6.Nur Hanan-Si Kakak Kecik

img_0205

Nur Hannan (walaupun nama tertulis Nur Hanan dlm birth cert.) is actually my second girl. cuma dua je girls ana dalam 7 orang semuanya. Dilahirkan di Hospital Darul Zakhwan, Senawang, Negeri Sembilan pada 15 May 1998…

Abangnya Asyraf berumur 4 thn 7 bln ketika itu, paling lama manja. Actually ada yang gugur in between Asyraf and Hannan pada tahun 1995 (Kalau tak, 8 orang semuanya). Anak/adik yang ditunggu-tunggu jugak sebenarnya Hannan, sebab lama dah ‘bercuti’. Time ni jugak, mak selalu datang menjenguk, nak bela katanya, sebab anak2 ana sebelum ni semuanya pregnant kat oversea… (kami tinggal di PD waktu tu, lebih kurang 6-7 km je dari rumah mak. Seronok rupanya bila dimanjakan time kita pregnant ye!?Macam2 yang mak masak bagi, buat kerja rumah, mak tak melarang sangat sebab mak kata elok untuk diri sendiri pun, senang bersalin nanti. Tapi bab makan lah paling best.

Malam tu, seperti biasa 3 minggu dari tarikh due, mak datang tidur di rumah (macam tau-tau je pulak), sebelum tidur dah mula rasa semacam, tapi diamkan dulu macam biasa, bagi suami tidur kejap, nanti takut dia letih. dalam pukul 2.30 pg, terpaksa kejutkan juga sebab rasa macam dah dekat dah. So kami pun bersiap2, then kejutkan mak, bagitau dia kami nak ke Seremban. Alhamdulillah mak ada, jadilah baby-sitter kejap. Kami pun ke Seremban, jalan sangat lengang, tak sampai 15 minit dah sampai hospital.

Seperti selalunya, procedure biasa register masuk wad etc, ana pun ditolak ke dalam labour room bersama dengan suami (Afif dan Hannan berdua saja yang lahir disaksikan abah mereka). Alhamdulillah, seperti biasa tanpa banyak complication Hannan dilahirkan tepat jam 3-50 pagi Jumaat 15 Mei 1998.

Kita ni kalau dok tengah sakit, tak duli dah anak apa yang lahir kan? Janji semua selamat dan jangka masanya cepat, syukur yang teramat sangat dah… sakit tau nak bersalinnnnn, its just how lucky you are with the whole process, samada cepat atau lambat, sakitnya, ana rasa sama je…memang sakit!!! Kalau tak masakan Allah menjanjikan pahala yang besar bagi ibu-ibu yang melahirkan…

So, selesai je episod tu, ana syukur dah, belum sempat tanya, suami yang berdiri di hujung kepala ana, tiba-tiba bersuara;

“perempuan!, perempuan!”,

dengan wajah yang terserlah happy sungguh dia dapat anak perempuan sorang lagi.

Suami pulang semula ke PD selepas tu, lalu datang kembali bersama mak dan anak-anak yang lain. Ana terharu dengan layanan mak, dia jugak turut happy sangat-sangat dengan anak perempuan ni. Mak bantu ana dalam semua hal, nurse yang ada di situ boleh berehat je. Ye lah, mak sendiri seorang nurse (dah pencen dah masa tu), dia langsung tak kekok dengan apa yang perlu dan tak perlu dibuat. dalam pukul 11.30 pagi, doktor datang round, terus katanya

“kalau nak balik, boleh balik dah ni…akak sihat, baby sihat, tak da
masalah kalau nak balik.”

So, apa lagi, kami pun baliklah beramai-ramai ke PD, everyone was so excited, especially kak ngah Aisyah. Masa Asyraf lahir dulu, orang lain seronok suka, dia sorang yang menangis, sambil merungut

“Kenapa mak asyik lahirkan adik boy je, kak ngah nak adik girl, boy
nakal, girl baik…”

kesian kak ngah!
Hannan terus membesar sebiji macam kak ngah dia, dalam banyak segi dia memang ikut kak ngah. Senang bela, tak selalu sakit, pandai bawa diri dan kalau bab baca buku dan studies, memang macam kak ngah jugak. Kak ngah pakai spectacles masa darjah 2, Hannan masa darjah 1, gara2 suka curi membaca dengan lampu bilik air, sebab dah sampai time ‘lights-off,tidur’. After all, mak abah dia pun pakai cermin mata waktu sekolah jugak… mana tak anak-anak pun gitu kan??? Ana sebab tak cukup zat dulu kot, sebab orang susah, suami memang ulat buku…hehe

Begitulah, tiap kali anak baru lahir, ibu bapa berasa tersangat gembira. sesiapa yang dah pernah merasa saja yang faham, bagi yang belum, bersabar. InsyaAllah, masanya akan tiba nanti untuk anda merasai nikmat menjadi ibu dan ayah. Oleh itu, ‘sayangi mereka seperti anda di sayangi sewaktu kecil’, cinta dan kasih tanpa syarat dari ibu bapa adalah sesuatu yang tiada tandingannya… walaupun ketika anda sudah bergelar suami atau isteri pada pasangan masing-masing, cinta dan kasih ibu bapa tetap tak bersyarat…

khusyuknya...

1 Comment

One thought on “6.Nur Hanan-Si Kakak Kecik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s