Archives

~ Lessons Learnt di Mina (1) ~

Permandangan khemah2 di Mina

Berada di Mina bersama-sama dengan suluruh umat manusia yg mengerjakan haji tahun itu, sudah dimaklumi keadaannya oleh semua yg sudah mengerjakan haji sebelum ini, maupun mereka yg telah mendengar/membaca berita tentang keadaannya di sana. Kesesakan manusia dalam khemah-khemah, tidur yg bersesak mengundang ketidakselesaan, beratur menunggu giliran ke tandas, makan yang bukan punya banyak pilihan lain lagi, malah seribu satu ujian harus ditempuhi sebagai saringan menguji keimanan masing2.

Suasana padat dalam khemah di Mina

Namun, mengikut Us Halim, bukan itu yg patut diketengahkan dalam megisahkan pengalaman di Mina. Terlalu banyak pengajaran yg perlu diteliti, dikaji, diambil iktibar dan dihayati sebagai bekalan hidup kita seharian. InsyaAllah, itulah yg akan ana cuba coretkan di sini.

Continue reading

Antara Dua Kelebihan

manusia memenuhi dataran luar masjid

Suasana sekitar bandar Mekah saat hampir-hampir waktu wukuf, memang sarat dengan manusia. Bayangkan, jutaan manusia datang berkumpul di satu tempat pada masa yg sama untuk tujuan yg sama. Subhanallah… Tiap hari kita berdepan dengan kesesakan manusia di mana2. Sepanjang jalan nak ke masjid, memang melimpah dgn manusia. Dalam kedai2 makan dan restoran, memang penuh sesak tak terbayang. Syukurlah, pakej menyediakan makanan di hotel masing2. Kalau jadi macam jemaah Indonesia, contohnya, sudahlah datang dengan belanja yg jauh lebih mahal dari kita, hotel pulak memang jauh sungguh dari hotel2 jemaah Malaysia, makanan juga tak disediakan. Maka terpaksalah mereka berkongsi membeli makanan di restoran2 yg ada, walaupun harganya sengaja dinaikkan pada musim haji. Sangatlah mahal… sebab tu mereka berkongsi.

para jemaah memenuhi bhg dalam masjidil haram

Bila tiba malam hari, seusai solat isya, atau sewaktu dini hari, ketika mula bergerak ke masjid untuk solat subuh, perjalanan kami pasti akan melalui deretan2 manusia yg sedang berehat samada sambil sembang dan makan, atau sudah siap terlelap dengan mimpi masing2. Rupa2nya, ramai saje manusia yg datang tanpa ada tersedia tempat untuk mereka berteduh. Maka dalam terik panas mentari di waktu siang, mereka berlindung di bawah bayang2 bangunan sekeliling masjid. Bila malam mula melabuhkan tirainya sambil suhu mula jatuh membawa rasa dingin pada tubuh, diserbu pulak angin sejuk yg menggigit tulang, kebanyakan mereka akan mengerekot di atas hamparan tikar atau kotak2 yang dileperkan, dengan sehelai kain selimut yg litup menutupi hujung kepala ke hujung kaki mereka. Ya Allah…. bersungguh2nya mereka mengharungi susah dan payah demi menunaikan Rukun Islam yang kelima. Mujahadah mereka menghadapi semua itu, pastinya tidak sia-sia di sisi Mu.
Continue reading

Kembara – 2

So, what happened next?

How do I feel, missing my purse at the very first day of my ‘journey’ which I longed so much?

Like I already said, kalau kata I didn’t feel anything, memang ana tipu… Macam2 yg menerjah hati dan fikiran ana pertama kali menyedari kehilangan itu. Ana rasa malu nak heboh ke orang lain, terasa malu kerana Allah ‘menghukum’ ana di hari pertama ana menjadi tetamuNya, seolah2 Allah tak terima kedatangan ana. Ana terlalai untuk mencari keadilan Allah (dipukulan pertama) atas hukumanNya pada diri ana.

Cuba mententeramkan hati dengan solat2 sunat sebelum menjelang azan subuh, ana akui, ana masih gagal untuk benar2 merasa tenang. Yang kerap bermain di kepala ana;

“Why me? Why here? and why now? Banyak sangat ke dosa ana selama ni, buruk sangat ke perangai ana sampai jadi macam ni? Duit tu duit haram ke? Padahal, semua duit tu dari saudara2 dan rakan2 kenalan ana je pun. Besides, I have tried so hard to improve myself, to become a better person, kenapa Allah masih nak ‘hukum’ ana macam ni?”

