What do you think will happen next?

Dengan segala kecohan,kecaman dan kesalan yang berlaku sekarang, ana tiba-tiba terfikir pagi ni… ke mana pulak kita selepas semua ini reda nanti? Ke mana kefahaman yang kita perolehi sedikit sebanyak dengan apa yang berlaku di Gaza, akan membawa kita selepas ini? Bukankah rakyat Malaysia kian peka dengan isu Palestin? Bukankah mereka mula merasa keperluan memboikot barangan US dan Israel, bukankah mereka sudah semakin marah dan semakin mengenali musuh-musuh mereka?? SUBHANALLAH…Janji Allah itu benar.

Kita rosak hasil dari tangan kita sendiri.Hasil kerja buat kita sendiri…Kalau tak kerana Israel bersungguh2 menyerang Gaza, ana kira, rakyat Malaysia ramai yang ‘tak bangun tidur lagi’!!!

Ana menggambarkan satu senario selepas semua ini berakhir, rakyat makin alert, maka kalau rakyat dan kita semua mengambil iktibar dari semua yang berlaku,boikot tetap kita teruskan, rasa permusuhan terhadap musuh terus menebal maka yang bakal lahir adalah keruntuhan musuh itu sendiri!!!! Setidak2nya, ekonomi mereka pasti terjejas, bila ekonomi terjejas,banyak kerja2 lain akan terjejas sama.MasyaAllah… susunan Allah yang penuh hikmah, cuma atas kita sahaja untuk mendidik rakyat seterusnya agar beristiqamah dengan tindakan mereka sekarang. Kesedaran perlu ada pada kenapa kita buat apa yang kita buat. Kita perlu sedar natijah tindakan kita, apa kesannya pada musuh dan apa kesannya pada muslim satu dunia.

Kita semua perlu sedar sebab musabab kita bertindak sebegini adalah atas dasar Islam, lillahi taala, bukan atas dasar kemanusiaan semata-mata, tetapi atas dasar ini adalah perintah Allah, termaktub dalam Islam, dan Islam tidak pernah mengesampingkan isu kemanusiaan.Rakyat perlu benar2 sedar peranan mereka dalam jatuh bangunnya ekonomi musuh, bak kata Tun mahatir, kalau kerajaan berada dlm genggaman musuh (ana rasa dia tahu benar apa yang dia cakap ni…),maka tak banyak yang kerajaan boleh buat, tapi kuasa membeli dalam tangan kita.Pilihan atas kita, maka buat pilihan yang tepat. Lumpuhkan ekonomi mereka. biar mereka rasai ‘hasil tangan’ mereka sendiri…

Ana pernah tulis sebelum ni, bagaimana susahnya berkempen pada orang ramai ajak boikot barangan US dan Israel dulu.Puas bercakap, macam2 alasan kita dapat, akhirnya hanya segelintir sahaja yang terus dgn pemboikotan. Tetapi kini, suasana dah berubah, dunia bukan sahaja dah maju,tetapi dah mula sedar… in a way, thanks to the Israel for the attack (mereka membuka pintu kemusnahan mereka sendiri) yang ana rasa natijahnya, lebih ramai yang mula sedar dan bertindak seperti yang sepatutnya, walaupun perlu dibayar dengan nyawa dan darah rakyat Palestin!!!! Tapi ana yakin,ianya berbaloi kalau kita terus istaqamah dengan usaha mendidik masyarakat, dan masyarakat istiqamah memahami isu sebenar.

Perlu juga rasanya ana tekankan di sini, bahwa Palestin memang telah dipilih oleh Allah sebagai tempat yang sentiasa berlakunya jihad sebagai ujian dari Nya. Pilihan yang sudah tentunya bertepatan dengan kebolehan dan kesanggupan saudara2 seIslam kita di sana. ” Allah tidak menguji kita dengan sesuatu yang tak terpikul oleh kita” kan? Maka Palestin menjadi tempat pilihan Allah, bukan Malaysia atau indonesia, malah bukan Arab saudi… kenapa? Semuanya dalam ilmu Allah belaka.

Yang perlu kita teropong, adalah diri kita sendiri, peranan kita sebagai seorang muslim. Kita sangat patut melihat semua yang berlaku sebagai ujian kita juga.Allah menguji mereka dengan ujian sebegitu, beruntunglah mereka yang tsabat dengan perjuangan, maka perlulah kita mendoakan agar semangat juang mereka terus kental dan kuat, mudah2an, mati mereka adalah mati syahid, luka mereka adalah saksi buat mereka di hadapan Allah kelak. soalnya kita yang hidup di zon selesa, ana takut kita tak terjawab di hadapan Allah kelak, kerana terlalu selesa! Kalau ditanya kenapa kita tak bejihad sama, boleh ke kita sekadar menjawab, “tak perang pun kat Malaysia”? Ungkapan…mujurlah Malaysia tak macam Palestin… selalu ana dengar, dan ana tak salahkan 100%, cuma ana nak tambah, Malaysia tak macam tu sebab Malaysia tak sekuat Palestin. Malu sebenarnya, tapi itu lah hakikat.Bukan nak kata ana mohon bala turun di Malaysia, tapi analisa kita perlu menyeluruh, baru kita boleh bertindak secara menyeluruh. So apa tindakan kita?

Bagi yang belum atau kurang faham, rajin2lah mengaji, menuntut dan bertanya pada yang punya kefahaman. Bagi yang faham, sampaikan, sebarkan, fahamkanlah mereka2 yang kurang faham… bergeraklah, berdakwahlah, dan berJIHADlah…!!! Lakukan yang terbaik yang boleh kita lakukan. Pastikan kita mendidik diri dan masyarakat untuk menjadi muslim yang sejati sebagaimana menepati ciri2 muslim seperti yang termaktub dalam Al Quran. Jadi muslim yang sebenar untuk mengahdapi musuh yang sebenar… baru ‘buku bertemu dengan ruas’, dan insyaAllah, kemenangan akan jadi milik kita. Kalau kita berterusan begini, muslim dari sudut angan2, secara realitinya kita jauh dari ciri muslim mengikut garis ketetapan Allah, tetapi berdepan pulak dengan musuh yang dah sah-sah sejati, menepati ciri2 mereka seperti yang tertulis dalam Al Quran, pertembungan adalah berat sebelah… tak akan terserlah kemulian Islam pada muslim yang tidak sejati itu… Bila Realiti bertemu Illusi, illusi pasti akan tinggal illusi.

Wallahu ‘alam

Oleh itu bangkitlah wahai umat Islam, sejatikan diri mu, dan hadapilah musuhmu dengan yakin pada satu antara dua, KEMENANGAN DI DUNIA, ATAU SYAHID MENDAPAT SYURGA…. Allahu akbar.

One thought on “What do you think will happen next?

  1. sama-samalah kita mendoakan kemenangan saudara kita di sana tanpa lupa mendoakan keampunan bagi kelemahan dan kecuaian diri sendiri dari merasai ukhwah bersama mereka… manusia mudah merasa ujian bila musibah melanda, namun sering lupa bahwa nikmat senang itu juga adalah ujian buat kita.

Leave a comment