Amanahnya Seorang Pemimpin Dalam Islam

Anakandaku Ammar (Bakal Pemimpin Ummah yg Bertaqwa)

Anakandaku Ammar (Bakal Pemimpin Ummah yg Bertaqwa)

Seorang pemimpin selalu terlihat oleh masyarakat sebagai seorang yang sangat berkuasa, berpengaruh, disegani, malah ada ketikanya digeruni. Kebanyakan manusia akan bangga apabila dilantik menjadi pemimpin, samada diperingkat rendah seperti sekolah, atau pun yang lebih tinggi seperti dalam sebuah masyarakat, apatah lagi pemimpin sebuah negara. Masing-masing berlumba berusaha untuk menjadi pemimpin dek kerana kuasa dan habuan lumayan yang selalu datang bersama pakej seorang pemimpin.

Namun,sebagai seorang muslim, hal sedemikian sepatutnya tidak berlaku. Bukan sedikit pesanan dari Allah dalam Al Quran serta hadis Nabi saw mengenai tanggungjawab seorang pemimpin dihadapan Allah dan mereka yang dibawahnya. Menyedari akan hakikat ini, seorang muslim sejati akan sentiasa berwaspada dalam memainkan peranan mereka sebagai pemimpin.

Faktor pertama yang menyebabkan seseorang pemimpin itu berhati-hati dalam menerima amanah sebagai seorang ketua adalah kerana dia menginsafi hakikat penciptaannya sebagai hamba dan khalifah Allah dimuka bumi. Tuntutan tanggungjawab seorang hamba dan khalifah Allah dilihat terlalu berat untuk ditanggung dengan sewenang-wenangnya. Sebagai hamba, dia patuh pada Tuannya, sebagai khalifah juga, dia patuh pada yang melantiknya, ya’ini Allah swt. Maka sebagai seorang pemimpin, kedua-dua factor sebagai hamba dan khalifah itu harus kuat tertancap dalam hati dan jiwanya untuk menjadikan dia pemimpin yang amanah.

Menyedari maksud yang tersirat dari ayat Al Quranul karim, Surah Adz Dzariyat ayat 56:

“Tidak Aku jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadat kepadaKu”
dan dari Surah Al Baqarah – ayat 30 :
“Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat; ‘Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi…..(hingga akhir ayat)’”

Juga dari hadis Rasulullah saw:

““Kamu semua adalah pemimpin, dan kamu semua akan ditanya tentang pimpinanmu”

maka jawatan sebagai pemimpin itu tidak dilihat sebagai satu keistimewaan, tetapi sabagai satu tanggungjawab yang harus disempurnakan dengan sebaik mungkin.

Sebagai seorang hamba Allah, dia menginsafi hakikat kejadiannya, di mana segala urusan kehidupannya tertakluk kepada undang2 ketentuan Allah secara mutlak. Beramanah dalam tugasnya sebagai hamba Allah, menyedari bahwa segalanya adalah milik Allah belaka, dan dia hanya melaksanakan suruhan tuannya. Pecah amanah didunia saja sudah dianggap terlalu bersalah dan patut dihukum, apatah lagi pecah amanah yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Seluruh kehidupannya tertakluk kepada undang2 dan peraturan Allah, dan dia tidak akan berani mengengkarinya…itu ketaqwaannya sebagai seorang hamba kepada Tuannya.

Manakala sebagai seorang khalifah pula, dia sedar bahwa dia perlu berlaku amanah dalam melaksanakan tugasannya sebagai khalifah Allah swt dalam mentadbir manusia lain secara khususnya dan seluruh alam secara amnya. Dan ini dilihat disatu segi sebagai sesuatu yang lebih berat untuk dipikul, kerana kita akan ditanya bukan sekadar kemaslahatan diri sendiri, tetapi keatas kemaslahatan ramai manusia lain yang di bawahnya.

Seorang pemimpin itu diyakini amanahnya dalam dua aspek ini. Pertama dalam aspeknya sebagai seorang hamba kepada Allah, dia menjadi muslim soleh yang sentiasa menjaga dirinya dari segala perbuatan yang dimurkai Allah. Takut akan dosa dan takut akan dicampakkan ke dalam api neraka.

Kedua, dia diyakini amanahnya dalam aspek diri sebagai khalifah Allah. Mentadbir dan mengurus ‘barang’ amanahnya dengan penuh hati-hati dan rasa bertanggung jawab, kerana dia sedar bahwa, setiap apa yang berlaku terhadap mereka yang dibawahnya akan disoal oleh Allah kelak. Segala urusan dan keperluan perlu diambil perhatian, malah dia sanggup untuk berada dalam serba kekurangan, asal saja yang di bawahnya mendapat hak yang sepatutnya.Urusan dan kepentingan diri dibelakangkan kerana yakin bahwa,

“Memenuhi hak orang lain atas dirinya dengan melaksanakan tanggungjawabnya atas mereka lebih dititik beratkan daripada menjaga hak dirinya dengan mempersoalkan tanggungjawab orang lain terhadap dia, kerana Allah yang Maha Berkuasa pasti tidak akan mensia-siakan haknya.”

Faktor kedua seseorang itu tidak rakus menerima jawatan pemimpin adalah kerana mengimani akan adanya hari akhirat dan hari pembalasan. Dia sedar bahwa dia senantiasa didalam pengawasan Allah, dan setiap tindak tanduknya itu akan dipersoalkan di Sana nanti. Makanya, dia lebih takutkan suasana ketika menjawab hujah rakyatnya dimahkamah Allah tentang ketidakberesan tanggungjawabnya pada rakyat dari menginginkan kesenangan dunia dengan memaksakan haknya ke atas rakyat. Meyakini bahwa dia senantiasa dalam pemerhatian Allah dan tidak akan dapat walau sedetik pun dia culas dari pengawasan yang rapi itu. Sentiasa bermuhasabah diri agar berada di atas jalan yang lurus, dan sentiasa berusaha untuk memperoleh taufiq dan hidayah Allah.

Ternyata disini bahwa, seorang pemimpin itu dikira amanah bila jiwanya gerun akan Allah dan hari pembalasan, maka bayangkanlah pula bagaimana sifatnya seorang pemimpin yang tidak langsung percaya akan Allah swt.

Wallahualam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s