Continue reading

Kembara ke Tanah Suci – 1

Maaf dihulur bagi yg setia.

Lama tak ter update blog ni sebab ana ‘bercuti’, memenuhi jemputan Rabb yg Maha Agong lg Suci.

inilah dia keadaan di kaabah, sentiasa penuh dengan manusia...Subhanallah.

Tanggal 14 Nov 2009…. amat bersejarah bagi diri ini apabila cita2 selama ini hampir2 menjadi kenyataan (Perasaan ana saat itu, ‘Ya Allah, benarkah aku dalam perjalanan menuju Tanah Haram Mu’ ?). Memang telah lama berhajat untuk menjadi tetamuNya sebagai salah seorang jemaah haji, bukan setakat umrah… namun, bila ‘kad jemputan’ dariNya belum diterima, berbagai halangan yg datang. Tahun sebelumnya ,2008, adik kandung ana bersama suami dihulurkan jemputan oleh Allah untuk menjadi tetamuNya. Adakah ana iri hati? Alhamdulillah, Allah masih menjaga hati ana untuk turut merasa gembira untuk mereka. Seingat ana, macam2 nasihat cuba ana pesankan pada mereka, hatta artikel dari majalah juga ana recommendkan buat bekalan mereka di sana. I was so happy for them.
Continue reading

Merindui Syahid.

Dua tiga hari lepas, suami pulang dengan berita sedih… rakan seIslam kami dari Libya, waktu sama2 belajar di Oregon States Univ, USA dulu, telah kemalangan jalanraya di Corvallis, Oregon sehingga meragut nyawa. AllahuAkbar! Suatu ketika dulu, pernah ana cerita bagaimana ana mengalami dan menyaksikan kemalangan beberapa kali dalam satu jangka masa singkat. Kini, sekali lagi seolah2 perkara yg sama berulang. Setelah Vios kami masuk workshop sekarang, baru dua tiga hari lepas, kami menyaksikan bagaimana sebuah kancil terbalik dengan keempat2 rodanya ke atas di Jln Bypass berdekatan jambatan, menghala ke Bkt Rangin. Keadaan penumpang, wallahu’alam, jalan jammed ketika itu. Kini, berita sedih yg kami terima juga bersangkutan dengan kemalangan jalan raya….

pic013xt

Continue reading

Budaya Hidup di Jepun

1) “Teacher…, banyaknya homework yang teacher bagi!”. Ana senyum je pada anak2 didik ni, sebab faham sangat, lagi dilayan, lagi menjadi. Waktu tu baru saja selesai masa pertama kelas Mathematics Form one yang ana ajar. Biar mereka protes semahu mereka, nanti bila dah reda, giliran ana pulak bersuara.

2) “Teacher…, susahlah belajar English, ana tak pandai teacher….”, bersuara beberapa orang anak dari kelas English ana baru2 ni, tak kiralah, form one ke, form four ke, hatta yang dah form five pun, masih mengeluh yang sama. Sekali lagi, ana suka beri senyum ‘sumbing’ ana pada mereka, sebelum memulakan leteran ana dalam memberi pesan pada mereka.

buku2

Continue reading

~ Nostalgia USA (4) ~

19 of us, 8 girls and 11 guys ( another guy pindah lebih awal ke bandar St Louis ) berpindah dari Boulder ke Pueblo, sebuah bandar kecil di selatan Colorado. The guys mula berjinak dengan tabligh di Pueblo, manakala kami juga secara tak langsungnya terlibat dengan para isteri2 ahli jemaah tablighnya juga. A very nice experiences, and I believed I had shared some stories dalam postings ana terdahulu. Banyak sekali pengalaman2 dalam bergaul dengan jemaah tabligh ini yang mengajar kami erti Islam yang sebenar, yang selama ini kami take for granted dari Malaysia. (Take for granted that whatever yang kita dapat dari nenek moyang kita itulah Islam, tanpa mengkaji lebih baik lagi, walhal Islam itu jauh lebih luas dan jauh lebih indah dari yang difahami sebelum ini…subhanallah).

1_223140975l

Continue reading