The ‘Selamba je.’

img_0211

Aiman, my fourth, memang selamba…orang kata lah apa pun, orang buat lah apa pun, orang bagi lah apa pun ke dia, dia okay je….bagus Aiman! Sangat kurang tension hidup Aiman, tak tension fikir pasal orang, asalkan diri sendiri bahagia, cukup!!? Maa neh…so ka na…

Kerana Aiman yang selamba tu lah, kak ngah jadi bertambah2 famous di sekolah yek?! At first kak ngah famous sebab schemanya, datang Aiman yang selamba, sangat berlawanan dengan schema tu, apa lagi, kecoh satu sekolah tak percayakan Aiman adik kak ngah….sampai hati dia orang kan?!

Cool nya aiman, sehingga waktu dia lulus ujian PTS darjah 3 tu pun, sikit dia tak cerita ke sapa-sapa. PTS, bukannya macam UPSR, so gi ambil result tu pun, bukanlah kecoh macam ambil UPSR, jadi kami-kami ni pun terlupa lah nak ke sekolah, Aiman pun tak cakap apa2, so abah ke Cabot, mak ke Raudhatul ulum, yang lelain, sekolah macam biasa. Malamnya, barulah neighbour called, kata anak dia tak lepas PTS, tapi Aiman lepas kan? Hah! Kita orang pun apa lagi, kalutlah tanya Aiman…dia boleh jawab,

“Ha ah, Aiman lepas. boleh terus darjah 5 tahun depan, kalau nak.”

Mak ai, sian anak ku sorang ni….malam tu baru pakat excited, pakat celebrate untuk Aiman. Itulah Aiman, sokmo selamba… UPSR nya wasn’t as cemerlang as the others, waktu tu ana dengan dia gi ambil resultnya di sekolah. 4A 1B (ana tak ingat apa yang B). Dia terima keputusan dgn senyap, tak kata apa2, kami balik ke rumah lepas tu, dia masih senyap, dan ana sengaja membiarkan dia diam buat seketika, sesampai di rumah, ana tau dia sedih, tapi dia restrained himself from crying, so ana pulled dia on to my lap (kecil lagikan time tu…), and I hugged dia. Then only dia nangis semahunya, dah puas nangis baru dia kata, Aiman dah pecah rekod family, abg2 dan kngah semua 5A, dan dia nangis lagi…. rupanya, tension dia nak maintain standard yg dah di set oleh abg kakaknya ketika itu…terpaksalah ana pujuk dia… Baru UPSR je pun kan? Its not the end of the world yet!

Pernah sekali, A&W datang ke Family Day Cabot, tempat suami kerja. So apa lagi, dengan maskotnya si Bear tu pun adalah sekali, kat tengah2 padang, ajak semua anak2 dancing together dalam barisan… since Aiman and Asyraf waktu tu sekolah rendah, kenalah masuk padang. Aiman yang selamba tu, sikit pun tak bergoyang, walau disuruh macamana sekalipun… tegak kat situ sampai sudah. Kalau si Asyraf? Tak yah cerita! So itulah Aiman, dia tak kisah langsung orang nak kata apa, asal ku tahu apa yang ku lakukan…motto Aiman agaknya yek?

aiman-di-play-ground

Anyway, walau selamba macamana pun Aiman, Aiman tetap anak yang baik…. favourite semua orang, adik2 semua senang dengan Aiman, sebab dia paling cool, paling tak marah orang…itu lah Aiman.

Kalau di SMKA Shams Seremban tu, rasanya ramai je yg kenal Aiman kerana sikapnya ni, sudahnya terlalu ramai yang concern terhadap dia, baik classmates (both boys and girls) maupun dormmates. Bila tengok macam Aiman kena buli, dia tetap buat selamba dia, buat muka ‘seposen’ dia, orang lain yang risau… mulalah reports sampai ke kak ngah, org ni buli Aiman, org tu buli Aiman…bila ditanya, dia jawab

“okay je, tak de apa2 pun!”

Beerti, bagi dia, itu normal. Takde hal. Aiman, Aiman…. Cukup banyak kisah2 Aiman di sekolah, yang dibawa oleh kakngah, nak tunggu Aiman yang bercerita, sorry lah, sebab baginya, itu semua biasa je, no need to kecoh2 pun! How’s that? Punyalah tak kisahnya Aiman, pernah waktu peksa PMR dia, dia call ana satu petang tu dari sekolah, ana pun tanyalah dia,

‘esok paper apa Man?’ boleh dia jawab, ‘ entah yek! Aiman puntak tau…’

MasyaAllah Aiman, kok sampai esok nak jawab peksa apa pun dia tak kisah… punyalah senang hidup Aiman.. Membela Aiman pun, sedari kecil memang takde masalah, kurang sakitnya, pandai bawa diri, main sendiri2, tak susahkan sesiapa, tapi sangat mudah diajak membantu walau apapun kerjanya. Cuma satu je, kalau dah once dia nangis, jangan sapa kata apa ke dia atau marah lebih2 ke dia, dia akan mengamuk sakan. Mungkin, baginya,

‘aku dah puas bersabar, so please don’t push me any further…or else…’.

