Rfc sehebat Kfc

Semalam 17 Mac, ana, suami, Asyraf, Hanan dan Ammar bertolak dari Gombak ke Port Dickson, menziarahi mak sebentar sebelum meneruskan perjalanan cuti kami ke utara tanah air, Kedah Darul Aman. Memandangkan cuti sekolah ni, suami kebetulan ada kerja di sana, dia mengajak sekali menemaninya…alhamdulillah sepanjang perjalanan, semuanya lancar dibantu oleh rahmat Allah jua.

Niat dihati, suami ingin sekali membawa kami makan malam di Rfc (Radix fried chicken) yang sangat famous di sini. Di Kuantan belum ada lagi cawangannya. Apa lagi, Ammar lah yang paling happy. Sampai di Bandar Darul Aman sekitar jam 5 ptg dengan hujan yang teramatlah lebat. Maka kami berehat di bilik hotel dulu sementara menunggu hujan berhenti. Lebih kurang jam 6.30, hujan mulai mereda, kami pun bersiap2 nak keluar makan, masing2 dah lapar…terakhir makan di rest area Sg Perak.

rfc

Berangkatlah kami ke bandar Alor star, sampai je di restoran tu, masyaAllah….penuh! Walaupun ketika itu jam sudah hampir 7.30 mlm. Jangka kami magrib2 macam tu tak ramai orang, rupa2nya musim cuti ni ramai jugak yang bermusafir macam kami, pakat jama’ solat belaka gamaknya…. dan dengan kecewanya, kami menukar plan dinner di tempat lain aje. Mana taknya, yang ada seats semua dah penuh, atas dan bawah, yang setia beratur menunggu giliran membeli juga terlalu panjang.!! Message yang kami dapat :

“Radix fried chicken mampu menandingi Kentucky fried chicken” asal saja ;

1. Kita teruskan usaha boikot kita demi melumpuhkan Israel dan Amerika, lillahi taala.
2. Mana2 francais Kfc yang sedia ada ini, sepakat menukarkan francais mereka ke Rfc, juga lillahi taala, kerana ;
a) dapat menyumbang 100% kepada keluaran tempatan, baik tepung, sos dan lain2.
b) dan yang lebih penting lagi, status halal produk Rfc itu lebih kita yakini…

tak salah kan, tak perlu ada orang yang menganggur, sebab kita cuma tukar produk, bukan tukar pekerja. Yang untungnya tetap kita, rakyat Malaysia, dan yang akan lumpuh adalah musuh2 Islam tu juga.  Soalnya,

Asal saja kita mahu!!!

images

Apa orang2 di Kuantan khususnya, dan di seluruh Malaysia amnya, mahu atau tidak kita berubah? sedia atau tidak kita membantu saudara se Islam kita, baik di Malaysia tanpa mengira dia dari parti atau kumpulan mana, juga membantu saudara se Islam kita di serata dunia yang rata2 sedang di’tipu’ dan di buai lena oleh musuh2 kita samada secara sedar mau pun tidak.

Ana sebenarnya agak kesal bila masih lagi dapat menyaksikan kenderaan2 yang dipandu oleh muslim Malaysians yang dengan bangganya mempamerkan sticker McDonald dikenderaan masing2.! Apa, tidak tersentuh kah mereka  langsung dengan kempen demi kempen yang sudah dilaksanakan akhir2 ini mengenai usaha dan kesan pemboikotan barangan keluaran US dan Israel? Kalau pun ‘old habits, die hard’, nak tinggalkan makanan kegemaran masing2..(walhal, boleh aje kalau betul2 tekad!!), tapi ana kira tak perlulah kita pulak yang jadi tukang jaja, tukang promote pulak…bukan dapat untung apa pun…

Upsss! Mungkin yang tampal sticker tu owner restoran ye? Kalau ya, ana boleh mengerti, namun, tetap ana sarankan untuk bertukar produk bisnes aje, kalau tak tu, tak payahlah ‘masuk saham’ sama, jenuh nak menjawab di akhirat esok…

Wallahu’alam.

Leave a comment