Hanan dah masuk AsRaMa!

Nur Hanan, nama anak keenam ana, yg kini sudah berusia 12 tahun, 7 bln lebih….

is no longer staying and schooling kat rumah dah. 2010 ambil peperiksaan UPSR, alhamdulillah 5A dlm genggaman. Makanya bersambunglah jihad belajarnya di sekolah asrama pulak.

‘Mak, kalau Hanan tak dok asrama, boleh tak?’ pernah ditanya pada ana satu masa dulu dalam kesibukan kami mencari sekolah-sekolah yg bakal dipohon.

“Kalau nak gi sekolah Panglima Perang, okay la. Dekat je, alang2 dekat, biar dekat betul…” jawab ana bersahaja. Sebab ana tau dia nak sekolah agama, tapi sekolah panglima tu, walau pun ada B.Arab Komunikasi, banyak hal2 lain yg tak berapa sesuai di hati dia….

Akhirnya, kami pohon tiga buah sekolah agama je, utk dia sambung tingkatan satunya. Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu, Sek Men Agama Al Maarif, Kuantan dan Sek Men Agama Imtiaz, Kemaman. Temuduga dipanggil utk ketiga-tiga sekolah, tapi Kota Bharu jauh sangat, siang2 lagi tak dapat hadir temuduga. Imtiaz pulak, saingan terlalu hebat buat anak2 perempuan, ditambah dgn quota yg tersangat sedikit buat anak2 luar Trengganu, Hanan gagal utk mendapatkan tempat di situ. Mujurlah Al Maarif sudi menerima…Alhamdulillah.

‘Hanan doa dapat sekolah mana?’ pernah ana tanyakan pada dia satu hari dulu.

“Hanan minta sekolah yg terbaik utk Hanan. Allah lebih tau.” jawab Hanan, macam org tua bunyinya.

Kak Hanan, dengan anak sedara yg disayangi...Oppa

So, 2 Januari 2011, kami pun manghantar Hanan ke sekolah barunya. debar tak debar Hanan, tok sah cerita lah. Bermula je cuti sekolah, selalunya itulah topik bualan dia dgn kami dan kawan2. Nak dok asrama nanti, cemana ye? Maklumlah, Hanan ni manja orangnya. Nampak je bersahaja, garang dgn adik, tapi deep inside, very soft….

Ana faham, dalam debar, dia seronok. Dalam seronok tu, dia berdebar juga…banyak yg dia tanyakan ana, mengenai pengalaman ana sendiri duduk asrama sejak ting 1.

“Hehe, sian mak. Dulu mak balik rumah cuma tiga kali cuti, plus sekali raya je setahun. Tapi Hanan, tiap dua minggu, balik rumah, berapa kali dah tu?” pernah dia bercongak-congak dengan adiknya depan ana. Mencari semangat tu, ana tau….

Beg besar dibeli baru, dengan segala kelengkapan asrama yg perlu dibawa, semuanya kami sediakan awal…supaya preparation diri dan mentalnya juga, awal. Alhamdulillah…hari Ahad 2 hb Jan tu, selesai urusan pendaftaran dan pembelian, kami pun bersalaman, berpelukan memberi kata2 semangat, Hanan berjaya mengawal emosi sedihnya kala itu. Dia senyum, ketawa, tak menangis pun…macam ana dulu jugak kot. Depan mak abah waktu tu, ana control bukan main, hilang je dari pandangan, ana toleh nak balik dorm, menangis semahunya….dan ana rasa Hanan juga begitu!

Satu perkara yg ana tabik kat Hanan. Schemanya dgn peraturan sekolah, subhanallah. Kalah kakngah dia, kot. Aishah, my second child, memang terkenal dgn ke-schema-annya dari awal tadika di Jepun, sampai la sekarang ni di UIAM Kuantan. Dan nampak gaya, Hanan is going towards the same lane. Sangat berbeza dgn anak2 lelaki.

Set cadar dan selimut sekolah, tak sampai lagi. Khamis baru akan diagihkan kepada pelajar2 baru. Ah, sudah. Takkan Hanan nak tidur tanpa cadar kot? Tanpa selimut? sudahlah musim hujan ni, sure sejuk. Jadi ana dan suami buat keputusan nak keluar ke kedai, belikan satu set sementara utk Hanan pakai. Jam waktu tu baru pukul 10.45 pagi. Proses pendaftaran bagi pelajar2 baru yang baru sampai sekolah, masih berjalan. Kami pun ajak lah Hanan utk keluar sama, beli apa yg patut. Tau Hanan jawab apa?

“Emmm, boleh ke Hanan keluar mak?”

‘Boleh je ni, belum mula apa2 lagi, kita keluar kejap je, budak2 lain pun duk tengah daftar lagi tu…’, jawab ana selamba. Dalam hati ni, memang pasti sangat Hanan akan ikut kami keluar. Rupa-rupanya,

“Takpe la mak, Hanan tunggu kat sekolah je la. Nanti mak abah datang hantar k.?”

