5.Asyraf- Yang Syarif

img_0212Dilahirkan pada tanggal 17 Dec 1993 di Kyoto, Jepun dengan berat sekitar 3100 grams. Mak dan abah Johor punya giliran pula datang ke Jepun untuk menunggu anak-anak yang lain ketika ana di ward selama seminggu. Due date untuk bersalin lebih kurang awal 1994, tapi since ana selalunya cepat dalam 3 minggu, so mak abah pun sampai dalam minggu pertama Dec.

Pagi tu, selepas menghantar Afif, Aisyah, Adam dan Aiman ke hoiku-en (taska), selalunya kami bertiga dah kehabisan idea duduk di rumah nak buat apa. rumah di Jepun, tersangatlah kecil…memang boleh ‘mati akal’ kita yang biasa dengan suasana rumah besar seperti di Malaysia. Jadi pagi tu, ana ajak mak dan abah untuk ke kedai membeli barang-barang dapur. Di sana, selain berkeretapi, berbasikal dan berjalan kaki adalah satu kebiasaan rakyat Jepun. Kalau pun mereka berkereta, jarang2 digunakan untuk urusan seharian. Kebanyakannya diguna untuk bercuti sefamili. Kami pun berjalanlah pagi tu, masuk keluar kedai sampai tak sedar dah agak jauh dari kawasan rumah. Puas jugaklah nak patah balik… Abah pulak jenis yang suka memasak, maka tak terasa kaki jauh melangkah, dalam keseronokan abah melihat groceries yang dijual.

Satu perkara ana cukup kagum dengan orang Jepun, sifat amanah mereka sangatlah bagus. Belum ana jumpa lagi di Malaysia ni. Masakan tidak, kalau kita berjalan ditepi-tepi kebun sayur sebelah rumah mereka (tanah yg sedikit, habis dimanafaatkan), sudahlah bersih, selalunya akan ada satu pondok kecil diletakkan ikatan2 sayur dengan label harga setiap ikat, dan di atas para yg sama, sebiji balang duit. Tiada penunggu di pondok tersebut, semuanya diserahkan pada amanah pembeli….Subhanallah!! Ana membayangkan situasi di Malaysia, kalau itulah caranya, bukan setakat sayur hilang tanpa berbayar, balang duit dari bayaran orang yang jujur sebelumnya juga pasti lesap dikebas orang…..

Ana teringat kata-kata seorang sheikh dari Libya kepada kami dalam salah satu ‘bayan’ beliau, “you will find a lot of muslim characters in non-muslim people, and non-muslim characters in muslim people, nowadays… how close are we with the end of the world..?” Memang benar kata-kata sheikh tersebut. Dalam banyak pengalaman ana di luar negara, terlalu banyak insiden yang sedemikian rupa… akhlak mereka jauh lebih baik dari kita di Malaysia, malah orang2 arab lainnya juga berpendapat sedemikian terhadap negara mereka..

Balik dari shopping, malam tu memang terasa letihnya, lenguh2 pinggang tanda awal nak bersalin mulai menyapa. Ana diamkan saja, tak mahu kecoh lagi, esok awal2 pagi, selesai solat subuh, ana ajak suami ke hospital, sebelum sakit makin kuat. Maklumlah, nak ke hospital pun kena jalan kaki. Mak menghantar ana sampai ke muka pintu sambil mengusap belakang ana sambil membacakan doa semoga semuanya selamat. Ana benar2 terharu waktu tu. mendapat usapan tanda kasih dari seorang ibu mertua….kalau ibu sendiri yang buat macam tu, memang tak heranlah kan?

Hari tu hari Jumaat juga, (semua anak2 ana, lahir hari Jumaat, kecuali Aisyah hari Isnin dan Ammar hari Ahad). Sampai di hospital suami setia menunggu disebelah. sakit makin kuat, tapi menurut doktor, masih lama lagi… suami dah serba salah, waktu solat jumaat dah makin hampir, ana juga serba salah nak menahan suami pergi solat dek kerana kata2 doktor tadi, walaupun menurut hati ana sendiri dari pengalaman yg sudah2, ana rasa macam dah dekat je… akhirnya ana nekad, biarkan suami pergi solat dulu. rupa2nya memang benar, tepat jam 1.05 tgh, a tiny little baby boy was born, and we named him Muhammad Asyraf

Doktor menelefon ke rumah memberi khabar gembira pada mak, suami pulang dari solat Jumaat sekitar jam 2 ptg saat itu, mak hanya membiarkan dia makan tgh sebelum berita disampaikan. terkejut jugak suami kerana tak menyangka semuanya selesai sewaktu dia solat, alhamdulillah… mak dan abah sempat tinggal lebih sebulan lagi sebelum pulang ke Malaysia, sempatlah bermain dengan snow bersama cucu-cucu mereka ketika itu… kenangan indah buat mereka.

Dalam ramai-ramai tu, asyraf lah yang paling lama bermanja sebelum dapat adik, besides yg bongsu ni lah, of course. Sebab tu sampai sekarang pun, dia masih ‘manja’ dengan caranya yg tersendiri dengan ana. Ditambah dengan duduk rumah paling lama sebelum ke asrama, adalah antara faktor-faktor yang menyumbang kepada ‘close’nya dia dengan ana berbanding abg kakaknya yg masuk asrama sejak ting 1 lagi. Hari ini Asyraf berumur genap 15 tahun 1 bulan, dalam Ting 5 Ar Razi di Sek Men Keb Agama Pedas, Negeri Sembilan (masuk sana last year after PMR)… Agaknya calon termuda SPM SMKA Pedas tahun ni… semoga berjaya dengan cemerlang, anakku!!!

1 Comment

One thought on “5.Asyraf- Yang Syarif

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s