The Care-taker

Time semua orang 'kecik-kecik' dulu. Beza kan abg afif kami?

Time semua orang 'kecik-kecik' dulu. Beza kan abg afif kami?

Satu perkara yang sangat ketara pada abg long kami ni, dia sebiji mcm uncle Yeh dia, (Cik Yeh), selalu risau, selalu call bertanya itu ini dan pandai menjaga barang amanah yg dititipkan padanya. Walaupun masa kecik2 dulu, kerisauannya agak merimaskan kami, tapi itulah kelebihannya, mungkin sebagai abang yang sulung, rasa bertanggung jawab itu agak tebal dalam diri. Apatah lagi, kami berdua pun memang yang sulung, maka cara didikan yang kami beri, agak terlebih kearah itu untuk dia, agaknya lah… apapun, alhamdulillah, ianya bukan sesuatu yg negatif pun!

Banyak mamahamkan kami pada tindak tanduk ibu ayah sendiri, bila kami pula berdepan dengan membesarkan dia sebagai anak sulung. Pernah suatu ketika di Jepun, tadikanya ada hari sukan, Afif ambil bahagian lari berganti, tapi pagi tu dia demam, namun kerana tak mau menyusahkan, dia tetap bertegas untuk cuba lari. Akhirnya kumpulan yang tadinya menang, kini kalah bila giliran Afif yg demam tu berlari, namun suami datang dengan wajah penuh rasa bangga memeluk Afif, mengucap kata syabas (memang budaya Jepun sama), lalu berkata pada ana,

“Now I faham kenapa abah selalu puji anak-anak dia pada kawan-kawan!, I rasa bangga dengan Afif, alhamdulillah…” dengan nada sayu tapi puas.

Sewaktu di sekolah rendah, afif memang bertanggung jawab, salah satunya soal studies sendiri. tiap kali ana keluar bilik untuk sediakan sarapan, Afif selalunya sudah siap berpakaian sekolah, membelek2 bukunya di meja study sendiri. Tak perlu dikejut, tak perlu dipujuk. Bila dah masuk sekolah menengah, terutamanya di KISAS sewaktu ting 4, guru debate Afif, Miss Lin, pernah datang ke rumah, pernah bercerita mengenai Afif di sekolah, dan antara komen beliau,

“Afif is very responsible kak, each time you give him any work, he will try his best to finish it up, no matter what, even if he has to stay up late at night. Dia akan habiskan jugak…by hook or by crook?! Sometimes I pity him…”, sebab apa? “Sebab orang selalu cari dia… because people know, kerja pasti jalan, tapi yang exhaustednya adalah dia!”

Itu adalah comments from Miss Lin satu ketika dulu pada ana. Bukan nak membangga diri dengan anak sendiri, tapi ana harap dia baca tulisan ana ni, dan dia tau mak dia bersyukur punya anak macam dia… Lagipun, harapan ana, ini semua dapat kita jadikan tips, pengajaran dan motivasi pada semua yang mahu dan boleh mengambil iktibar. Yang baik kita kongsi bersama, yang buruknya nanti kita jadikan sempadan bersama juga.

Dengan Miss Lin and Miss Lini di rumah kami di PD, with some of  his KISAS gang

Dengan Miss Lin and Miss Lini di rumah kami di PD, with some of his KISAS gang


Pernah juga Miss Lin cerita, that she did ask Afif

“what kind of a girl would you want to settle with, Afif ?” during one of your ELS (English Lang Society) camping, and you answered ” Someone like my mom…”!! Well, thank you son, you sure make me the happiest mom in the whole world, eventhough there’s no article about me in any magazine whatsoever, like you did with abah….

Lagi satu strong point Afif, walaupun sulung, dia soft-hearted, mungkin ini adalah antara sebab kenapa wife dia pilih dia? Nak kata handsome, senyum tu manislah, dengan hitam manisnya, ‘comel’ lagi, nak kata kaya? Sendiri tahu cukuplah… so apa lagi yang tinggal? Mesti hati dia lah kot! Sewaktu di KISAS, sangat mengagumi abahnya, siap tulis satu essay untuk majalah kat sekolah, semua kisah how he adored and salute abah dia dalam semua segi, walhal, mereka berdua kalau dibawa berbincang,mesti ada yang tak kena, selalu clash….ana pun tak faham. Bagi kami, ini sihat, cuma ana kena selalu ingatkan dia ;

“Nak argue okay, tapi respect kena ada. Macamana sekalipun, itu tetap abah abang, so control nada suara tu!”

