‘The Expressive’

Muhammad Asyraf- nama yang disepakati dengan suami sewaktu ana masih lagi di ward bersalin ‘Takeda Byoin’, (Hospital Takeda), kyoto, Jepun, pada Dec 1993 dulu.

Asyraf umur setahun 2 bulan, dgn abg adamnya yg 6 thn 2 bln di wad

Asyraf umur setahun 2 bulan, dgn abg adamnya yg 6 thn 2 bln di wad

Asyraf, seorang adik yang banyak menyerupai abang sulungnya dalam tingkah laku, juga penyakit (walau tak seteruk abang afif punya semput). Paling lama manja dengan mak abah juga abang kakak sebab lama bongsunya, dalam lima tahun, baru dapat adik, Nur Hanan. Membesar sebentar di Kyoto sekitar 4-5 bulan, kemudian di Keramat Permai, KL selama hampir 2 tahun lalu berpindah ke Port Dickson. Mula bersekolah tadika di Sek Ren Islam Pintar, PD yang kemudiannya bertukar menjadi Sek Ren Agama Raudhatul Ulum, sehingga selesai UPSR pada tahun 2004 sewaktu berusia 10 tahun 11 bulan.

Satu-satunya anak ana yang sejak dari tadika hingga ke PMR, bersekolah swasta sepenuhnya…paling banyak ikut program ISMA berbanding abang2 yang lain, selain kakngahnya, masuk form 4, bersekolah di Sek Men Keb Agama Pedas, Rembau, N9. Merupakan anak yang sangat prihatin, walaupun nakalnya lebih pada abang2 yang lain ketika ditahap sekolah yang serupa. Mungkin kerana umurnya yang terlalu muda ditahap tahun persekolahannya, maka perangainya pun terlalu keanakan. Sokmo merupakan pelajar termuda dalam kelas, tak matang-matang sampai sekarang?? Cukup liat nak suruh study. Banyak songehnya bila kita kerah mengulangkaji.

Apa pun, macam anak2 yang lain, Asyraf punya banyak kelebihannya yang tersendiri. Prihatinnya terhadap adik2, menyerlah bila pernah disuatu ketika dulu, kes kanak2 hilang terlalu menyempit dada. Adik2 pulak baru dibelikan basikal sorang satu. Terlalu ghairah nak main basikal di luar, sedang ana ketika itu sibuk nak memasak di sapur. Tak tergamak nak suruh Asyraf temankan adik lagi, sebab dia sedang sibuk dengan urusannya sendiri di atas ketika itu, ana cuba memujuk Hanan dan Ammar untuk main dalam kawasan rumah saja. Eh, rupa2nya Asyraf mendengar rengekan adik2 di bawah, tanpa disuruh, dia turun dan mengajak adiknya main di luar, sambil mulut sempat merungut…

“Hih, ni lah dia orang2 jahat ni menyusahkan orang lain je…depa punya pasal buat jahat, kita yang tak senang duduk!”

Ana senyum je, gembira dalam hati, sebab dia bertindak atas kemahuan sendiri menghiburkan adik2nya. Alhamdulillah…

Satu perkara lagi tentang Asyraf, sejak di sekolah rendah, perangai sambil lewanya tu memang sangat merisaukan kami. Mana taknya, guru2 selalu complain ke ana,

“Kak Meen, Asyraf tak bawa buku ni…., Kak Meen Asyraf tak bawa buku tu… ”

Pendek kata, setiap hari, ada saja buku yang tak dibawanya. Bila ditanya di rumah, malam sebelum ke sekolah, sokmo dia jawab,

“Dah ada dah semua”, atau “Buku tu ada kat Murobbiah/Murobbi”

Tapi esoknya, ada saja bebelan murobbi/murobbiahnya pada ana. Naik segan kita dibuatnya. Sehinggalah waktu gi ambil keputusan UPSRnya, pengarah sekolah, yang merupakan suami pada pengetua sekolah waktu tu (Pastinya tahu sangat kisah anak murid yang sorang nih!) berkata,

“Ni dia budak yang selalu culas-culas bawa buku ke sekolah…., asyik2 tertinggal kat rumah!”

Rupa2nya, dalam belasan calon UPSR tu, dia sorang yang dapat 5A. Dah rezeki dia sebenarnya.

