The Happy-go-Lucky ‘Humaira’

1993-di Jepun dgn tok Ajiz

1993-di Jepun dgn tok Ajiz

Sedari kecil, Aisyah memang senang dijaga. Bangun dari tidur pun, tak menangis, tak mencari orang, main sorang2 dia pun jadi, merayap merangkak ikut adventure dia sendiri. Sampai kebesar pun, memang jenis selamba dia…

Sangat independent dan adventurous, sampai pernah tertinggal kat pasar malam! Kalau Afif, akan pegang baju mak dia dari awal sampai akhir, Aisyah ikut sendirian berhad dia, tau-tau dia entah ke mana, panic kami dibuatnya, rupa2nya dia dah sampai di hujung pasar malam, ditemani oleh one couple yang kesiankan dia sorang2. Mujurlah zaman tu, bukan zaman macam sekarang, teringatkan kes adik Nurin yang menyayat hati. semoga keluarganya dalam rahmat Allah swt. (Adik Nurin, insyaAllah, dah tentu dalam lindunganNya sekarang.) Bukan setakat tu saja dengan Aisyah ni, sewaktu ana dalam pantang bersalinkan Adam, Aisyah sekali lagi ‘tercicir’ ketika bersama abah dan atok2nya di Plaza Yow Chuan, Ampang.

Bersesuaian dengan namanya Aisyah, bersempena nama isteri kesayangan Rasulullah saw, ‘Humaira’ yang membawa erti ‘pipi yang kemerahan’- satu gelaran Rasulullah saw kepada isteri Baginda tersebut, pipi Aisyah ketika di Jepun memang sentiasa merah. Angin dan cuaca sejuk di sana, berbeza dengan di Malaysia. Kalau disini, sewaktu giat berko-ko dan bersukan di sekolah, pipinya akan berbelang, terbakar dimakan panas mentari.

Sewaktu ditadika Jepun, menjadi kebiasaan mereka untuk membawa anak-anak tadika bersama ibu bapa dan keluarga lainnya keluar ‘ensoku’=excursion=rehlah bersama-sama, kemana-mana taman yang memang banyak terdapat di sana. Aisyah adalah orang yang sangat gembira setiap kali ensoku, sebab dia bebas ber’adventure’ sesuka hatinya. Selagi ada benda untuk dipanjat dan diterokai, dia akan buat, walau orang lain takut, walau orang lain tak nak, dia tetap akan cuba selagi dia mampu. Itulah Aisyah sejak kecil.

Berada di Jepun selama hampir 5 tahun menyebabkan ana terpaksa mengajar sendiri anak-anak di rumah. Bagi menjimatkan masa dan tenaga (anak2 lain masih kecil dan memerlukan perhatian), sewaktu belajar ana himpunkan Afif dan Aisyah dalam satu syllabus dan ajar sekali, teruk jugaklah Aisyah kena ‘torture’ dgn maknya yang garang nih… up to one point, I told myself “this wont work!”, so dalam trial and error tu, ana usahakan juga mengajar mereka secara berasingan, memang agak kalut dan memenatkan, but I didnt have any choice then. And amazingly, she performed better.

To me, lessonnya adalah, you can’t push your children too hard, otherwise they will get ‘stuck’ and lost. Give them some space to be a child, let them enjoy a bit of their freedom of being a kid, just control them accordingly. Islam juga mengajar kita supaya mengambil jalan tengah, jalan yang sederhana. Aisyah became a very good student sejak tu, samada di Jepun, maupun selepas pulang ke Malaysia.

Bersekolah di sek Ren Islam Al Amin Keramat KL, sepulang kami dari Jepun pada tahun 1994, Aisyah dianugerahkan ‘Pelajar berakhlak Cemerlang’ peringkat sekolah pada tahun 1995, kerana sifat ‘schema’nya. Dari dulu hingga sekarang, dan mungkinkah selamanya???, aisyah memang schema orangnya. Sangat berbeza dengan abang Afifnya yang ‘ikut dan’!! Schemanya Aisyah, sehingga dia ditakuti, digeruni atau dihormati oleh semua rakan di sek rendah dan di sek menengah. Pernah suatu ketika, GPK HEM sek men nya beritahu ana,

“kami ni kalau nak bagi arahan pada budak2 tu, bukan hantar KU sekolah (pelajar lelaki), tapi hantar KU ke II ni, semua orang patuh. Tak banyak songeh, tak berani kata apa dah. Senang kerja kami.”

Aisyah memang jenis yang enjoy sekolahnya, terutama ketika di asrama. Tak sabar2 balik asrama, sebab ramai kawan. Kalau di rumah, adik beradik lelaki ramai kacau dia, katanya. Tak best, sebab tu syok duk kat asrama lagi. Sewaktu ana bersalinkan Asyraf, Aisyah complain;

“Mak ni asyik bagi adik boy je, kakngah nak adik girl, tak mau boy dah…”, sambil menangis marahkan ana. Ketika itu di Jepun, berumur 7 tahun. Kalaulah mak dia boleh cop sendiri nak boy ke girl, kan??

