang keresahan,
Adakah engkau sedar di mana berpijaknya kakimu,
Mengertikah engkau nilai sejengkal bumi ALLAH ini,
Sesak, songsang, resah, kelam menangis sang bumi
Melihat sang khalifah arah tuju tiada

Oh jiwa-jiwa yang gelisah,
Sedarlah ! engkau adalah generasi al-Fateh,
Engkau penyambung warisan Salehuddin,
Darah mengalir sama pekat, aqidah sama digenggam erat,
Bangunlah wahai jiwa, memangkin arus perubahan.

BismillahirahmanirRahim.

Rakan-rakan, muslimin muslimat yang dikasihi Allah,

Sedarkah kita bahawa kita ini sedang dalam masa kegelapan?
Sedarkah kita bahawa Islam yang satu ketika dahulu; di zaman Umayyah, abbasiyyah, Uthmaniyyah, Mamluk pernah menjadi pentas kegemilangan persada dunia, kini karam dilambung ombak kehancuran?
Sedarkah kita bahawa Islam yang satu masa dulu digeruni sejarah dengan nama Muhammad al-Fateh, Salehuddin al-Ayyubi, Tariq bin Ziyad, kini mengerdil, mendiam seribu bahasa seakan tiada siapa yang peduli?

Inilah realiti dunia Islam wahai saudara-saudaraku. Saban hari kita dipijak, ditindas, dijatuhkan, ditempelak, diperlekehkan; seolahnya kitalah umat yang paling mundur, paling hina, paling tidak bertamadun.

Continue reading

Advertisements