MemBangun Remaja BerAgenda

Setelah sekian lama menyepi….izinkan saya memaparkan isi pidato yang anakanda Hanan ku dalam pertandingan Pidato Daie Muda beliau pada Disember 2012 lalu.

Pertama kali penyertaan Hanan dalam pidato, resah gabrah semua ada hingga kesaat-saat terakhir beliau untuk naik ke pentas,airmata apatah lagi kerana bimbang memalukan diri sendiri. Hanan tidak menang apa-apa kejuaraan kali ini,tetapi beliau menang keyakinan diri, Alhamdulillah.

DSC_0165

Berikut adalah isi pidatonya:

Oh jiwa-jiwa yang keresahan,
Adakah engkau sedar di mana berpijaknya kakimu,
Mengertikah engkau nilai sejengkal bumi ALLAH ini,
Sesak, songsang, resah, kelam menangis sang bumi
Melihat sang khalifah arah tuju tiada

Oh jiwa-jiwa yang gelisah,
Sedarlah ! engkau adalah generasi al-Fateh,
Engkau penyambung warisan Salehuddin,
Darah mengalir sama pekat, aqidah sama digenggam erat,
Bangunlah wahai jiwa, memangkin arus perubahan.

BismillahirahmanirRahim.

Rakan-rakan, muslimin muslimat yang dikasihi Allah,

Sedarkah kita bahawa kita ini sedang dalam masa kegelapan?
Sedarkah kita bahawa Islam yang satu ketika dahulu; di zaman Umayyah, abbasiyyah, Uthmaniyyah, Mamluk pernah menjadi pentas kegemilangan persada dunia, kini karam dilambung ombak kehancuran?
Sedarkah kita bahawa Islam yang satu masa dulu digeruni sejarah dengan nama Muhammad al-Fateh, Salehuddin al-Ayyubi, Tariq bin Ziyad, kini mengerdil, mendiam seribu bahasa seakan tiada siapa yang peduli?

Inilah realiti dunia Islam wahai saudara-saudaraku. Saban hari kita dipijak, ditindas, dijatuhkan, ditempelak, diperlekehkan; seolahnya kitalah umat yang paling mundur, paling hina, paling tidak bertamadun.


Mari kita singkap catatan sirah zaman dahulu, bagaimana Rasulullah S.A.W dikelilingi para pemuda dalam menjayakan misi-misi baginda, sahabat karib baginda, Saidina Abu Bakar as-Siddiq R.A yang berusia 3 tahun lebih muda daripada baginda, menjadi pemndukung utama dakwah Islam. Ali bin Abi Talib yang mendapat hidayah sejak berusia 10 tahun, Umar bin al-Khattab memeluk Islam pada umur 27 tahun, Mus’ab bin Umair dan ramai lagi. Kesemua mereka ini adalah pemuda yang mendapat tarbiyyah daripada rasulullah S.A.W. Seterusnya, lapisan para sahabat meneruskan pentarbiyahan kepada generasi tabi’in, seterusnya kepada generasi tabi’ tabi’in, seterusnya kepada generasi berikutnya yang akhirnya melahirkan generasi Salehuddin al-Ayyubi, generasi Muhammad al-Fateh, generasi Umar al-Mukhtar.. Allahu Akbar!

Ingatlah wahai saudara-saudaraku akan kata Saidina Umar Al Farouq:
نحن قوم أعزنا الله بالإسلام
‘Kita adalah kaum yang dimuliakan kerana Islam!’

Kitalah umat agung yang dijanjikan oleh Allah S.w.t untuk melaksanakan misi dan risalah Nabi Muhammad S.A.W sehingga hari muka.
Kitalah penyambung perjuangan para anbiya dan para rasul sejak permulaan penciptaan Adam sehingga hari kiamat.
Kitalah umat terpilih untuk menegakkan kalimah Laa Ilaha Illa Allah Muhammad Rasul Allah di setiap pelosok muka bumi ini!

Oh, yaa Hanaa naa, ya hanaa naa! (beruntunglah kami, beruntunglah kami)

Saudara saudari yang dirahmati Allah sekalian,

Sejarah telah merekodkan dalam kegemilangan sesebuah kaum, tunjang utamanya ialah kekuatan pemuda. Betapa hebatnya peranan pemuda dalam pembentukan sebuah tamadun yang gemilang sehinggakan Hadis Rasulullah S.A.W yang masyhur menjadi kenyataan 800 tahun kemudian, di tangan seorang pemuda yang bernama Muhammad al-Fateh, ketika beliau baru 22 tahun. Maka jelaslah bahawa pemuda adalah pemangkin pembentukan generasi yang hebat.

Malangnya pemuda pemudi Islam masa kini, tidaklah sehebat rijal masa dahulu. Keimanan, keberanian, ketangkasan, kebijaksanaan, semangat juang, nah, sebutlah segala aspek sekali pun kita sangat jauh ketinggalan berbanding mereka, bahkan umpama langit dan bumi perbezaannya. Justeru kita seharusnya memulakan usaha transformasi para rijal yang sedia ada sekarang ini kepada rijal dakwah, rijal pemangkin agenda Islam zaman kini.

