1.Afif- Si Abang Long

lastscan1
imag4679

Lahir pada hari Jumaat 11 Okt 1985 jam 9.30 malam.. di Pudrue Valley Hospital, Fort Collins,Colorado,USA. Dengan berat yang hanya 2020 grams ketika itu, badannya tersangatlah kecil, hingga menyukarkan ana lebih2 lg suami untuk memegangnya lantaran takut. Lahir 6 minggu awal, menyebabkannya terpaksa tinggal dalam incubator selama lebih seminggu sebelum dibenarkan pulang…makanya dari kecil dah ada sakit lelah, sebab paru-paru kirinya not fully developed yet.

Mula merasa sakit pada malam sebelumnya,iaitu pada tanggal 10 Okt ketika mahu masuk tidur. Ana diamkan saja tanpa memberitahu suami kerana sakit yang tak seberapa.Keesokan paginya ketika bersiap nak ke kuliah,sakit makin kuat,tapi masih boleh digagahkan lagi.Seperti biasa kami mengambil Faiz, anak teman yang kami baby-sit sementara ibu dan ayahnya ke kelas,namun menjelang jam 12 tgh, ana dapat merasakan yang aku perlu ke hospital lantaran sakit yang makin kuat dan makin kerap…

Faiz dihantar ke rumah sister bujang untuk dijaga, lalu kami ke hospital.BP ana diambil,ternyata tinggi,lalu doktor mahu ana terus di wad untuk pantauan selanjutnya.Mulai dari jam 2.45 ptg,resa yang dirasa semakin kuat dan kerap, lalu seorang jururawat ‘Ginger’ namanya,mengurut bahagian pinggang ana, terasa amatlah nyaman sekali… Ana terpaksa menahan sakit selama beberapa jam lagi sehinggalah jam 9.30 malam, barulah Afif selamat dilahirkan ke dunia, lalu diazankan oleh suami.

Itulah pengalaman pertama ana melahirkan, dan juga pengalaman pertama suami menyaksikan, subhanallah… sakit yang teramat sangat,tiba-tiba terus hilang bila bayi kecil itu diletakkan dalam dakapan ana walaupun dalam keadaan yang masih ‘kotor’ belum dibersihkan,tapi naluri kasih itu tetap utuh.

Lahirnya Afif pada 11 Oct, sedangkan ana dan suami masih lagi dalam pengajian. Ana di semester akhir alhamdulillah. So, sementara nak grad lagi dua bulan selepas bersalin tu, Afif selalu kena hantar sana dan sini minta di baby-sit kan oleh akhawat2 yang single ketika itu. Why yang single? sebab memang mereka yang minta, masing2 berebut nak tolong jaga, subhanallah, Allah susunkan moga mudah bagi kami menamatkan apa yang telah kami mulai 4 tahun sebelumnya….

Selepas ana grad, kami masih lagi di US menunggu giliran suami pulak untuk grad lebih kurang 5 bulan (satu sem) kemudian. Jadi, sementara suami ke kelas, ana banyak menghabiskan masa bersama Afif di rumah. Afif tak banyak kerenah, ana ingat pernah sekali tu, ana diserang migrain yang teramat sangat, dan suami pulak terpaksa siapkan assignmentnya malam tu juga, maka suami minta ana masuk bilik, rehatkan diri, mudah2an kepala semakin reda, dan suami hanya meletakkan Afif dalam ‘play-pan’ dia, main sorang2 sambil suami siapkan tugasannya, sampailah selesai, suami membawa Afif yang ketiduran sendirian dalam play-pan nya lalu diletakkan di sisi ana untuk disambung tidurnya semula…Alhamdulillah, Allah mudahkan. (Tapi suami memang sangat penyabar dalam menjaga anak2), ana tabik ke suami dalam bab ni!!

Kini, lebih 23 tahun berlalu, Afif telah berubah wajah dari seorang anak kecil yang tak cukup bulan dan tak cukup berat kepada seorang anak dan suami yang terlebih berat pulak….ya! Sudah pun bergelar suami…

Betapa pantasnya masa berlalu.

2 Comments

2 thoughts on “1.Afif- Si Abang Long

  1. owh maklong, tules la pasal kaklong!! =P

    anyway, this is a very good effort maklong and i am soooo proud of you=)

    *hugs*

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s