Archives

MemBangun Remaja BerAgenda

Setelah sekian lama menyepi….izinkan saya memaparkan isi pidato yang anakanda Hanan ku dalam pertandingan Pidato Daie Muda beliau pada Disember 2012 lalu.

Pertama kali penyertaan Hanan dalam pidato, resah gabrah semua ada hingga kesaat-saat terakhir beliau untuk naik ke pentas,airmata apatah lagi kerana bimbang memalukan diri sendiri. Hanan tidak menang apa-apa kejuaraan kali ini,tetapi beliau menang keyakinan diri, Alhamdulillah.

DSC_0165

Berikut adalah isi pidatonya:

Oh jiwa-jiwa yang keresahan,
Adakah engkau sedar di mana berpijaknya kakimu,
Mengertikah engkau nilai sejengkal bumi ALLAH ini,
Sesak, songsang, resah, kelam menangis sang bumi
Melihat sang khalifah arah tuju tiada

Oh jiwa-jiwa yang gelisah,
Sedarlah ! engkau adalah generasi al-Fateh,
Engkau penyambung warisan Salehuddin,
Darah mengalir sama pekat, aqidah sama digenggam erat,
Bangunlah wahai jiwa, memangkin arus perubahan.

BismillahirahmanirRahim.

Rakan-rakan, muslimin muslimat yang dikasihi Allah,

Sedarkah kita bahawa kita ini sedang dalam masa kegelapan?
Sedarkah kita bahawa Islam yang satu ketika dahulu; di zaman Umayyah, abbasiyyah, Uthmaniyyah, Mamluk pernah menjadi pentas kegemilangan persada dunia, kini karam dilambung ombak kehancuran?
Sedarkah kita bahawa Islam yang satu masa dulu digeruni sejarah dengan nama Muhammad al-Fateh, Salehuddin al-Ayyubi, Tariq bin Ziyad, kini mengerdil, mendiam seribu bahasa seakan tiada siapa yang peduli?

Inilah realiti dunia Islam wahai saudara-saudaraku. Saban hari kita dipijak, ditindas, dijatuhkan, ditempelak, diperlekehkan; seolahnya kitalah umat yang paling mundur, paling hina, paling tidak bertamadun.

Continue reading

Advertisements

Hari itu, HIMPUN….(I)

Hari itu, tanggal 22 Oktober 2011. Ada jemputan kahwin anak teman sepengajian di US dulu. Maka kami merancang utk bertolak awal pagi Sabtu berkenaan, meninggalkan anak yang dalam pantang bersama menantu dan cucu, singgah sebentar di rumah anak menantu pertama, sebelum meraikan raja sehari di Taman Melawati, dan melanjutkan  plan sehari itu utk sama2 berhimpun di Shah Alam.

Semua kami sangat teruja, semua….walaupun anak kedua kami, suaminya dan bayi kecil berusia 9 hari terpaksa kami tinggalkan di Kuantan…baru sgt lagi utk ikut berjalan jauh.

Rufaydah bt Mohd Afiq

Sempat mengajak beberapa teman yg kami jumpa di kenduri tersebut utk sama2 ke HIMPUN ptg tu.

“Himpun tu apa kak meen?”

“La, kamu tak tengok TV, suratkhabar dan internet, facebook ke? Bukan kecoh ke promosi himpun kat media?”

Rupanya, ramai je yang dhaif tentang program ni, lalu ana mengambil sedikit masa menjelaskan kenapa dan utk apa himpun dilaksanakan.

“Harapan penganjur, semua umat Islam, despite fahaman politik masing2, despite beza gerak kerja NGO Islam etc, semuanya bergabung dan bersatu membuktikan kesatuan ummah demi aqidah. Maknanya, kita boleh bersatu demi aqidah, mudah2an musuh akan terkesan dgn kesatuan tersebut, kerana soal aqidah adalah soal pokok yg sgt penting yg wajib disepakati bersama oleh seluruh umat Islam.”

“Tapi, kenapa nak buat kat stadium? Nak di apakan kat sana kak meen?”

Junior ana terus musykil, dan ana mengambil peluang bercerita lagi, dalam masa yg sgt terhad ketika itu.

