Siapa ana?

Assalamualaikum kepada semua yang dapat jumpa blog ni.

Ini adalah merupakan percubaan pertama ana untuk mencipta blog sendiri. Hope you all can be patient with me, and maybe can even guide me to do better…With all the excitement in me, being able to have my own blog (memang lama dah diimpikan), I am sure terlalu banyak kelemahan dan kekurangannya, bila kerja dilakukan dalam kadar tergesa-gesa penuh dengan keterujaan….mohon kemaafan kalian semua. Yang baik (kalau pun ada), adalah dari Allah swt, yang buruk adalah kerana kelemahan diri ana jua.

People keep on asking, esp my last two kids, “why ‘mega mentari di ufuk timur’, mak?” well, honestly, i dont really know myself, its just that i live in kuantan, and thinking of kuantan, the first thing that pop up in my mind is ‘timur’, then ‘what about timur?, well again, think about timur, matahari yg keluar… rather then ‘mentari di ufuk timur’, ‘adding ‘mega’ sound nicer to me…besides, will everything that is happening nowadays, I think the world bakal menyaksikan satu kemunculan semangat juang baru dari timur yg akan menggunakan segala medium untuk melakukan pengislahan, bermula dari pengislahan diri, seterusnya masyarakat, insyaAllah. rata-rata, telah muncul ramai anak-anak muda yang semakin peka dan celik dengan kepentingan dan keperluan pengislahan in melalui segala medium, maka ana juga tidak mahu ketinggalan di belakang dalam sama-sama mengejar kebaikan.  Semoga dipinjamkan Allah sedikit dari kekuatanNya, ameen.

I am a mom. blessed with seven wonderful kids, yang pertama sudah pun menjangkau 23 tahun dan sudah pun berkahwin, manakala yang kecil sekali baru berusia 6 tahun. What about me? This year 2008,I have already passed the gate 45, alhamdulillah…dah hampir separuh abad ana dihidupkan di atas muka bumi Allah ini. semoga mendapat maghfirah, taufiq dan hidayah serta rahmat dan redhaNya, insyaAllah.

Apa yang akan ana paparkan dalam blog ini, insyaAllah akan berupa catatan harian ana tentang perkara-perkara biasa yang dilalui oleh seorang ibu yang punya 4 anak di IPTA, seorang anak di sek men dan 2 orang di sek ren, juga tak ketinggalan seorang menantu yang masih lagi menuntut di IPTA. InsyaAllah,my hope is that,whatever that I have to say and share, would somehow benefits somebody, somewhere, in one way or another. Semoga iktibar yang diperolehi akan membawa pengislahan ke dalam kehidupan kita menuju kepadaNya. Peluang yang ana perolehi sepanjang hidup 45 tahun ini dengan lebih 10 tahunnya berada di luar negara, ana kira sangat sia2 kalau tak ana kongsi bersama….sebelum ‘masa’ ana berhenti, insyaAllah ana akan cuba sedayanya.

Sedikit sebanyak tentang diri ini :….

Dilahirkan pada hari Sabtu jam 2.22 pagi, 7 sept 1963 di Hospital Besar Seremban sebagai anak sulung kepada pasangan Rohani Samsudin, seorang jururawat di Hospital Daerah Port Dickson ketika itu dan Abd Kadir Abd Samad, seorang tentera Melayu Diraja di Kem Tentera di Port Dickson.

Menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar sekolah rendah di Gov. Eng. Primary school (GEPS) di bandar PD dari darjah satu hingga darjah 6, kemudian menyambung ke sekolah menengah di Sek. Tun Fatimah Johor Bahru dari 1976 hingga 1980 (SPM). Tanggal 21 Ogos 1981, bersama dengan sekumpulan pelajar lain dari seluruh negara, ana tercampak untuk meneruskan pengajian di Univ. of Colorado, Amerika Syarikat dalam jurusan Computer Science.

Berkahwin dengan salah seorang rakan seperjuangan saat itu, Badhrulhisham Abd aziz, pada tahun kedua pengajian, mendapat anak pertama pada bulan Oktober 1985 dan ijazah pada bulan Disember tahun yang sama (1985) yang ana sifatkan sebagai hadiah Bachelor of Science ana ketika itu.Alhamdulillah, berkahwin awal dengan niat yang betul dan tepat telah banyak membantu ana dalam kehidupan sebagai seorang pelajar dan muslimah.

Mengikuti suami menyambung Mastersnya di Swansea,UK dan kemudian PhD nya di Kyoto,Jepun, banyak mengajar ana erti kehidupan yang sebenar. Terlalu banyak pengalaman pahit maupun manis yang ingin ana kongsikan bersama. Sesungguhnya pepatah ‘Jauh Berjalan, Luas Pandangan’ amat menepati maksud buat diri ana. Pengalaman menjalani kehidupan sebagai muslimah di negara bukan Islam, susah senang mendidik diri dan anak-anak di rantauan, belum lagi perit jerih menuntut ilmu di negara orang benar-benar meninggalkan kesan dalam diri ana.

semoga perkongsian ana dalam blog ini dapat dimanafaatkan oleh sesiapa sahaja yang berhajat, sesungguhnya ‘Muslim yang baik itu adalah mereka yang bermanafaat pada orang lain’. Mudah2an kita semua tergolong dalam kalangan tersebut, ameen.

1. Afif – My First Born

The Care-Taker

2. Aisyah – My First Girl

The Happy-Go-Lucky

3. Adam – The Third

The Ustaz in The Family

4. Aiman – The Fourth

The ‘Selamba Je’

5. Asyraf – The Fifth

The Expressive

Acap N His SPM

6. Nur Hanan – My Second Girl

Hanan Sudah ke Asrama

7. Ammar – My Last?

Wallahu’alam.

13 Comments

13 thoughts on “Siapa ana?

  1. Assalamualaikm …..
    seronok baca blog ni …
    banyak gak ilmu yang dapat ….

    I trust you ” MAK CIK ”
    Teruskan …………………………………….

  2. Assalamualaikum…

    Kak Min…best jugak baca blog akak ni walaupun akak baru jer ‘bermain’ dgn penulisan blog ni..teruskan….chaiyo’….bila baca entries akak..terasa mcm akak tgh bagi tazkeerah mcm kat PD masa dulu2….what ever it is…keep it up!!!

    – Jannah-
    ex PDian
    currently residing in Seremban

    • salam jannah….
      alhamdulillah, jumpa kita di alam maya ek.

      tu lah, those were the days kan…. bila kenang balik, terasa lajunya masa berlalu. Tau tau kak min dah nak jadi nenek dah dua tiga hari ni. hehe.

      hope to see you again.
      Sama sama doakan each other ya.

  3. Dear kak meen, can i have your email address please? nak share some concern, pendapat about parenting skills mengikut islam..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s