7.Ammar-Yang Memakmurkan

lum setahun lagi

Ammar nama diberi kerana kehadirannya sangat-sangat tak tersangkakan, namun penerimaan abang kakak yang lain, sangat-sangat mengharukan. Kami merasakan bahwa Ammar bisa menjadi tumpuan kemakmuran dalam keluarga ini, dengan erti kata kami semua merasai kemakmuran dek kehadirannya… insyaAllah.

I was already 38 when I got the news that I am pregnant again. Agak sedikit gusar, sebab faktor umur, tapi kisah Saidatina Khadijah r.a yang berkahwain dengan Rasulullah saw pada usia 40 tahun, kemudian memperoleh anak bersama baginda saw menjadi motivasi ana.

Sepanjang pregnancy, semuanya lancar, hinggal ketika masuk minggu ke 35, seperti biasa ana buat routine check-up di Hospital Columbia-asia di seremban, blood pressure ana tinggi. Sma kes with my elsedt dulu. So, doktor tahan ana di ward. Seksanya rasa, mujurlah waktu tu anak2 semua cuti sekolah, tak lah kelam kabut sangat. Pembantu memang takde, so semuanya atas suami dibantu oleh mak dan anak2 yg besar sikit (Afif ting 4 dan Aisyah ting 3).

Seminggu lebih ana di hospital, menurut doktor kalau Isnin tu ana tak sakit apa2 lagi, dia akan op je. Alhamdulillah, Ahad pagi lepas solat subuh, ana tau the baby is coming. So, jam 10.30 pagi Ahad, 6 Januari 2002, Ammar was borned. Kelakarnya without the father around, walaupun dia dan anak2 yg lain sudah berada di hospital ketika tu (anak2 sek men semua nak balik asrama hari tu..Afif balik KISAS, Aisyah balik SHAMS dan Adam balik ITQANS- Aiman seminggu lagi masuk ting 1 di SHAMS). Semuanya berlaku dengan cepat, doktor yang baru briefing sikit dgn suami pun tak sempat masuk labour room, Ammar disambut oleh midwife aje. suami siap sempat mengomel

“anak siapa yang menjerit tu” dalam hati, tanpa menyedari itulah suara Ammar pertama kali menjengah dunia…. kelakar je masa tu. Tau2 semua dah settle. Alhamdulillah dipermudahkan Allah.

Seperti yang ana katakan tadi, kehadiran Ammar menjadi tumpuan semua orang dalam keluarga. Excitementnya sangat luar biasa… sentiasa dikerumuni oleh abang kakak, pantang Ammar terjaga dari tidur, riuh rendah semuanya berebut nak pegang. Rakan2 ana juga tak kurang excitednya, ye lah, ana akan masuk 39 tahun ketika melahirkan Ammar, rakan2 yg lain yg seangkatan dengan ana, rata2 anak dah besar belaka, so semuanya tumpang seronok dengan Ammar.

Ramai jugak yang beri komen, Ammar looked like a Palestinian boy masa kecik, ada juga yang kata like a Bosnian. Apa pun, Ammar is a Malaysian kid to Noorzaimen and Badhrulhisham…. hehehe. Grown like a normal kid grow, too much resemblance to abg Afif and Abg Asyraf dia (dari segi perangai), tapi banyak menyerupai Abg Asyraf dari segi rupa paras. Tiap kali tengok gambar Abg Asyraf, dia kata itu dia…

Tersangat manja dengan semua orang especially mak nya. Last year (2008) dah masuk tahun 1 di Sek Ren Islam Al Irsyad, sepanjang semester 1, mak kena hantar sampai ke kelas, peluk ‘syahdu’ dulu, baru boleh lepas dia. Itu pun kadang2 nangis jugak lagi…. Memang anak bongsu macam ni ke??? Kak Hannan dia kata, sebab dek Ammar, semua orang macam kenal Hannan…

“Hannan, adik awak Ammar nangis lagi…!”.

Hari ni kat kelas, esok kat kantin, nanti kat surau, kat perhimpunan pun pernah. Padahal Hannan tak kenal pun pada si pelapor tu… Pernah satu pagi tu dia nangis di perhimpunan, lalu ditegur oleh mudir, kata muallimahnya,

“Kalau budak lain, dah kecut perut dah, sure berhenti nangis ditegur mudir, tapi Ammar, marilah raja mana pun, kalau dah nangis…mudir tak mudir…”

Itulah diantara keistimewaan Ammar setakat ni (ada lagi, tapi tunggu episod akan datang ye) …anak bongsu ana yang manja tu…
seronok dapat duit raya

Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s