“Kita berkumpul di stadium supaya tak ganggu jalanan. Media akan ikut serta, liputan akan dibuat, bukan saja oleh media arus perdana, tapi setiap NGO dan badan yg terlibat, pasti akan buat laporan masing2, supaya mesej himpun sampai kepada semua di luar nanti.”

“Apa yang ada?”
Continue reading

Pentingnya komunikasi antara suami isteri

Dalam menjalani kehidupan berumahtangga, samada rumahtangga orang biasa, atau orang luar biasa, orang dakwah atau orang bukan dakwah, orang kecil atau orang besar, sama sahaja, ujian pasti ada, dugaan pasti datang, untuk menjadi sebab kita memperoleh pahala atau dosa. Itulah lumrah kehidupan di dunia, dunia sebagai tempat beramal, sedang akhirat sebagi tempat balasan. Maka bagi yang sudah menunaikan separuh dari agamanya, rumahtangga adalah merupakan antara medan pertarungannya untuk mendapatkan bekalan ke akhirat sana.

Saban hari, ada sahaja berita gembira, sahabat handai, rakan taulan mau pun saudara mara kita yang mendirikan masjid sebagai melengkapi sebahagian dari agama, namun di sisi lainnya, kita dapati ada sahaja kisah kegoncangan rumahtangga yang membawa kepada berlakunya perceraian, sehinggakan suatu ketika dulu, kita dikejutkan dengan statistik dari JAKIM, bahwa di Malaysia sahaja, kadar perceraian sangat membimbangkan. Berlaku perceraian setiap 15 minit?

Continue reading

Rindu Suasana Haj

Dengar aje lagu

Bulan haji….telah tiba lagi
menunaikan ibadah
panggilan Baitullah
Tanah Suci Mekah….

MasyaAllah, masyaAllah
kalaulah boleh lagi ke sana tahun ni. Subhanallah! Rindunya!!!

Kali ni, anakku yang akan tamat pengajiannya di Jordan Febuary tahun depan akan menunaikan hajinya. Malah, saat aku menulis coretan ini, dia dalam perjalanan menaiki bas dari Irbid, Jordan bersama 20 orang pelajar Melayu, dan 20 orang pelajar Arab sedang dalam perjalanan yang dijangka akan mengambil masa 25 jam ke Mekah.

Semoga Allah melindungi kalian dan mempermudahkan urusan kalian mengerjakan rukun Islam ke5 ini. Mudah2an kalian pulang nanti dengan membawa Haji yang Mabrur, Ameen.

Ya Allah, jelas sekali terbayang suasana di Mekah saat ini. Orang yang semakin ramai datang dari seluruh pelusuk dunia. Hotel-hotel yg saban hari dipenuhi dengan beg-beg besar berlambakan di lobby, suasana yang penuh dengan hiruk pikuk, tapi masih tidak menyakitkan hati dan mata kita yang melihat. Semuanya kerana saling memahami akan suasana tersebut. Dan masing2 tahu, bahawa itu semua adalah ujian dan dugaan dalam proses memperoleh redha Allah di Tanah Suci.

Rindu, rindu dan rindu amat akan suasana itu….suasana di mana kita merasa terlalu kerdil ditengah ribuan manusia yg datang semata2 utk mengabdikan diri pada Allah swt. Dalam hati terasa,

“Siapa sangatlah aku di tengah mereka2 ini yang mungkin saja jauh, terlalu jauh lebih baik dari aku…?”

Persediaan mereka, niat mereka, mujahadah mereka, malah segalanya, tidak mustahil jauh lebih baik, lebih bersedia, lebih ikhlas, lebih murni dari aku…maka di mana aku, di celah-celah mereka, ya Allah….

Bak kata sahabat baik ku, di Mekah dan di Madinahlah, airmata akan mengalir laju dengan sendirinya. Hati mudah terasa hina dan kerdil. Terbayang semula tingkah laku dan perlakuan kita sebelum ini di tanah air. Terasa hampir sangat kita dengan Allah, terlalu hampir.

Ya Allah…rindunya saat-saat itu! Saat-saat bersiap sedia untuk ke Arafah….

Tahun lepas, hujan turun dengan agak lebat pada hari kami akan berangkat ke Arafah. Hujan rahmat dari Allah buat hamba2Nya. Melihat air hujan ‘membersihkan’ jalan dari tingkap hotel, suasana di dataran kaabah yang digenangi air…masyaAllah, satu pengalaman yg tak terungkap.

