2.Aisyah-My first Girl

lastscan
Aisyah dilahirkan di Hospital Daerah Port dickson, Negeri sembilan pada jam 2.45 tgh Isnin 20 Okt 1986. Beratnya ketika itu hanya sedikit kurang dari 3000 grams, tapi tak sampai sebulan kemudian, beratnya sudah melebihi 4.2 kg!!! sebabnya? dia paling kuat menyusu, dan rezekinya memang banyak minum susu ibu… Dalam ramai-ramai adik beradik yang lain, ketika Aisyahlah, susu paling banyak… rezeki Aisyah, puas minum susu ibu!!!

Pagi tu seperti biasa ana di rumah mak, suami menyewa bilik di KL, maklumlah, balik dari US, ana dah bawa ‘perut’ lagi, jadi mak kata sementara tu tak payahlah pindah ke KL, duduk aje di PD ni sampai lepas pantang esok, baru ikut suami… mungkin mak merasa nak membela anaknya yang satu ni sewaktu mengandung… ya lah, sewaktu Afif dulu, we were on our own kat US. So, pagi tu as usual ana membantu mak mengemas rumah, kebetulan hari tu mak kerja shift ptg, (she’s a nurse)mak memasak di dapur ana duk sapu sampah di depan, Afif sedang leka main dgn Atok Adir, tiba2 rasa lenguh pinggang, sambil menyapu duk pegang pinggang, sampai ditegur dek seorang jiran mak…”hai Long, dah sakit nak bersalin ke?” ana senyum je, tak kata apa2.
Bila dah tengahari, masuk zohor ana nak solat,tapi pinggang rasa makin sakit, so ana solat duduk dgn Afif tergolek2 di tepi sejadah, sampai mak yang lalu tepi bilik waktu tu cepat2 panggil abah, katanya “tengok tu, macam tau2 je mak dia buat apa, si Afif elok je duk sebelah tu…”, yang mak tak perasan, ana yang tengah solat duduk!!! Lepas je solat, ana bagitahu mak rasanya anak ni dah nak keluar, Afif ana tinggalkan dgn jiran sebelah,Cik Maznah, (Atok Adir tak sihat,kena angin ahmar dah lebih 10 tahun ketika itu), ana telefon suami yang sedang kerja di KL. Waktu tu dia ada sepak takraw tournament di UTM KL, terpaksalah tarik diri… sampai sekarang dia selalu ungkit dgn Aisyah.

So ana ikut mak gi kerja kul 2pm, mak tinggalkan ana di wad bersalin, mak naik ke wad tempat dia bertugas untuk briefing, 45 min kemudian lahirlah seorang bayi perempuan yang comel…sangat cepat, sangat senang prosesnya…. jauh beza dgn anak sulung dulu. Mak pun sampai terkejut la, tak sempat nak meneman katanya, ingatkan ada masa lagi, apapun, syukur alhamdulillah…memang mudah melahirkan anak perempuan, fikir ana.

Senang melahirkan, tapi kena juga ‘kuning’nya sampai kena masuk wad.Ketika tu umurnya baru je dalam 10 hari, terjerit2 kena cucuk sebab nak ambil darah, sian dia… padahal kaki tangan lum ada isi pun lagi.Duduk di wad dalam 3-4 hari, kami dibenarkan pulang, alhamdulillah..episod selanjutnya memang mudah dgn Aisyah.Tak banyak kerenah, tak banyak ragam, sakit pun sangat lah jarang sekali. Sampailah sekarang, dia terus membesar tanpa sebarang masalah besar. syukur padaMu ya Allah. Mudah2an bila dah bersuami nanti pun, tak bermasalah okay…Ameen.

edited-imag22941

2 Comments

2 thoughts on “2.Aisyah-My first Girl

  1. yes k ngah yang cute and sweet.
    Satu yang ingat pasal k ngah masa kecik before gi Jepun
    rambut dia tak panjang-panjang…mcm tu jek…
    tapi sampai jepun wah rambutnya jadi lebat giler and sebijik mcm japanese …heee….

Leave a reply to meen Cancel reply