Disiplin dan Kehidupan II

Selepas tetamu berangkat pulang pagi tadi, ana dalam keadaan tergesa-gesa nak menjemur kain yang dibasuh,lalu suami bersuara..
“Tak pe, banyak masa lagi. Nanti kita jugak yang sampai dulu pada orang..” suami cuba menenangkan ana, sebab dia arif sangat, kalau ana kelam kabut, silap2 ana diserang migrain. Begitulah fragilenya kepala ni, silap sikit, kena telan cafergot.

Apa yang cuba ana bawakan di sini adalah disiplin menjaga masa, sesuatu yang sangat2 payah pada pemerhatian ana untuk kita semua laksanakan sebaik mungkin sebagai seorang Islam, yang menjadikan masa itu adalah kehidupan… Slot program Pembina yang suami sampaikan sebentar tadi juga membawa ana kembali kepada zaman duduk di Kyoto Jepun satu ketika dulu. Banyak kenangan kami di sana, dan antara yang paling ketara dengan orang2 Jepun ni adalah dari segi menjaga masa.

Subhanallah, kalau kita buat temu janji dengan orang Jepun, macam ni cara kira mereka….

” dari rumah saya ke stesen keretapi,7 minit jln kaki, dari Stesen Shugakuin ke Stesen Yamashina 27 minit, dari Yamashina ke rumah kamu lagi 8 minit, so saya akan sampai dalam 43 minit lagi!!.”

1 minit dikira nak pakai kasut dan keluar rumah agaknya. Kalau kita macamana pulak cara kira kita? 10+30+10=50 minit, tapi kita yang berjanji,
“sampai dalam 1 jam lagi…”,
betul tak? Begitulah mereka dan beginilah kita…makanya majulah mereka jauh lebih awal dari kita, sebab kita sengaja memilih untuk berlengah-lengah. Ini kisah benar, rata2 berjanji dengan orang Jepun, memang sedetail itu kiraan mereka, tapi kalau janji dengan orang Arab yang tinggal di Jepun, tetap tidak begitu, melainkan Arab tu dah duduk lama di Jepun dan terbiasa dengan budaya Jepun.

Ana punya seorang kawan dari Syria, Ukhti Usaimah yang dah 10 tahun lebih berhijrah ke Kobe, dan dia kami jemput untuk beri ‘dars’=kuliah pada sisters Islam di Kyoto sebagai pengisian kami tiap minggu. Ukhti Usaimah sangat menjaga masa, budayanya sama seperti budaya Jepun, mengambil kira waktu perjalanannya secara detail, demi memastikan masa tak terbuang katanya. Dan beliau selalu menyatakan kekecewaannya pada ana kerana terpaksa memendekkan kuliah gara2 sisters lain datang lewat. Dia tetap tidak mahu berganjak dengan jadualnya kerana katanya …

“I want to educate others to be punctual, besides I dont want my jemaah in Kobe to feel betrayed by me, because after this kuliah, I will continue with them in Kobe mosque.”

Ana benar2 terkesan dengan cara Ukhti usaimah menjaga masanya.

Menghukum orang yang menepati waktu adalah sangat tidak adil, seperti yang pernah ana tuliskan dalam ‘Masa oh Masa’ ana di awal blog ini dulu. To me, yes, it is a kind of betrayal… and it is not right to do at all. Menjaga masa adalah merupakan disiplin diri yang perlu kita titik beratkan dalam menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim. Masa adalah kehidupan, saat terhentinya masa, saat itulah kehidupan turut terhenti. Therefore, masa sangat berharga. Kalau kita gagal menghargai masa, sekurang2nya have pity pada mereka yang berdisiplin menjaganya.

Talking about disiplin dalam tulisan ana ‘Disiplin dalam Kehidupan’ awal2 dulu, mengingatkan ana pada kisah si anak bertuah ana. Kalau di rumah, semua anak2 dilatih dan dikerah itu dan ini, misalnya

1. Pam tandas bila selesai
2. Sidai semula tuala mandi lepas guna, jangan sangkut, nanti
bertahi lalat.
3. Baju kotor masuk dalam bakulnya
4. Ubat gigi jangan lupa tutup semula lepas guna

dan banyak lagi pesanan2 mudah dan remeh yang saban hari terpaksa ana ingatkan mereka. Kadang2 ana akui, bukan mengingatkan lagi, nak bertempik pun ada. Lucunya,