Sampai di Arafah, cahaya matahari dah hilang. Lampu hanya dipasang dikawasan toilets. selainnya, berbekal dengan lampu picit masing2. Subhanallah, Allah uji dengan hujan rahmatnya, carpet yg di dalam khemah di Arafah, semuanya basah…nak tidur macamana ni? Allahuakbar!! Ujian yang kalau diceritakan pada orang, masing2 menjawab…

“Ya Allah, macamana tu? Seksanya rasa…,”

Kalau belum bersedia, memang terasa seksa. Tapi kalau kita anggap itu semua adalah peluang pahala dari Allah untuk kita, pasti kita merasa kemanisannya….Syukurlah, Tok Sheikh yang membawa kami, sentiasa mengingatkan setiap yg berlaku itu adalah sebenarnya peluang yg Allah bentangkan utk kita kutip pahala2nya kalau kita berjaya….Alhamdulillah, berbekalkan itu, semuanya terasa ‘indah’.

Pokok bicara hamba kali ini, cukuplah sekadar mahu ‘menjerit’ dari hati yang rindukan suasana mengerjakan haji tahun lalu. RINDU nya, RINDU nya, RINDU nya…….

Untungnya Ustaz Halim, dapat pergi setiap tahun.

(Akan bersambung lagi, insyaAllah)

Rindukan Kaabah.

Allahu Akbar!

Sekejapnya masa berlalu. Masih segar ingatan terhadap pengalaman2 sewaktu menunaikan haji bersama suami tahun lepas, kini yg selalu kedengaran diradio IKIM terutamanya, selain berkaitan Ramadhan, adalah persiapan2 bagi bakal2 jemaah haji tahun ini pula. Kalau ikutkan rasa hati, ‘Jom pergi sekali lagi’!

Continue reading

Kuala Besut-Part II

Selesai majlis di Kuala Besut, perut kenyang terisi dengan nasi berlaukkan masakan ala ‘Ganu’ yg sungguh lazat (personally, kami semua minat sungguh dengan singgang dagingnya, dan ana juga sangat tabik dengan kerabu bacang mereka, enak amat), kami meneruskan percutian menziarahi kawan lama sewaktu sama2 belajar di US dulu, Sheikh Ji.

Niat asal memang nak bermalam di Kota Bahru, tapi memandangkan anakanda yg kian hampir dengan hari peperiksaannya, kami tukar plan utk ziarah hingga ke Peringat saja, dan berpatah balik ke Kuala Trengganu utk bermalam. Sheikh Ji, nama penuh beliau Mohd Ramzy Abdullah, memang antara rakan karib suami ketika di US dulu. Malah perkenalan ana dengan suami juga bermula dari beliau, kerana menurut Ji, kami berdua sangat serasi. (Syukran Ji)


Continue reading

Kembara ke Kuala Besut

17 Jun 2010

Seusai tugas suami dengan income tax nya, kami memulakan perjalanan menuju ke Trengganu. Sebuah perdana dan sebuah vios bersama 8 orang ahli keluarga, kali ni termasuk Adam, melalui jalan dalam, Jabor dan Kuala Berang. Destinasi kami kali ini adalah Kuala Besut. Ada sedikit urusan keluarga, menjadi orang tengah untuk majlis meminang.

Ini first time kami ke sana, semua excited. Ditambah pulak dengan honeymoon treat buat anakanda berdua. Ralat jugak, dua lagi anakanda lelaki bersama menantu dan cucu tak dapat ikut serta sebab sibuk dengan exam dan hal keluarga. Kalau tidak, lengkaplah famili kami berjalan dan bercuti bersama, tentu lebih2 lagi seronoknya.

Aufa Najmi...semakin nakal

Berhenti di Kuala Trengganu untuk makan tengahari, berselera sungguh masing2. Lapar lah katakan. Nak ambil gambar pun tak sempat. Dengan bantuan GARMIN, kami meneruskan perjalanan ke Demong Beach Resort di Kuala Besut. Sesampai di bilik hotel, kami berehat sebentar sebelum anak2 keluar bermain pasir di tepi pantai.
Continue reading