MasyaAllah, anakku schema sungguh2 rupanya…! Maka, kami pun tinggalkan dia di bilik. Itulah Hanan yg schema dgn apa jua peraturan. Dah la muka mcm kakngah, schemanya pun mcm kakngah jugak. Petang berlalu, tanpa panggilan dari Hanan. Hati kecil ana berkata, alhamdulillah…dia busy, so, insyaAllah dia okay la tu. Walaupun hati ibu, memang teringat selalu…terbayang2 kelibat dia kat rumah, terngiang2 suara celoteh dia kat telinga ana. Tapi buat2 tak kisah je, takut2 kalau ana sendiri ’emo’ kat sini, dia lagi ‘kacau’ kat sana. Tup tup malam tu dia call…just to say hi, and bagi salam sebelum nak tidur…Ye lah, kalau kat rumah, tiap kali sebelum tidur, anak2 akan masuk bilik, salam, cium dan minta maaf. Sure dia miss benda tu..Seronok dengar suara dia, and she sounded fine. Very fine, tiada getar tangis langsung. Alhamdulillah….

Esoknya, dalam hati ibu ni, terus tertanya2 lagi. Okay ke Hanan ni? Okay la tu kot,insyaAllah. Doa demi doa terus dipanjatkan agar Hanan kuat semangat dan tenang hatinya di sana. Kita yang mak ni, sekejap sekejap pedih mata, hidung sok sek, tok sah ceritalah. Yang syahdunya, abang2 dan kakak Hanan semua tertanya2 welfare adik mereka yg sorang ni jugak. Ammar, yg paling banyak spent time dgn kak Hanannya, jelas sekali missing kak hanan, walaupun dia pandai cover up. Syabas Amm!

Ammar-di cameron baru2 ni

Tiba-tiba, petang nya sekitar jam 5.00 pm, Hanan called again,

“Abah tak datang ke petang ni?”

‘Hah! Abah kena datang ke? Ada apa2 ke kat sekolah petang ni?’ jawab si abah terkejut.

“Mak, kalau Hanan tak duduk asrama, boleh tak?”, akhirnya Hanan bersuara. Tak sempat nak cakap panjang lagi, cuma

‘Boleh ke melawat time ni? Ada parents pergi ke?’ ana bertanya,

“Takpe la mak, duit dah habis ni. Nanti la ye. Assalamualaikum mak, I love You!” itu aje yg sempat Hanan kabo ke ana petang tu…maka terpinga2lah kami berdua. Macamana ye? Should we go? Dah petang ni, boleh ke masuk pada bukan waktu melawat? Akhirnya, kami mengambil keputusan utk membiarkan saja, mudah2an itu akan menguatkan Hanan. Sure enough, malam tu sebelum tidur, dia called lagi.

“Boleh je datang melawat petang, before 6pm” kata Hanan.

Maka ana dan Ammar pun pergilah petang semalam, bawakan apa yg patut utk Hanan, jengok dia macamana kat sana. Ammar pun excited jugak nak jumpa kakaknya. Mula sampai, sembang2 biasa, Hanan maintain control lagi, senyum2, gelak2…tak lama kemudian, baru runtuh tembok pertahanannya. Mak nya pun, apa lagi…meleleh bersama le..

“Hanan tak happy ke kat sini? Kakak2 senior garang eh? Orang buli Hanan ke? Hanan tak de kawan?” bertubi2lah soalan ana pada dia…

‘Sini okay je, kakak2 baik sangat, kawan pun ada je. Cuma Hanan tak boleh ingat korang, mesti nak nangis…Hanan rindu mak, abah, Ammar!’ Huhu, Hanan nangis lagi, kami berpelukan sambil nangis dalam kereta. Kelakar je.Sama naik mak dgn anak! Budak2 lelaki yg lalu lalang, senyum je dgn drama free kami.

Conclusion Hanan: Sekolah okay, kelas crowded sikit, dorm pun okay. Makan pun sedap la jugak…Tidur malam takde masalah. Alhamdulillah. Kawan2 ade je, kakak senior, baik2. Boys pun no problem….cuma ada benda yg dia culture shock sikit. Tugasan dlm kelas, campur lelaki perempuan. Waktu solat, tak macam di irsyad. Cikgu okay, tapi ada gak yg tak syadid mcm kat Irsyad. Banyak benda yg dia compare dgn Irsyad…..tak sama katanya. Belum boleh terima dan adjust lagi. Slowly, insyaAllah.

Hanan kat strawberry Big Farm-Cameron

My conclusion: She needs time, so lets give her time. I truly think that she’ll be okay. Sambil tu, banyakkan doa utk dia. Semoga Allah tenangkan hati dia, kuatkan semngatnya dan permudahkan segala urusannya menempuh hidup baru sebagai seorang pelajar sekolah menengah asrama. Hectic, memang hectic kot. Nak cover KBSM, Dinniyah subjects, all in Arabic plus hafazan lagi. I know it wont be easy, but she can do it, insyaAllah. I know she can!

Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s