Sangat disenangi oleh kawan dan guru, sebab dia jenis senang ngantuk dalam kelas, so apa langkah yang diambil? Keluar kelas, offer diri untuk tolong sesiapa yang perlu, sampailah kelas yang mengantuk tadi selesai. Ustaz Hafizi sek men nya pernah komen;

“Mula2 dulu kak, saya bimbang jugak tengok Aisyah asyik tertidur je dalam kelas, tapi lepas periksa, rupanya tidur dia tidur Imam Nawawi, saya biarkan ajelah…”, insyaAllah doa ustaz diangkat malaikat ketika itu. Aisyah mudah berjaya dalam kelas. Pelajar cemerlang PMR N9 (Anugerah dari Exxon Mobil) dan SPM N9 (Anugerah Gabungan Pelajar2 Melayu Semenanjung), kemudian satu2nya pelajar yang mendapat anugerah Permata Hati SHAMS oleh guru2 Sek Men Keb Agama Sheikh Hj Mohd Said,Seremban, semuanya kerana sikap ringan tulang meng’offer’ diri membantu semua gurunya selain cemerlang akademik. Hadiah yang diperolehi adalah pakej umrah yang selamat dilaksanakan bersama ayahnya pada tahun 2005 (selesai Darul quran).

Anugerah Permata hati SHAMS

Anugerah Permata hati SHAMS

Bila ditanya rahsia kejayaan Aisyah pada ana oleh pihak sekolahnya atas kejayaannya memperoleh SPM 11A1 ketika itu, ana yakin bukan rajin atau schemanya dia, tapi sikapnya menghormati guru sejak dari sekolah rendah lagi. Tiap kali ana tanyakan pada dia, macamana cikgu ini, macamana cikgu itu, jawapannya ana perhatikan;

“okaylah…” – itu bagi guru yang so-so, atau
“best mak, kelakar je, tak ngantuk… kakngah senang faham…’ – itu bagi guru yang memang dia suka!

Pendeknya, ana tak pernah dengar dia complain mana2 guru. Mengambil kira barokah guru itulah, ana rasa dia mudah menerima pelajarannya setakat ini, alhamdulillah. Tapi, selalu juga bila dekat2 nak periksa tu, bila dah tension sangat, dia akan call ana, nangis kejap untuk releasekan tension dia, dengar ngomelan maknya ni serba sedikit, lepas tu dia okay semula. Itulah anak perempuanku yang sorang nih… setiap kali nak exam, pasti diberitahu ana dulu, mohon didoakan… walhal,bukan dia tak tahu, kita sebagai ibu, sentiasa mendoakan mereka, tapi keakraban itulah yang mendekatkan kami secara ruhi, walaupun physicallynya, kami jauh.

Sewaktu selesai SPM, nak masuk Darul Quran, ana tak berani nak paksa dia, tapi dorongan Ustazah Mazilahnya di Seremban menyebabkan dia tekad ke sana (InsyaAllah, ada saham ustazah Mazilah nanti) maka dugaannya bukan sedikit. Mujahadah jugak dia di sana menamatkan apa yang dah dimulai. Tapi ana yakin, semua itu menyebabkan kita sentiasa memperbetulkan niat kita, dan Allah memberi taufiq dan hidayahNya. Semoga kakngah dapat apa yang kakngah hajatkan dari DQ, insyaAllah. Pernah minta izin nak keluar DQ nak pergi Mesir buat Medic, tapi dijawab oleh si ayah,

“Kakngah girl, tak payahlah pergi jauh2 dari abah, duk Malaysia je…” dan Aisyah akur…

Bertemu dengan Uz Nazri dan Uzh Muzi adalah diantara seribu satu rahmat yang Allah beri pada pengorbanannya bermujahadah di sana, katanya. Alhamdulillah…

recent photo-17 dec 2008

Konklusi ana, Aisyah adalah anak yang jenis berusaha ke arah … ‘Semoga mak dan abah bersyukur punya anak seperti kakngah’… dan memang kami bersyukur punya anak seperti Aisyah. Semoga menjadi muslimah solehah daieyah yang diredhai Allah. Menjadi anak, muslimah mukminah, adik, kakak, insyaAllah isteri dan ibu yang jauh lebih baik lebih solehah dari mak… Ameen, ya rabbal ‘alamin.

2 Comments

2 thoughts on “The Happy-go-Lucky ‘Humaira’

  1. macam kenal je budak ni…. sekarang dia kat mana ye? banyak sangat anugerah grand dia, tahniah la. Moga dapat jadi inspirasi untuk orang lain sama…. Melayu Boleh!!! Muslim boleh!!!

  2. Ameen………

    K Ngah……Cik wa percaya k ngah pastinya akan beroleh keberkatan dan kebahagian dalam kehidupan dunia dan akhirat.
    Good luck my dear…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s