He managed, tapi bila dah sama-sama berkeras, akhirnya si anak selalu tewas dan mengalah, ana jugaklah jadi tempat luahan rasa tak puas hatinya tu, akhirnya kami ‘cengeng’ bersama…itulah kami.

Pernah dapat offer untuk ke USA buat Geologi selepas SPM dulu, tapi ‘tak minat’ katanya, offer dibiar terlepas begitu saja. Kemudian Petronas offer Univ. Teknologi Petronas dalam bidang Civil Engr, tapi ditolak atas alasan tak minat juga, dan beberapa alasan lain, yang agak menasabah ketika itu. Minatnya nak buat medic, tapi SPM tak cukup baik untuk melayakkannya ke jurusan medic, akhirnya end up di UIA Gombak, bidang Manufacturing engr…Kalaulah manusia boleh ber’kalau’, Afif dah balik dari US kot sekarang, kerja dengan Petronas, jadi geologist….tapi manusia tak boleh ber’kalau’, ini semua adalah ketentuan Allah jua. Alhamdulillah. Hikmahnya banyak, kita cuma perlu mencarinya. Kadang2 hikmahnya jelas depan mata sekarang, kadang2 Allah sembunyikan dulu, nanti2 baru terlihat dek kita. Yang pasti Allah tahu mana yang lebih baik dan sesuai buat kita, insyaAllah.

Satu lagi yang ana tak mungkin lupa, pernah menasihatinya di rumah sewa kami di Kluang ketika itu, duduk berdua di tembok tepi gate rumah, dia sudah di matriks UIAM PJ ketika itu. Meluahkan rasa tak puas hatinya, kenapa ramai je orang yang terlepas bila buat salah, langgar peraturan sekolah, asrama dan macam2 lagi, tapi tak pulak kena tangkap, denda, atau hukum. Padahal dia, kadang2 tu, baru nak ikut nakal sikit, dah kena…. nasib malang betul, katanya.

Ana pulak melihat perkara tu sebagai satu hikmah dan iktibar dari Allah. Ana mengingatkan dia, Nama AFIF itupun ana dapat dari sebuah buku, yang katanya membawa maksud ‘yang terhindar dari maksiat’, makanya kami pilih nama tu, bersesuaianlah dengan apa yang berlaku pada Afif. Kan lebih baik kena tangkap di dunia, dihukum dan didenda di dunia, dari dibawa ke mahkamah akhirat? Sekurang2nya, terlepas di akhirat esok, sebab dah terlaksana hukumannya di dunia. Mana lebih baik? So, pesan ana ketika itu pada dia,

“Sebelum nak buat sesuatu tu, fikir dulu…ni betul ke tak? Nanti kalau tertangkap? Dah namapun AFIF, tiap hari orang doakan itu pada kamu, so…hati-hati”.

Dia tunduk, tekun mendengar, akhirnya mengangguk tanda faham. Diciumnya tangan ana, sambil mengucapkan “terima kasih, mak.” Itulah Afif, anak sulungku…

Di SMS Dungun, debate inter SBP

Di SMS Dungun, debate inter SBP


Strong character yang ada pada Afif juga adalah ‘strong determination’nya pada sesuatu perkara. Sebab tu selalu argue dengan abahnya, sama-sama sekepala dalam bab ini. Pandai bercakap dan pandai berhujah, sebab tu jadi debator di KISAS dan UIAM PJ dulu, cuma ana minta dia slow down sikit, bila studiesnya agak terganggu. Namun dia tetap dengan tugasan mendidik adik2 samada KISAS atau lain2nya debate. “Sayang to let it go to waste, mak” alasan yang selalu diberi pada ana.

Cumanya Afif….,

Kalaulah abang (panggilan kami untuk Afif) salurkan semua itu untuk kerja-kerja dakwah, commit dengan kerja-kerja dakwah dalam sof ISMA, mak akan lebih bahagia. I would be very very much happier…. sebab dalam dakwah, characters like responsible, determined but yet soft-hearted sangat2 diperlukan. Kebolehan dan keberanian bercakap juga sangat2 berguna, dan semuanya perlu pada pentarbiyahan yang berterusan supaya kita sentiasa pada track yang sebenar. Mudah-mudahan sampai masanya untuk Afif really think to be involved in Isma dengan lebih serious lagi, insyaAllah. ini adalah saham untuk hidup kita di akhirat kelak.

Anyway, anyhow… I am still proud of you, bersyukur punya anak macam abang. Make sure you lead the rest of the siblings and your own family to the best of examples to be be followed by everyone. I do have faith in you.

Wallahu’alam.

1 Comment

One thought on “The Care-taker

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s