The Ustaz in the Family

di KLIA nak balik IrbidAdam, my third, dilahirkan sejurus selepas azan subuh pagi Jumaat 30 hb Disember 1988. Berumur sekitar setahun 2 bulan, kami berangkat ke Jepun, mengikuti suami buat PhDnya di sana. Tiada banyak masalah membesarkan Adam, nakalnya nakal kanak2 biasa seumurnya. Memang agak ‘determined’ juga, namun semuanya berlaku dalam diam. sejak kecil, jelas sifatnya yang satu ini. Dia tak bising macam abg Afifnya kalau tak puas hati atas satu2 perkara, tapi lebih kepada ‘silent demo’! Cuma sekali sewaktu di tadika Jepun, dia benar2 tak mahu ke sekolah pagi tu, tapi bila dipaksa oleh abah, dia ikut membonceng dibelakang sambil menangis. Bila sampai di tadika, itulah pertama kali kami melihat dia berguling di tanah, sebagai protes tak mau masuk kelas… kesian cikgunya, Uminaga sensei, walaupun dalam usia awal pregnancy, digagahnya juga mengangkat Adam sambil memujuk masuk kelas. Akhirnya, Uminaga sensei berjaya.

Masuk sekolah darjah satu di Sek Ren Islam Al Amin Gombak sewaktu masih lagi berusia 5 tahun 11 bulan (awal Dis 1994). Abg afif dan Kakngahnya di Sek Ren Islam Al Amin Keramat, dia sorang tercampak ke sana sebab dah terlalu penuh di Keramat. sesi persekolahannya sebelah petang, namun seawal jam 10 pg dia harus bersiap menunggu van yang datang sekitar 10.30 am, bawa dia dan kawan2 se sekolahnya yang lain ke Taman Melati untuk bertukar naik bas dari sana ke Gombak. Pulangnya ke rumah, hampir2 jam 7 malam. Begitulah rutin Adam setiap hari persekolahan.

Ana mula bertugas di Kolej Yayasan Pembelajaran Mara sekitar bulan Jan 1995, pada tanggal 23 Feb, ana dikejutkan dengan berita;

“Pn Noorzaimen, anak akak Adam accident dilanggar lori pagi tadi. Sekarang di hospital KL. Kalau akak tak de transport, van kolej boleh hantar akak ke sana.”

saat itu, ana baru nak masuk kelas, dalam bulan puasa, lebih kurang seminggu lagi nak raya. Ana terkedu, tak tau nak fikir macamana, i just packed my things, informed my office-mate, Anizah, terus naik van. Dalam van all I did was pray

“Ya Allah, kalau Kau nak ambil anakku ini, biarlah aku sempat berjumpa dengan dia dulu…”

itulah doa yang ana ulang2kan sepanjang dari Cheras ke hospital KL. Dilanggar lori, sounded so tragic to me. Alhamdulillah, sesampai di wad kecemasan, ana sempat jumpa dengan dia, dalam keadaan baju dan seluar sekolah yg berlumuran darah dan koyak digunting pihak hospital. Dia bukan dilanggar lori, tapi atas kecuaian pemandu bas sekolahnya di Tmn Melati ketika itu. Memang sifat Adam dari dulu tak suka berebut, he was the last one to get into the bus, but half way through, bas bergerak dan dia terperosok bawah bas…. mujurlah ada makcik2 di flat Melati yang sedang beli sayur dan ikan tu perasan, kalau tak, entahlah…

“Dada Adam sakit, susah nak nafas”, katanya. Ana hanya duduk menemaninya sebentar sebelum di ‘brief’kan oleh seorang doktor;

“InsyaAllah, OT sedang disiapkan, kami akan operate dia dalam masa terdekat ni. Paru-parunya terhimpit, sebab tu dia susah bernafas. Harap akak bersabar.”

waktu tu dah hampir waktu berbuka, ana,suami, adik dan adik ipar dari Subang ke warung tepi jalan, bersiap untuk berbuka dengan nasi goreng. Tapi itulah pertama kalinya ana rasa benar2 seperti menelan pasir ditekak, mengenangkan Adam dalam OT saat tu. Memang ana tolak pinggan ke tepi, walaupun nak buka puasa, tapi tetap tak masuk juga.