Form one dan form two di SMKA Shams dengan kakngahnya, lepas SPM, kakngah ke DQ, so Aiman naik form three sorang2 kat Shams, semua risau, tapi macam biasa Aiman survived!! Yeah!! Alhamdulillah. Tidor dalam kelas? Cikgu tak leh nak kata apa dah… dah sampai ke tahap cikgu suruh beli vitamin B-compleks. Dibelikan, tapi dia tetap begitu. Ana pernah jumpa dengan cikgu dan Uzh di sekolahnya, menurut mereka, memang mulanya mereka risau tengok Aiman, tapi akhirnya mereka faham, Aiman jadi ngantuk sebab ‘boring’ dia dalam kelas tu agaknya, sebab only for certain subjects je dia tidor, tapi bila dipanggil untuk jawab, boleh pulak, akhirnya cikgu & uzh kata,

‘nak tidor, kau tidorlah Aiman… dah tak boleh nak buat macamana dah..’

Macamana tu? Ana pun dah habis cara nak bantu dia supaya tak tidor dalam kelas. Akhirnya, ana pun give up, terserah pada Aiman, sebab dengan tidornya tu, tak timbul masalah lain yg lebih besar… dah nature dia kot?? (boleh terima ke tu?)

Satu lagi yang menariknya tentang Aiman, setiap kali buat IQ test sesama kami, pasti Aiman dapat markah paling tinggi!!! Apa2 masalah menguji minda yang kami pening2 lalat nak selesaikan, bagi Aiman, kacang je. Pernah tahun lepas, ana bawa anak2 yang masih bersekolah ni ke Petro Sc. di KLCC, bila sampai bahagian uji minda, kami pun cubalah sana sini, memang seronok dan mengasyikkan, tapi banyak benda kami tak dan nak selesaikan, lalu masing2 kata,

‘kena bawa abg Aiman ni, baru dapat solve semua!’ He he Abg Aiman… Presiden Kelab Catur sekolah rendah (dan sekolah menengah sama kalau tak silap). begitulah manusia, takde yang perfect, hebat di sini, kurang di sana, hebat bab itu, kurang bab ini. Yang penting, semuanya di channelkan untuk mencari redha Allah.

miss abg aiman masa ni...

miss abg aiman masa ni...

SPM tahun 2006, ketika usianya 16 tahun 2 minggu? Alhamdulillah, 8A1, 2A2 dan 2B… Nak tau apa ‘B’ nya? Bahasa Melayu dan Arab! Rupanya kena speaking ngan Aiman nih… hehe Apa pun, sekarang di UIA Gombak, berjihad dengan pilihan keduanya Architecture (pilihan pertama Pharmacy-tak de rezeki kat situ), almost every time bila call, dia mesti kat studio, menyiapkan projeknya. Kesian, orang complain tak dapat tidor awal sebab sibuk study nak exam, cuma jam 12 atau 1 pg, Aiman jawab, dah seminggu dia tak tidur malam sebab nak kejar dead line final projek! Sian Aiman. Pernahlah tertidur sebelum sempat basuh tangan lepas makan nasi di bilik!!! Aduh, anakku… moga diganjari Allah dengan keberkatan atas usaha Aiman berjihad di bidang Aiman ni. InsyaAllah.

2 Comments

2 thoughts on “The ‘Selamba je.’

  1. salam

    nm sy aiman jugak ni .was a former student of shams too and also got 10a’s in spm ,ever heard about aisyah badrulhisham in school so as this aiman ,i’m currently in egypt anyway ,i wonder if my mom can write this piece of confession bout me ;(

  2. salam nak Aiman di Mesir sana,

    Jzkk atas ziarahnya ke blog aunty. InsyaAllah, why not, if your mom has the means to write and confess about her children, I sincerely think that she would be more than glad to do so… no doubt on that.

    So, aiman di mesir doing what? Medic or Syariah? And, what year did you take your SPM kat Shams dulu? Are u enjoying ur life in Egypt now? Make sure ingat Allah selalu and be a good servant of Him, wherever you go… make lots of doa always. All the best to you.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s