Satu hari guru Bahasa Melayu Asyraf panggil ana,
“nah kak meen, cuba baca karangan Asyraf ni.”
Tajuk karangan ‘Menjaga kebersihan diri’. Gelak besar kami berdua, bila ternyata huraian cara2 menjaga kebersihannya itu, memang perkara2 yang dah ana leterkan tiap hari. point-point yang ana sebut di atas, adalah antara cara2 yang disaran beliau…Rupanya, bukan tak masuk dalam kepala apa yang di’bisingkan’ ibu bapa, cuma belum kuat disiplin diri untuk mempraktikkannya. Bila dah besar ni, ada sedikit perubahan, tapi belum begitu memuaskan. Mungkin setelah duduk di rumah sendiri nanti, baru terasa keperluan pada menjaga kebersihan sendiri seperti cerita ana dulu.

Alahai, susah benar ke kita ni nak berdisiplin dengan kerja2 seharian? Ana kira jawapannya memang ‘ya’, sebab tu Islam memandang istiqamah itu sebagai sesuatu yang bernilai, sebab nak beristiqamah perlu pada disiplin diri yang mantap. Kalau tidak, hari ni buat, esok dah culas, hari ni kerja jalan, esok dah bermalas-malas. Macamana kerja-kerja Islami dan dakwah kita nak berjaya, semuanya salah kita juga, memandang ringan pada perkara2 yang Islam pandang berat.

Ana seru diri ana di sini, dan para pembaca semua, kita belum lagi melepasi bulan pertama tahun baru 2009 ni, dan ana rasa belum dikira terlewat untuk kita berazam menjaga masa dan mendisiplinkan diri. Jadikan dua perkara ini antara matlamat kita dalam memperbaiki gerak kerja kita, tak kira samada kerja2 di rumah, di pejabat, di kampus, di sekolah atau di mana sahaja. Tiap yang baik, walaupun ada pada orang kafir, harus kita ambil semula, kerana semuanya adalah ajaran Islam belaka.

Sekali lagi ini membawa ana kepada ‘talk’ suami pagi tadi untuk Pembina. Suami ada menyebut, semua tips yang terkandung dalam buku2 kepimpinan yang pernah dibaca, semuanya ada dalam Islam belaka. Sayangnya sangat kurang orang Islam yang mahu duduk dan menganalisa secara detail, satu-satu anjuran akhlak dalam Islam yang perlu diaplikasikan dalam kehidupan. Kupasan sesuatu akhlak itu hanya dihurai dalam konteks itu sahaja, tapi tidak dikembangdan dikaitkan dalam konteks kehidupan seharian.

Satu lagi contoh yang serupa, bila ana membaca buku ‘Men are from Mars Women are from Venus’. kupasan yang di buat dan contoh2 seharian yang diberi sangat releven dalam kehidupan kita seharian, namun bila diteliti dengan halus, semua itu sudah termaktub dalam ajaran Islam. Cuma tiada scholars dari kalangan orang Islam yang mahu mengaitkankan perbezaan lelaki dan wanita dengan contoh kehidupan seharian… Adakah kerana kita asyik dengan buku2 novel yang ringan2, mana yang berat2 sikit ni, kita malas nak baca. Malas nak memberatkan kepala.Sebab tu, antara cerita ‘Bilut’, kisah jerih payah orang Felda dulu, dengan cerita ‘Nana tanjung’, yang kedua mencapai box office!! Padahal, entah apa mesej yang kita dapat daripadanya… Sesungguhnya, mentaliti orang Melayu Islam telah lumat lenyek dijajah sehingga susah untuk kita bangkit dan berubah.

Namun, kita tak boleh sebegitu selamanya. Time to change has come, and we must do something. Ayuh semua, kita berubah… Apa kata bermula dengan banyakkan membaca!! Bukan sekadar buku2 kuliah atau sekolah, bukan sekadar majalah2 hiburan yang santai2, tapi buku2 ilmiah yang lainnya yang banyak berkait rapat dengan kehidupan seharian. Lepas tu, kita usaha untuk menjadi orang yang hebat, how? Stephen covey dah tulis satu buku tentangnya, dan kita pulak dah bertahun-tahun berusaha melaksanakannya… iaini, ‘Share with others’, DAKWAH lah dalam istilah kita….

Wallahu ‘alam.

Leave a comment