Rakan-rakan muslimin muslimat yang dirahmati Allah sekalian,

Selaku pemuda Islam, kita seharusnya sedar akan tanggungjwab dan peranan kita pada ummah. Masa depan Islam sebenarnya terletak di atas pundak-pundak kita semua,wahai para remaja dan pemuda muslim!.
Jangan lagi kita biarkan diri kita menjadi seumpama bidak-bidak dipapan catur. Menunggu utk diagendakan oleh tangan- tangan asing yang masing2nya punya matlamat dan objektif utk menjatuhkan Islam.
Telah sampai masanya utk kita bangkit dari tidur yg lena, dari mimpi dan angan2 yang sengaja dicipta oleh mereka yg engkar akan Allah, agar kita terus diam, terus layu, terus berdengkur dan menjadi pak turut mereka.
Masanya telah tiba utk kita kenal siapa kita!

Pemuda Islam sepatutnya merasa bangga dengan identiti muslim yang dibawa. Apa yang terjadi hari ini?Pemuda pemudi kita malu untuk menonjolkan keislaman mereka. Kerap mana kita melihat pemuda pemudi Islam dengan bangga berjalan-jalan di kota raya dengan jubah dan serban? Sekerap mana kita anak muda kita berani menasihati ‘couple’ yang sedang berduaan di taman tasik? Jarang sekali!! Kita seakan malu untuk menunjukkan nilai Islam yang sememangnya tertanam dalam sanubari namun hanya menunggu satu anjakan untuk menjelmakannya kembali.

Kita adalah remaja2 muslim yg punya matlamat dan objektif hidup, sesuai dengan syariat Allah. Kita punya AGENDA utk hidup sebagai remaja muslim yg dikasihi Allah. Sebagai remaja muslim yang akan merubah jolokan Islam di mata dunia. Kita bakal menjejaki contoh tauladan para sahabat, sahabiyat, Muhammad Al Fateh dan Salahuddin. Mereka boleh, kenapa tidak kita?

Rakan-rakan remajaku yang dikasihi Allah sekelian.

Antara agenda penting dalam hidup kita sekarang, adalah utk menjadi qudwah kepada remaja2 lain diluar sana yang sedang dalam kebingungan, mencari arah tuju dalam hidup. Sedarlah wahai rakan2ku, kitalah sepatutnya yg menjadi contoh buat mereka teladani dalam menjalani hidup seharian seorang Remaja Muslim.
Remaja Muslim tidak mendedahkan auratnya.
Remaja Muslim tidak mudah lalai dan leka.
Remaja Muslim tidak melanggar syariat Allah.
Remaja Muslim sangat menjaga ibadahnya.
Remaja muslim menjaga urusan Ikhtilatnya, pergaulannya. Kita tidak mungkin ‘bercouple’ sebelum bernikah,tidak mungkin berhubungan dgn mereka yg ajnabi dgn kita, tidak mungkin bergayut di telefon dgn mereka yg belum halal buat kita. Kita berbeza wahai kawan2. Kita tidak seperti remaja biasa, kerna kita adalah remaja yg luar biasa, yg punya agenda yg luar biasa juga.

Kembalilah kepada pentarbiyahan yg betul. Benar,wahai sahabatku. Tarbiyah. Itulah kata kunci kepada kehebatan pemuda-pemuda Muslim masa silam. Kesemua mereka berkongsi satu elemen penting dalam hidup mereka. Melalui pentarbiyahan secara turun temurun, mereka telah ditanam dengan roh perjuangan yang kental, kesedaran yang menyerlah dan jati diri muslim yang mantap. Inilah yang kehilangan dari jiwa para pemuda pemudi masa kini. Inilah permata yang dicuri direntap dirampas dari hati-hati kita semua. Kita leka tugasan kita. Kita lupa siapa kita. Kita alpa dengan identiti kita. Kita hilang jati diri kita!

Ingat rakan2….agenda kita mahu menjadi remaja qudwah, remaja contoh, remaja yg berjatidiri muslim sejati, yg memimpin remaja lain menuju kepada Ilahi, bukan dipimpin menjauh dariNya. Kita mahu menjadi Imam bg mereka yg bertaqwa. Itu matlamat kita. Membina jatidiri muslim sebenar dalam diri, itu AGENDA kita…

Sejahterakan Aqidah mu, moga Allah tidak murka pada kita.
Sahihkan Ibadahmu, moga amal sentiasa diterima.
Mantapkan Akhlakmu, moga menyerlah sebagai ikutan
Kuatkan tubuh badanmu, moga sentiasa dlm siap siaga
Perdalamkan ilmumu, kerana itu penyuluh jalan
Jagailah waktumu, moga tidak sesal di sana nanti
Kawal hawa nafsumu, moga ia tidak merosak hati
Jadikan dirimu bermanafaat, moga dapat terus berbakti
Susun atur urusanmu dgn baik, moga segalanya lancer dan efisien
Belajar utk berdikari, moga tidak menyusahkan org lain

Ayyuhal Ahibba’!
Kembalikan identitimu.
Semarakkan kembali roh Islam dalam diri kalian.

Moga api perjuangan terus bersemarak dalam sanubari kita!

AllahuAkbar!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s