6 jam lebih Adam dalam OT, selesai operation, Adam ditempatkan dalam ICU selam lebih kurang 5 hari. Dua hari Adam pengsan tak sedarkan diri lepas op, bila terjaga saja, soalan pertama yang dia tanya;

“Mak, dah raya ke?” menyebabkan kami semua tertawa riang, bersyukur kerana Adam normal…. memang itu adalah rayanya yang pertama di Malaysia, dan selama berpuasa, belum sehari pun dia tinggal, memang look forward nak raya. Syukur pada Allah. Esoknya, penuh biliknya dengan pemberian kuih raya dari teman taulan, saudara mara hatta dari nurses di situ… semua tumpang seronok tengok Adam jaga nak raya. Akhirnya kami beraya di ward KK4 Institut Pediatrics Hospital KL tahun tu.

asyraf-syg-abg-adam-di-ward

Adam menjadi favourite boy selama lebih sebulan dia di situ kerana sikapnya yang kuat menahan sakit, sambil mendengar ayat2 Quran setiap kali nurses buat dressing pada perutnya yang luka teruk. They called him ‘Our Miracle Boy’, termasuk Dato’ Chairman hospital (ana tak ingat namanya). Selepas dari Institut Pediatrics, dia masuk pulak ke wad Hospital untuk ‘skin graft’ dari kulit peha ke perutnya yang luka. Tinggal another 3 weeks di sana. Keluar dari hospital, sambung semester kedua sekolahnya di Keramat, atas budi bicara Uz Megat ketika itu. Adam sangat famous di kedua2 sek Al Amin saat itu…..

Satu lagi sifat Adam sejak kecil, memang tak berkawan dengan girls. Payah sungguh pak imam Sek Keb Panglima Adnan, PD ni nak bergaul dengan kawan2 perempuan, sampai budak2 kata ‘Adam sombong!’, tapi bila dah besar ni, entahlah… macam banyak dah belajar je…? Walaupun lum ada makwe katanya, tapi macam ada je makwe yang call. Harap Adam ingat semua pesan mak pada Adam. Fitnah wanita terlalu hebat, kena banyak berjihad untuk berhati2 tidak terjebak dalam kancah fitnah tersebut. So, please be carefull. Kadang2 kita bermuamalah kerana persatuan Islamic, tapi jangan lupa, syaitan tetap dengki dengan kita, dan dia tak pernah berehat. (Selalunya calls yg dia dapat dari girls adalah atas urusan persatuan, katanya… wallahu’alam, ya Dam?!)

Menyambung sekolah di PD bila suami bertukar kerja, tamat darjah 6, sambung ting 1 ke Ins. Tahfiz Al Quran N.S di Gemencheh. Sesuatu yang payah baginya diperingkat awal, namun alhamdulillah, dia melepasi dugaannya di situ. Pernah kami menangis dua beranak, memujuk dia balik ke asrama, namun dia minta keluar kerana tak tahan. Itu di awal2 tahun 1 nya di sana. syukurlah, akhirnya dia serasi juga.

Tokey air soya Irbid

Kini Adam menyambung pelajarannya di Univ. Yarmouk, Irbid, Jordan, dalam bidang Usuluddin ditahun 3 pengajian. Dah besar panjang ni, ana pun tak berani nak komen samada sikapnya masih seperti dulu terhadap teman perempuan. Mudah2an Adam masih menjaga tata susila pergaulan mengikut syariat Islam, walaupun mak jauh di Malaysia, insyaAllah. semoga Adam menjadi Ustaz yang bergiat aktif dalam dakwah ilaAllah. Ameen.

“Siapakah yang lebih baik perkataannya dari mereka yang menyeru kepada Allah, dan dia beramal soleh…”
( Surah Al Fusilat: ayat 33)

1 Comment

One thought on “The Ustaz in the Family

  1. Pingback: Our Vios got ‘kissed’ again? « Mega Mentari di Ufuk Timur

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s