4.Aiman – The Unique

aiman-di-play-ground

Aiman is actually my fourth, born on the 2nd Nov 1990 di Jepun. Waktu tu ikut hubby buat PhD dia di sana, baru je sampai Jepun Jan 1990, tengah belajar2 sesuaikan diri di sana, tetiba dah ‘tersangkut’ sorang lagi sekita Feb. Alhamdulillah, walaupun rasa macam tak berapa ready nak bermuamalat dgn doctors and nurses Jepun, yelah, mereka tak reti English, kita tak reti Japanese, macam ayam dan itik bercakap sudahnya… tapi dah namanya pun rezeki, redah ajelah….

sepanjang pregnant, memang Allah izin mudah belaka, macam Aisyah… mabuk kurang, sihat jalan sana sini, siap scan pun doctor kata macam girl je, sbb ‘tak nampak’!! Maka kami pun excited lah nak dapat another girl. Mak abah di PD diberitahu akan kami bawa ke Jepun untuk tolong tengok2kan budak2 ni,sebab di Jepun, walau sihat macamana pun siibu, tetap akan ditahan di wad seminggu hingga benar2 sembuh… seronok….

Aiman di jangka lahir sekita akhir Nov sebenarnya, tapi memandangkan doctor perempuan yang merawat tu akan bercuti kahwin, maka tarikh untuk diinducekan pun disetkan pada hari Jumaat, 2 Nov 1990… Doctor kata should be okay, sebab baby sihat, dan dah masuk 37 minggu time tu. So pagi2 lagi, me and hubby ke hospital, mak dan abah PD duk rumah jaga budak2. Doctor bagi ubat, dah tgh masih maintain tak sakit pun, cuma sikit2 je, then hubby pergi solat Jumaat dulu, sebelah petang baru sakit kuat setelah 2 kali makan ubat, dan terakhirnya (doctor dah fed up tunggu kot, nak balik cuti dah gamaknya) doctor bagi through IV. Tepat jam 4.30 ptg Jumaat, a cute little very japanese-like baby was born to a couple of very oriental-looking-mom-herself… he he he

Seminggu di hospital, baby dijaga oleh nurses di nursery, mom berehat sendirian di bilik, cuma time menyusu je, either baby disorong ke bilik ibu, atau ibu boleh datang ke nursery untuk susukan baby. Sangat convinient. Infact, sebelum ni dengan my eldest yang bersalin di US tu pun macam tu, sgt mudah dan effisen servis mereka untuk ibu2 baru lepas bersalin. Sgt jauh dibandingkan dengan di Malaysia, walaupun kita ke hospital swasta…

Waktu nak menyusu, baby perlu ditimbang dulu dan dicatat beratnya, kemudian di beri susu ibu, 20 to 30 minutes later, ‘burp’kan baby dan baby ditimbang sekali lagi, kalau berat dah okay, fine, ibu boleh salinkan lampin baby, otherwise sambung dengan menyusu, kali ni boleh nyusu dengan susu formula kalau siibu rasa ‘kehabisan’. Selalunya baby akan tidur kekenyangan selepas tu..

Selesai seminggu, kami dibenarkan pulang. Punyalah rasa sihat sampai selamba aja kita buat kerja2 rumah tolong mak masak dan sebagainya…sampai pernahlah hubby menegur waktu tu “…ai, tak nampak gaya macam orang dalam pantang langsung…”. Yang seronoknya pun waktu tu, ramai kenalan dari negara2 Arab yang datang menjenguk di hospital dan di rumah, dan mereka datang dengan berbagai bekalan makanan yang sesuai untuk ibu bersalin… bahagia sungguh rasa…

Belum pun cukup Aiman dua bulan, mak dan abah dah sibuk nak balik Malaysia…biasalah, orang tua-tua, mana nak sangat duduk rumah anak lama2. Bila kita pujuk, mak selalu jawab…” besak hang dah tua esok, hang tau lah macamana…”.

dscn0457

Kisah keunikkan Aiman akan disambung kemudian.

1 Comment

One thought on “4.Aiman – The Unique

Leave a reply to budakecik Cancel reply