IMAG4305

Bila PMR di Kuantan, ana sebagai mak, apa lagi kalau tak sibuk membebel suruh study. Dia seperti biasanya, macam pahat dengan tukul, sekali ketuk, sekali jalan. Bila kita senyap, dia pun senyap. Kalau bukunya tuh, penuh dengan lukisan2 kartun yg entah apa2. Bila dapat keputusan, pandai pulak dia ber’rasional’ dengan kita…

“Mak, Asyraf rasa Allah nak ingatkan Asyraf, UPSR bolehlah nak main2, relaks tak study pun dapat markah best2. PMR ni kalau Allah bagi Asyraf best2 jugak walaupun main2 lagi, mesti Asyraf lupa diri untuk SPM nanti, so ni petanda supaya Asyraf tak leka dengan SPM kan?”

Amboi, manisnya men’justify’kan keputusan PMR dia. Itulah Asyraf, sama macam abang Afifnya, ada je jawapan nak dijawab ke kita. Makanya, dua2 dalam team debate sekolah masing2. Dah memang jenis suka berdebat.

Asyraf juga merupakan penceria suasana kami sekeluarga. Sebabnya, dia suka make fun, or better still, make fool of himself depan kami semua, ahli keluarga dia. Ana tak rasa dia akan buat yang sebegitu depan orang lain, tapi kalau dengan kami, memang kami selalu terhibur dengan gaya selamba dia. Menyanyi penuh aksi tanpa diminta, bergaya penuh feeling, menceriakan suasana. Itulah abang Asyraf kita…. Ekspressi kami tiap kali dia ‘buat hal’…

“Ya Allah, Asyraf! Tolong lah!..”

namun kami tetap tertawa ceria. Selalunya, boleh lagi minta diulang tayangkan semula. Kalau ada rezeki, memang boleh tonton kembali…Asyraf, Asyraf…

satu lagi keistimewaan Asyraf, dia sangat ekspresif. Dia tak segan memeluk atau dipeluk oleh ibu atau ayahnya, dia tak segan kalau dicium atau mencium pipi mak dan abahnya, walaupun sekarang, ketika umurnya dah menjangkau 15 tahun 6 bulan!. Selalu kita dengar, anak lelaki terutamanya, malu bila rakan2 melihat mereka manja dengan mak ayah, tapi tidak Asyraf. Ana pernah tanyakan dia direct tentang ni di perkarangan sekolah dulu, dengan muka selamba, dia menjawab,

“Buat apa nak malu, dengan mak abah sendiri aje pun. Biar jadi contoh, lagi bagus!”

Malah, dia lah yang memulai mencium dahi ana yang sekarang ni jadi ikutan kak Hanan pula.

“Dahi, tempat mak sujud, ketika mendoakan kami, memang asyraf nak cium…”

Aduh, tak sejuk ke hati kita mendengarnya? Muallimah Khadijah nya bergenang airmata tatkala ana berceritakan yang ini pada dia dulu. Syahdu hati muallimah yang sorang ni, yang memang terkenal dengan mudahnya mengalir airmata… terima kasih Jah, berkongsi rasa dengan Meen.

IMG_0257

As much as determined nya Asyraf menguruskan badan, one time ago, mak harap Asyraf juga se determined itu untuk SPM Asyraf kali ni. ‘Aim high son, then work hard for it’. Rebut pahala usaha yang Allah janjikan bagi setiap yang berusaha. Afterthat, whatever your result is, kita terima sebagai ketentuan dariNya yang Maha Menentukan. Yang penting, Asyraf dah pulun berusaha…. boleh kan?

Kini, Asyraf dalam tingkatan lima. Akan menduduki peperiksaan SPM nya hujung tahun ni, semoga dipermudahkan Allah baginya dalam memahami dan mengingati setiap yang dia belajar. Semoga dipermudahkan Allah baginya dalam menjawab setiap soalan peperikasaannya nanti. Semoga setiap usahanya dalam rahmat dan berkat Allah jua hendaknya. Ameen.

1 Comment

One thought on “‘The Expressive’

  1. dah lama perasan yg Asyraf ni lain dari abang2nya yg lain.
    sangat caring dan lebih peramah dari yang lain.

    all the best Asyraf…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s